Bab 49

309 17 0
                                    

"CINTA? Assalamualaikum, Emara."

Terasa pipinya disentuh oleh seseorang. Mata sembapnya dibuka. Baju putih berseluar hitam tengah bercangkung depan matanya.

"Rindu saya ke?" Nawwar tersenyum ikhlas. Dia tidak sengaja meredah masuk bilik tetamu dan terpandang gadis itu tanpa tudung membaluti kepalanya.

"Nawwar?" gumam Emara perlahan. Mahu surut demamnya tengok bakal suami tiba-tiba muncul.

"Nawwar?? Bila awak balik?" soal Emara teruja. Bingkas dia duduk dari pembaringan. Tersedar sesuatu pabila angin dingin menyentuh kulit kepalanya.

"Eh tudung saya!! Astaghfirullah," Istighfar panjang Emara menyentuh rambut alunannya yang panjang paras bahu.

"It's okay. Dah tertengok pun," sinis Nawwar menjawabnya.

"Hm... I missed you..."

"Me too. And I'm glad to see you here." Pipi Emara diusap lembut. Sesungguhnya dia rindu sama gadis ini.

Drama air mata kembali lagi. Banjir benteng air mata Emara sampai runtuh mengalir ke pipi. Nawwar menghenyakkan punggung atas katil sebelah kaki Emara. Gadis itu ditatap lama.

"Saya balik pun sebab Tuan Zachary kata kesihatan saya makin okey. Takkan nak duduk terperap lama dalam wad semata-mata termenung tengok cicak dekat siling."

Mereka berdua serentak gelak. Benar. Siapa saja suka duduk wad lama tak berbuat apa? Kira bagus sudah Tuan Zachary memberi kebenaran Nawwar pulang merehatkan diri.

Tapi salah timing Nawwar masuk. Dengan tak bertudungnya. Rambut Nawwar seputih salji dipandang. Tangan Emara gatal mengusik rambut depannya sebab nampak lembut.

"Kenapa rambut awak jadi putih? Apa jadi?"

Nawwar kemam bibirnya. Mengeluh berat. Pandangannya redup.

"My curse was unleashed. The cycle of death just started. I'm sorry..."

Pandangan Emara jadi melembut. Nawwar hanya tersenyum kelat. Lengan gadis itu ditarik selamba. Juntaian rambut depannya diselit belakang cuping telinga. Jelita sungguh rupa parasnya.

Sontak Nawwar memeluk Emara. Rambut gadisnya disikat menggunakan celah jarinya. Lembut. Nawwar sembamkan wajahnya pada bahu Emara. Berat kelopak matanya tahan rasa mengantuk.

"Nawwar? Rindu sangat dengan saya ke? Kita belum halal lagi..."

Diam tak bersuara.

"Nawwar? Hei, takkan tidur. Nawwar?" Emara menolak separa tubuh Nawwar atas pangkuannya. Bahunya digoncang kuat. Tiada tindak balas dari Nawwar.

"Nawwar? Bangunlah Nawwar!"

"Emara..."

"Nawwar! Jangan tinggalkan saya Nawwar! Bangunlah!"

"Emara!"

"Nawwar!!" Emara terjaga mengejut dari tidurnya dengan nafas tersekat-sekat. Kelibat jejaka itu dicari.

Ternyata ia hanyalah sebuah mimpi.

"Awak mimpi buruk ke? Masa akak masuk bilik tadi dengar awak asyik sebut nama Nawwar. Tengok, sampai berpeluh awak dibuatnya." Hadeena menyerahkan sehelai tisu kepada Emara. Peluh yang menitik di dahi dilap sampai kering.

"Sorry..."

"Hm... Taknak minum sup ayam ni dulu? Nah." Hadeena menyuakan dulang kepada Emara. Aroma sup ayam dalam mangkuk kecil menusuk ke rongga hidung.

"Thank you, Kak Deena," ucap Emara bernada perlahan. Dia menikmati sepuasnya masakan air tangan Hadeena. Sedap.

"Ha, Aryan ada singgah sekejap masa tengah pindahkan barang Nawwar. Dia suruh akak bagi kotak ni dekat Emara," Hadeena mengambil kotak nipis dari tepi kabinet meja.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now