Bab 22

380 26 3
                                    

SAMPUL surat Tuan Asnawi disusun rapi atas lantai. Tak tahu mana satu nak dibuka dulu.

Sampul merah dulu ke atau sampul isi paling tebal?

"Hm... Bismillahirrahmanirrahim. Ha, yang ni lah!" Jari telunjuk bertukar-tukar dari satu sampul ke sampul lain. Sampul merah menjadi pilihan Nawwar memandangkan Tuan Zachary kata sampul merah paling special.

Sekeping kertas dilipat tiga dibuka. Nawwar bersandar pada tepi katil sembari kaki dilunjurkan. Hati berdebar ingin tahu apa ditulis Tuan Asnawi dalam warkatnya.



Assalamualaikum Nawwar Inas. Anak ayah sihat? Tiba masanya Nawwar tahu perkara sebenar yang dah lama ayah rahsiakan selama ini. Sebenarnya, kamu hampir gugur masa umur empat bulan dalam kandungan ibu. Arwah ibu dah dua kali gugur lepas Naqib lahir. Itu sebabnya jarak umur kamu dengan abang jauh.

Waktu mula-mula arwah ibu mengandungkan kamu, dia selalu mengadu sakit sampai berlaku pendarahan. Tapi bila bawa pergi jumpa doktor, kata tak ada masalah. Ayah pelik juga. Bawa pergi berubat, ustaz kata ada seseorang berdendam dengan ayah sampai ibu jadi mangsa.

Ada satu malam, ayah mimpi ayah jumpa Azazel. Masih segar dalam ingatan ayah, dia marah sebab ayah termasuk kawasan larangan dekat Qursetav Empire. Ayah cari kristal elemen Thunder untuk buat aksesori para ahli Thunder masa tu. Tak tahu pula kristal yang ayah ambil milik isteri dia. Dan ayah terbangun dari tidur, esok pagi ayah tekad nak jumpa dia dekat sana bawa ibu sekali.

Sampai saja dekat dimensi Qursetav, Azazel bawa Hazelia. Hazelia isteri dia. Ayah dan Azazel bergaduh teruk sampai satu masa Azazel sumpah ibu supaya dia tak boleh mengandung lagi. Ayah merayu sampai menangis sebab taknak ibu tanggung sakit. Jadi Azazel turunkan sumpahan dekat kamu sebaik saja kamu dilahirkan.

Kamu sebenarnya bukan disumpah masa umur empat belas tahun. Tapi kamu memang sudah disumpah sejak lahir lagi. Itu sebab kulit kamu lebih pucat dari abang. Kamu sakit, Nawwar. Ayah minta maaf sebab tak ada penawar untuk buang curse. Salah ayah juga tak tahu pun kristal yang diambil milik Hazelia. Tuan Zachary dah lama buat kajian cari ubat untuk kamu. Tak tahu lah kalau dia berjaya atau tak.



Cecair jernih mengalir setitis di ekor matanya. Rupanya ibu pernah terseksa dek hukuman Azazel ke atas arwah Tuan Asnawi. Sumpahan arwah ibu diturunkan ke Nawwar tetapi tetap juga ibu pergi menghadap ilahi.



Yang terakhir, Emara Iris Binti Ibrahim. Perempuan itu menantu pilihan ayah. Ayah minat dia sebab personaliti sebiji macam Ammara. Setiap hari ayah berdoa supaya kamu dua disatukan satu hari nanti walau apa cara sekalipun. Ayah harap hajat ayah termakbul. Lagi bagus kamu dengan dia Nawwar, she's like the perfect match for you. Ayah harap kamu bahagia dengan dia dari awal sampai akhir nafas kamu.

Surat kiriman ayah berakhir di sini. Nawwar Inas, ayah minta maaf kalau banyak terasa hati dengan ayah. Ayah terpaksa simpan rahsia sebab kamu belum bersedia hadap cabaran lebih besar. Tapi sekarang semuanya dah terbongkar kepada kamu melalui sepucuk surat ini. Lagi satu, ayah berharap kamu dilantik menjadi Young Master satu hari nanti. Ikutlah cakap ayah, ayah tak main-main. Tuan Zachary akan bimbing kamu kelak. Okay?

Assalamualaikum, anakku.
- Tuan Asnawi



"Waalaikumsalam, ayah..." benteng air matanya runtuh. Surat itu dipeluk, menahan rindu perit terhadap arwah Tuan Asnawi.

Selama ini dia sering bersangka buruk terhadap ayah. Ego tinggi melebihi kasih sayang seorang ayah. Mahu mohon keampunan, semuanya sudah terlambat.

Rambutnya diramas kuat, tangisan makin deras. Dia benci sikap egonya. Dia terlalu melayankan amarah dalam diri.

Curse tiada penawar. Maknanya dia bakal mati kerana curse yang memudaratkan diri. Lemah, kerap sakit memanjang sampai hospital jadi rumah kedua. Sungguh dia taknak jadi penghuni hospital sebab bau ubat boleh buat dia rasa mual.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now