Bab 2

1.2K 60 6
                                    

"KALAU ada masalah, cerita dekat aku. Jangan terus buat benda bodoh macam tu."

Pulang sahaja dari kafetaria, Nawwar banyak mendiamkan diri. Aryan menggeleng berkali-kali perhatikan tingkah laku dia sejak akhir-akhir ini. Banyak berubah. Benar-benar hanyut dalam kegelapan sendiri.

"Eh kau dengar tak ni? Nawwar..." Lengan Nawwar disiku.

Nawwar angguk perlahan. Riak wajah masih muram.

"Kalau Tuan Zachary atau ayah kau tau, mesti dia orang risau. Tak pun rasa kecewa. Sebab apa tau? Sebab kau bukan Nawwar yang kami kenal lapan tahun yang lepas."

Senyuman nipis terukir pada bibir Nawwar sebelum dimatikan. Minda berputar seperti roda. Membawa kepada dirinya yang dulu.

Pada asalnya Nawwar memang seorang yang happy-go-lucky. Senyuman tak lekang dari bibir. Wajahnya berseri. Mata bersinar. Jarang sekali membawa aura negatif dalam diri. Disayangi oleh ahli akademi yang lain. Andai kejadian di Afwah itu tidak mengubah dirinya, pasti Nawwar yang dikenali orang tidak hilang dari jasadnya.

Zaman remaja dia musnah. Hilang memori manis yang patut dicipta pada waktu itu. Semua diisi dengan trauma. Dia buntu. Mana perginya Nawwar yang dulu? Macam mana mahu kembalikan dirinya seperti dahulu? Kedengaran mustahil. Seperti apa yang dikatakan oleh Tuan Zachary pada Tuan Asnawi, he lost himself.

"Nawwar Inas Al-Qayyim! Kau dengar tak??" Bahunya digoncang kuat.

Nawwar mengaduh sakit. Tangan Aryan mencengkam bahunya. Siapa suruh mengelamun lagi. Kan dah terima padahnya.

"Ha? Apa dia?"

"Esok kau jumpa Tuan Zachary. Tak pun ayah kau. Bagitahu masalah. Jangan peram lama. Aku tak dapat tolong kau sebab aku tak tahu apa-apa pasal cursed,"

Nawwar menghela nafas panjang. Dia jenis suka pendam. Bagitahu orang pun nak kena pujuk dulu baru buka mulut. Sampaikan dia sakit pun orang tak tahu. Nasib baik Tuan Asnawi bersabar dengan perangai anak bujang seorang ini.

Tiba sahaja depan pintu bilik, kaki mereka sudah menapak masuk. Jam dinding ditilik. Menunjukkan jam 10 malam. Waktu yang sepatutnya semua pelatih akademi tidur.

"Aku ngantuk. Nak tidur dulu," pinta Nawwar yang sudah melabuhkan punggung di katilnya. Namun, Aryan menghalangnya seketika.

Ditariknya tangan Nawwar sampai hampir tersungkur. Dicampak ke sebelah Aryan dengan pandangan tak puas hati. Aryan tersengih dengan buat muka tak bersalah.

"Nak apa?" Kening Nawwar terjungkit sebelah.

"Ingat esok. Tanya Tuan Zachary," Nadanya kedengaran serius.

"Tanya apa? Aku tak faham,"

"If you have anything to do with the cursed, ask him. Okay? Don't burden yourself with these negative thoughts,"

Kepala Nawwar jatuh berkali-kali. Entah dia kisah atau buat tak endah dengan pesanan Aryan. Bukan boleh percaya. Bagitahu sekarang, sepuluh minit kemudian lupa. Atau buat-buat lupa sebab malas ambil tahu.

"Okey. Baru sekarang kau boleh tidur,"

"Itu je?" Nawwar menjeling tajam ke arahnya sebelum menghempas tubuh ke tilam yang empuk dihadapannya.

"Tak payah banyak fikir. Mengalahkan orang yang ada girlfriend je kau ni. Bukannya sleepcall ke apa,"

Sempat memerli dekat Nawwar yang masih tiada buah hati. Maklum lah, susah nak berinteraksi dengan perempuan lain. Kalau nampak dia ada interaksi pun itu sebab terpaksa. Bukan rela. Bukan juga melibatkan minat atau perasaan.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now