Bab 12

438 31 0
                                    

DUA hari sudah berlalu, Nawwar dan Emara masih berada dalam kawasan bandar Quricity. Tiada langsung kereta yang lalu lalang. Takkan lah bandar lain kena tempias juga?

Nawwar tahu jalan untuk ke akademi baru. Namun, ketiadaan kenderaan awam untuk pergi ke suatu destinasi itu adalah masalah utama bagi mereka. Azazel memang tak berhati perut kalau sudah melibatkan ramai nyawa yang terkorban.

Atau dia sengaja bertindak demikian untuk strategi seterusnya.

"Orang pakai t-shirt putih je dah gelabah ya," perli Nawwar. Kelakar bila diimbas kembali raut wajah orang itu cuak.

"Ish. Diam lah!"

"Awak kena berterima kasih dekat saya sebab bagi rezeki lebih semalam. Cuma, belum reveal lagi," ujar Nawwar dengan wajah masih kekal datar.

"Nawwar!! Gatal betul!!" tangan kiri Emara diangkat tinggi, mengacah ingin pukul jejaka itu. Terhinjut bahu Nawwar dek terkejut reaksi spontannya. Geram! Ada saja akal nak mengusik orang.

"Awak pakai balik kemeja dengan blazer tu. Kering dah kan?"

"Panas. Rasa macam nak cabut t-shirt ni sekali,"

"Nawwar Inas!!" amukan Emara menyebabkan Nawwar tersentak. Gigih dia berlari jauh daripada gadis itu. Tamparan perempuan berbisa tahu, kau jangan main-main. Sekali tangan hinggap dekat kau, silap-silap naik lebam kebiruan tiga hari tak hilang.

Bandar yang sunyi itu diisi dengan suara riuh ahli akademi yang saling berkejaran antara satu sama lain. Ada juga aku hempuk anak Tuan Asnawi seorang ini. Baru kenal dah tunjuk taring. Muka garang lebih. Puih!

"Stop Emara, stop! Iye saya pakai la ni. Kemeja je lah sebab panas pakai blazer sekali," padah Nawwar sembari kemeja putih disarung ke tubuh bersama tali leher berwarna biru tua. Blazer masih disangkut pada lengan kanannya.

"Tapi saya pakai baju berlapis dan bertudung tak panas langsung,"

"Awak elemen Flame. Of course you will be immune to heat issues ugh," Tangan Nawwar menepuk dahi. Setiap elemen ada kelebihan masing-masing.

Misalnya, elemen Thunder tidak akan terkesan sekiranya terdapat arus elektrik atau petir menyambar kena mereka. Elemen Flame mampu adaptasi suhu panas tidak kira cuaca atau apa sahaja yang berkaitan dengan haba. Ahli Aqua mampu bernafas dalam air atau mengawal pergerakan air. Kelebihan Frost membolehkan ahli bertahan dalam cuaca sejuk yang ekstrem.

Namun bagaimana pula dengan elemen Earth, Gale dan Shadow? Adakah tiga elemen ini mempunyai kelebihan seperti elemen yang lain?

Kelebihan elemen akan dimanfaatkan hanya dengan memakai aksesori pilihan masing-masing. Cincin, gelang, rantai, pin dan sebagainya. Gem permata yang telah ditanam dalam aksesori mengikut elemen pilihan individu akan mengaktifkan imun sistem terhadap pemakai.

Jika aksesori tidak dipakai, harap sempat mengucap sebelum melangkah masuk ke alam lain.

"By the way, good choice you’ve made in choosing which elements suits you the best. It makes you two times hotter,"

"Only two times, huh?"

"Fine. Ten times hotter,"

Nawwar puji Emara hot? Hati menjerit bagai nak gila, rasa ingin baring dekat tengah jalan. Bukan puji cantik atau comel, hot terus kau bagi. Menggeletis karang ada juga yang penat layan kerenah Emara kelak.

"But sadly, your ability as a healer couldn’t heal me as a Cursed Child,"

Senyuman gadis tersebut terus pudar dari wajahnya.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now