Bab 20

417 29 0
                                    

BLOK Tagar lokasi terakhir Nawwar membawa tubuhnya pergi. Sunyi. Skrin telefon Emara dihidupkan. Jam digital menunjukkan pukul enam. Baguslah waktu begini setan rajin sikit keluar kacau manusia sebab habit. Kecut perut mahu redah koridor blok tersebut.

Koridor blok Tagar dihiasi lampu kuning sedikit malap dan terdapat satu bingkai lukisan renaissance tergantung di tengah laluan koridor. Karpet gabungan warna hitam dan ungu serta dinding kelabu membangkitkan aura suram. Meremang bulu roma tatkala Emara terdengar tangisan sayu di koridor sebelah kiri.

"N-Nawwar... awak ke?" sapa Emara nada perlahan.

"Don't come here!" sahut Nawwar dibalik dinding.

Emara menjenguk sedikit untuk memastikan Nawwar betul-betul di situ. Tetiba ada hantu buat jumpscare mahu kena serangan jantung.

Nawwar menangis. Lututnya rapat ke dada dan wajah disembam ke situ. Rambut depannya telah diselak ke belakang. Meninggalkan beberapa helaian menutupi separuh parutnya.

Gadis itu melabuhkan punggung rapat di sisi Nawwar. Posisi kaki bersimpuh. Kehadiran Emara menyebabkan Nawwar berhenti menangis seketika.

"Saya lemah, Emara. Hinaan Fariz sangat pedih,"

Pandangan Emara mula melembut. Siapa sangka lelaki bersifat dingin ini mempunyai sisi lain yang dipendam selama ini.

"If you want to share something with me, then go ahead. I'm a good listener, you know?" pujuk Emara bersama tawa kecilnya.

Wajah lencun itu diangkat. Dagunya menongkat pada lutut.

"Saya tak biasa berinteraksi dengan perempuan kecuali Hadeena. Itu pun sebab dia kawan saya sejak kami berjumpa dekat akademi ini. Saya kenal dia dari Aryan,"

Emara masih tekun mendengar luahannya.

"Sejujurnya, saya sangat insecure bila ada lelaki lain sentuh pasal parut ni. Lagi-lagi yang suka banding macam Fariz. Kalau awak tengok saya berani balas balik, itu bukan diri saya yang sebenar. I'm faking myself,"

Nawwar mengetap bibirnya. Tahan benteng air mata daripada runtuh lagi.

"I lost myself since the tragedy. I'm not a killer. I'm not a thirst blood. The curse controls me whenever it want. That's why I'm scared to fall in love with any girls I've met. I don't want them to get hurt because of me. I have to be cold for some reasons,"

"How about me? Your first impression on me?" pintas Emara tukar topik. Dia mahu tahu isi hati jejaka itu. Terus terbuntang luas mata Nawwar.

"Uh... Saya? Pasal awak?"

Gadis Flame angguk kecil.

"Um... you're cute. The day you bumped into me by accident... was really cute. The way you ask me to forgive you... uh... too cute,"

Terhambur ketawa Emara asyik dengar perkataan cute, cute, cute. Tak ada perkataan lain ke nak describe. Aduhai Nawwar.

"Err... sebenarnya Hadeena pernah jual nama awak dekat saya. Tapi saya tak tahu lagi rupa awak. Dan masa kali kedua kita bertembung, awak sebut nama Emara Iris. Terus jantung saya dup dap dup dap," Nawwar pula tertawa kecil.

"Sekejap. Kak Deena? Jual nama saya dekat awak?" ternganga Emara dibuatnya. Nawwar angguk kecil. Pandai Hadeena buat bisnes sekarang. Nasib laku.

"But..." ayat Nawwar tergantung.

"I-I don't know how to express my feelings. I don't know anything about love,"

Jari telunjuk Emara naik ke pipi.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now