Bab 30

355 22 4
                                    

LUKA tikaman masih ditekan menggunakan tali lehernya. Darah makin melimpah keluar. Nawwar sedaya upaya bertahan, sudahnya dia tumbang.

Mata kuyu. Pucat lesi. Nasib baik ada makcik cleaner kebetulan terserempak dengan mereka. Lincah tangannya membawa keluar telefon bimbit dari poket. Nombor kecemasan didail segera.

Sementara menunggu bantuan hadir, Emara menampar wajah jejaka itu banyak kali. Kepalanya dipangku atas paha. Nawwar berusaha menahan matanya daripada terpejam.

"C... Cinta..."

"Nawwar... Please stay with me. Don't close your eyes... Please..." rintih Emara bersama juraian air mata. Nawwar baru saja melafazkan rasa cinta kepadanya. Kini, Allah menurunkan ujian buat mereka berdua.

"D-don't cry... Emara... If... You scared... Hold... These roses..."

Jambangan bunga ros diambil sebelah Emara lalu diberi padanya. Emara tahu Nawwar sedang bertarung nyawa. Ya Allah cepat lah sikit bantuan sampai. He's dying in her arms!

"Jangan tinggalkan saya, Nawwar. Saya nak awak... Saya sayang awak... Please..." Memorinya memutarkan kembali kisah silam Nawwar kemarin. Kedua-dua wanita itu meninggal dalam pangkuannya.

Takkanlah benda sama akan terjadi pada Emara. Oh tak mungkin!

"Don't close your eyes... Look at me..." Mata mereka bersabung sesaat. Kelopak mata Nawwar terasa berat. Tangannya tidak berdaya menekan luka tikaman untuk memperlahankan pendarahan.

"Adik! Bantuan sudah sampai!" Makcik cleaner menyedarkan Emara dari jauh.

Terkalih pandangan Emara melihat sekumpulan jururawat dengan katil beroda dibawa bersama. Tubuh lemah Nawwar dipindahkan ke atas katil. Banyak titisan darah merah pekat bocor atas lantai.

"Tak apa. Nanti saya cuci. Sekarang kamu teman dia pergi wad kecemasan, okey?" Makcik cleaner mengusap bahu Emara, cuba tenangkan dia. Nasib akademi lenggang pada waktu malam. Mahunya dia dituduh buat kes pembunuhan, tak ke naya?

Serasa marathon. Berlari 500m tanpa henti demi menyelamatkan nyawa seseorang. Nawwar dikejarkan ke wad kecemasan setelah dilaporkan dia kehilangan banyak darah dalam badan.

"Adik tunggu luar tau." Salah seorang daripada jururawat itu bersuara. Emara mengangguk faham.

Gadis itu jatuh melutut sebaik pintu wad kecemasan ditutup. Pedihnya hati tak terkata. Jambangan bunga dipeluk erat, bibirnya diketap kuat. Emara terus menangis dan menangis biar sampai bengkak mata dua hari!

Ya Allah semoga dia baik-baik sahaja. Panjangkanlah umur dia.

"Awak menangis ke?" suara garau menyapa dia.

Wajah sembabnya didongak. Melihat siapa gerangan depan matanya, terus dia bangun. Lengan sebelah telah dibalut dengan pembalut dimana kesan hirisan terukir. Emara memasang wajah bengis kepadanya. Sakitnya hati aku!

"Awak... Pembunuh!"

Pak! Tamparan kuat mendarat hebat di pipi Fariz. Berdengung kepalanya. Tak pernah melihat tindakan spontan Emara sehingga menyentuh fizikal orang.

"Sampai hati awak tampar pipi saya, cinta," adu Fariz mengusap pipinya yang serasa terbakar. Pedih gila.

"Your father head! Nawwar seorang aje boleh panggil saya cinta!"

Fariz menghela nafas ringan. "Yelah, baby. I'm sorry."

"Baby ke babi? Sorry naik lori!"

Pak! Tamparan kedua agak kuat dari sebelumnya. Ouch... Kemarahan dia tahap kemuncak.

Sudah lama dia menahan sabar. Emara ditolak kasar hingga berlaga dengan dinding. Kedua-dua tangannya memerangkap tubuh mungil itu. Fariz rindukan gadis ini. Haruman minyak wangi menusuk masuk ke hidungnya.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now