Bab 33

297 24 0
                                    

SEMINGGU sudah berlalu. Para pembantu sibuk menghias dewan akademi serba putih. Nampak berkelas. Kerusi pelamin menjadi sorotan utama kerana perhiasan bunga umpama mengalu-alukan kehadiran pengantin ke situ.

Tarikh perkahwinan lambat lagi, tapi persiapan hampir siap. Anak Profesor Afzhan memohon untuk tunda dua minggu memandangkan Nawwar masih belum memberi sebarang tindak balas. Tak lengkap majlis perkahwinan nanti. Biar sama-sama merasa makan nasi minyak.

"Finally I can cuddle with you all night after we're married." Aryan sudah berangan malam pertama tidur dengan isteri. Bedtime story, family bonding.

"Fokus dulu urus persiapan semua baru boleh angau ye," tegur Hadeena melihat keindahan suasana dewan akademi Quricity.

Dua pasangan tunang itu memantau kerja para pembantu untuk memastikan tiada di antara mereka curi tulang. Buat kerja harus kemas. Teratur. Bukan sekadar siap sahaja.

Tuan Zhansheng masuk kelas violin setiap petang untuk memantapkan lagi kemahirannya. Dia dan Emara sudah berbincang bahawa mereka akan membawa lagu Young And Beautiful selepas selesai akad nikah. Zhan bermain violin manakala Emara bermain piano sambil bernyanyi bersama Nawwar.

Akademi sememangnya menyediakan kelas muzik pada waktu petang. Siapa yang berminat bermain suatu alat muzik boleh hadir kelas tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. Kelas piano, gitar, violin dan sebagainya.

Tepat jam empat petang, kelas piano telah tamat. Semua pelajar dibenarkan pulang ke bilik dan rehatkan diri. Hari ini semua pelatih elemen telah terima keputusan penilaian semester kedua pagi tadi. Ada yang berpuas hati, ada juga yang kecewa. Kini, mereka telah masuk semester 3 mulai minggu ini.

Syukur alhamdulillah Emara dapat markah penilaian tahap cemerlang. Usaha lelah dia membuahkan hasil memuaskan. Pelajar lain balik pulang ke bilik tetapi dia melencong pergi ke wad ICU untuk melawat insan tersayang. Dia sudah mahir bermain piano sejak kecil lagi, jadi dia hanya perlu hafal lirik lagu tersebut.

Wad sunyi seperti biasa. Tak ramai pesakit berkampung dekat hospital. Paling teruk kena tahan sebab demam panas. Jarang ada masalah kesihatan serius sampai meragut nyawa.

Jururawat yang bertugas sudah biasa dengan kehadiran Emara. Nampak aje muka dia terpampang depan kaunter terus bagi green light. Ketika dia melangkah masuk, matanya terpandang sesuatu atas kabinet sebelah katilnya.

Sejambak bunga ros merah disertakan sepucuk surat.

"Siapa betina datang bagi awak hadiah ni?" Kerusi pelawat ditarik lalu menjatuhkan punggungnya. Jambangan bunga diambil, surat itu diteliti depan belakang.

Si pengirim merahsiakan namanya. Kosong.

Lantas isi dalamnya dikorek. Satu kad kecil dengan puitis ayat bunga layu dibaca.



Hi Nawwar! Saya dengar awak sakit sebab kena tikam. Aww, kesiannya awak. Saya bagi awak bunga ros ini sebab saya nak confess yang saya ada crush dekat awak. Harap awak carilah siapa pemberi bunga ini. Hihi.

- Your secret admire.



"Pala hotak you secret admire. Confession awak tak diterima sebab saya orang pertama jadi milik dia. Huh." Seretan bunyi dihasilkan kerusi pelawat agak kuat. Emara melangkah keluar mencari tong sampah berdekatan. Kebetulan dia sedang memakai cincin elemennya, jambangan bunga ros dibakar dalam genggaman. Partikel abu hitam dibuang dalam tong sampah.

"Fariz... Fariz. Nak prank orang pun agak-agak lah. Haih." Tertawa sinis Emara dibuatnya. Permainan Fariz sangat hebat. Try and error kata orang.

Dia kembali duduk atas kerusi. Keluhan berat keluar di bibirnya. Hampir dua minggu Nawwar ditidurkan. Cincin pada jari manisnya dipandang, tergamit memori lama sebelum mereka melafazkan kalimah cinta sesama sendiri.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now