Bab 37

309 24 4
                                    

PEJABAT pengurusan akademi Quricity dimampir Nawwar dan Emara. Baru ada kesempatan nak menguruskan semua dokumen perkahwinan. Lama tertangguh gara-gara perbuatan Fariz menikam dia menggunakan hunting knife. Pisau mengalirkan racun mematikan ke dalam tubuhnya sehingga merebak ke bahagian jantung.

Hampir seharian mereka berada di pejabat itu. Taklimat kursus kahwin ringkas, borang nikah pengantin lelaki dan kebenaran borang nikah pengantin perempuan. Hampir selesai kecuali saringan HIV dan talasemia.

Kini, mereka sedang menunggu waktu untuk survey unit rumah flat.

Kelopak mata terasa berat. Baru saja Nawwar ingin melelapkan matanya, bahu kiri sontak rasa beban. Dia jeling dari anak mata. Kelihatan Emara melentokkan kepalanya dalam keadaan lena. Sudah hanyut dibuai mimpi sebelum Nawwar.

Pandangannya melembut tengok gadis ini.

"Insya Allah saya akan jaga awak sebaiknya. Awak pembawa sinar dalam hidup saya. Awak membawa sisi positif saya yang dulu. Disebabkan awak juga saya dapat merasai cinta tulus yang ikhlas buat kali pertama. Awak perempuan pertama buat saya jatuh cinta bagai nak gila. Awak perempuan pertama terima baik buruk saya..." Dia jeda.

"Saya kagum bila awak terima saya berbeza dari lelaki lain. I'm cursed and you're just an ordinary girl. Ada jurang tinggi antara kita." Nawwar meletus tawa kecil.

"Cinta tak seharusnya pandang berdasarkan rupa sebab kita akan menua juga satu hari nanti. Hati nurani yang kekal sifatnya akan menjamin rumah tangga bahagia sampai ke jannah. Insya Allah." Terukir seulas senyuman yang meleret di bibir Nawwar.

"Kita ditakdirkan untuk bersama kerana jodoh, tetapi mungkin akan berpisah kerana kematian,"

Nawwar berharap Allah panjangkan umur dia demi menjaga syurga di sebelahnya.

Doa boleh mengubah takdir Allah, tetapi tidak semudah itu.

"Nawwar Inas?"

Nawwar mengangkat wajahnya. Seorang lelaki pertengahan usia mengenakan blazer biru sampai kaki. Tali leher berwarna merah. Membawa satu borang dikepit atas clipboard hitam.

"Kamu kan yang kata nak tengok rumah dekat flat... B1?"

Perlahan Nawwar angguk mengiyakan pertanyaannya.

"Alright. Let's go there. Anyways, I'm Encik Badrul." Huluran Encik Badrul disambut Nawwar. Encik Badrul menguntumkan senyuman mesra kepadanya.

"Emara... Bangun... " Bahu gadis itu ditunjal perlahan. Kelopak matanya dinyalangkan. Tangan menekup mulutnya untuk menguap kecil.

"Cute." Sepatah pujian dari Nawwar. Indahnya tengok wajah mamai dia setiap kali terjaga dari menyulam mimpinya.

"Buat apa?" soal Emara nada berbisik.

"Survey rumah, sayang... Lepas kahwin nak tidur bawah jambatan ke?"

Emara mengerling sekilas kepadanya. Suka sangat menjawab acuh tak acuh.



UNIT 103. Rumah tingkat 1, unit ketiga. Berhadapan dengan rumah Aryan dan Hadeena. Baru betul pakai konsep berjiran.

Entah apa yang dilakukan dua pasangan itu selepas duduk sebilik.

"Kamu dua bolehlah jenguk dulu masuk dalam. Sebarang kerosakan bagitahu saya. Saya tunggu di luar," ujar Encik Badrul lalu pintu utama dipulas tombolnya. Rumah ini dilengkapi semua perabot seperti sofa, televisyen, meja makan dan sebagainya. Terdapat tiga bilik kosong dan dua bilik air. Dapur basah dan dapur kering turut disediakan.

Ruang balkoni agak lapang dan memanjang. Boleh healing sambil mengamati keindahan Allah pada waktu malam.

Mereka mengorak langkah masuk ke master bedroom. Luas. Boleh muatkan kira-kira tiga buah katil saiz king. Bilik air di sudut kanan bilik ini diterjah masuk oleh Nawwar. Estetik dan aura mewahnya terasa. Warna kelabu putih memang warna kegemaran dia.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now