Bab 38

309 22 1
                                    

"AZAZEL cuba aktifkan curse dalam badan kamu jadi lebih kuat. Makin kuat curse itu kuasai diri kamu, makin lemah strength badan kamu," ujar Tuan Zachary yang sedang bertumpu tangan atas lututnya.

"Saya... Tak ada cara lain ke nak elak curse serang badan saya?" soal Nawwar.

Gelengan Tuan Zachary buat Nawwar rasa hampa.

"But there's a way to prevent the curse from growing stronger."

"How?"

Tuan Zachary bertukar posisi. Lebih santai bersandar pada kerusi sofa. Dua anak muda itu dipandang sayu.

"Don't cross your limit during your Cursed Child form except if it is necessary for you to do so," jawabnya bersuara datar. Tuan Zachary sendiri belum lihat bagaimana rupa perkembangan sisi gelap Nawwar yang sekarang. Brutal? Agresif? Kemaruk darah?

"Kalau Nawwar cedera atau sakit, saya boleh rawat dia pakai ability saya sebagai healer ke?" soalan Emara menerjah cuping telinga Tuan Zachary.

"Boleh saja. Nama pun healer. Tapi kesan dia kurang. Nawwar akan sembuh, cuma faham-faham lah... Curse dia lebih kuat daripada kebolehan kamu."

Gadis itu sekadar mengangguk kecil. Cincin elemen di jari manisnya ditilik. Kali ini dia sering membawa cincin itu kemana saja dia pergi bersama Nawwar. Terutamanya pada situasi genting melibatkan nyawa Nawwar.

"Nawwar..." Tajam Tuan Zachary menikam anak mata Nawwar. Apa salah aku? Kenapa dia tenung macam nak makan orang?

"Iya? Ada apa?" sahut Nawwar.

"Kamu lupa ke kamu ada anemia?"

Gulp! Serta merta air coklat itu diletakkan atas meja kopi. Nawwar mengulas senyuman tawar kepada Tuan Zachary. Bertuah punya anak.

"Kamu boleh minum tapi jangan kerap." Percuma kena ceramah kesihatan dari tuan. Akibat terlalu leka bersama buah hati tersayang.

"Jadi... Saya kena pergi dimensi dia minggu depan?" tanya Nawwar untuk kepastian.

"Ya. Kamu berehat dulu buat sementara waktu. Saya takkan jamin kamu akan balik dalam keadaan sihat sebegini." Lontaran kata Tuan Zachary ada maksud tersirat. Dia lebih tahu apa yang bakal terjadi pada Nawwar kelak? Time travel? Atau sekadar ramalan semata-mata?

"Hm. Tuan. Saya ada something nak cakap. And I've made my decision." Nawwar menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembus keluar perlahan. Berdebar jantungnya.

"I want to be a Young Master at the end of third semester."

Terjegil bola mata Tuan Zachary mendengarnya. Keputusan tepat dibuat Nawwar. Dia harus jadi salah seorang daripada mereka kerana...

Tuan Tertinggi dan Tuan Muda ada sisi gelapnya tersendiri.

Nawwar akan menggunakan kelebihan ini untuk dia menjejakkan kaki masuk ke dimensi Orion dan Qursetav.

"Betul kamu nak jadi Young Master?"

Nawwar angguk seraya mengukir senyuman nipis.

"Baiklah. Alang-alang kamu dekat sini, saya nak bagi kamu sesuatu..." Tuan Zachary bangun menuju ke laci meja pejabatnya. Menggeledah semua barangan yang bersepah sebelum menarik keluar satu pin berwarna black matte. Diserahkan kepada Nawwar.

Reka bentuk diinspirasi daripada bulan dan bintang pada bendera Malaysia. Terdapat permata biru tua ditanam dalam pin itu. Bezanya, pin ini seperti kerongsang bersaiz besar. Sebesar telapak tangan Emara saja.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now