Bab 10

504 29 4
                                    

"Sedikit pun awak tak takut dengan saya? Serius?"

Emara menggeleng disertai senyuman terukir pada bibir.

"Awak tak jahat, Nawwar. Awak cuma dikawal. Tengok, awak okey je dengan saya. Tak ada niat nak membunuh kan?"

Nawwar sekadar diam membisu.

"Saya percaya yang awak-"

Hiiiii~

Langkah mereka dimatikan sebaik sahaja bunyi mengilai menyusup masuk ke dalam sistem pendengaran. Nawwar membawa keluar lembingnya, Emara bersedia dengan tudung yang diikat kunai pada hujung. Bila-bila masa dia boleh melibas musuh yang cuba mendekati mereka.

Mujur ada seorang ahli Thunder bersama Emara. Belum sempat dia mengimbas suasana sekeliling, Nawwar terlebih dahulu membuka langkah. Lembing telah menusuk tepat ke entiti yang sergah mengejut depan Nawwar. Entiti tersebut hilang melalui kepulan asap.

"Ah sudah Azazel hantar natang apa pula dah? Keluar lah kau! Ingat aku kecut!?" jeritan suara garau maskulin bergema. Wajah kembali tegang, bersedia menyerang mangsa seterusnya.

"Ah Nawwar!!"

"Emara!!"

Entiti lain menyusul tiba lalu menarik Emara kasar agar jauh daripada Nawwar. Perlahan-lahan fizikalnya berubah. Fizikal yang tinggi lampai setaraf dengan ketinggian Nawwar. Raut wajah yang agak hodoh. Sah bukan daripada tentera Azazel.

Langkah demi langkah entiti itu maju ke hadapan. Begitu juga dengan Nawwar yang sudah menggenggam ketat pemegang lembing, menahan geram. Wajah bengis terpancar. Rahang diketap kuat.

"What do you want?" tekan Nawwar seraya mata lembing dituju kepadanya.

Kepala entiti itu miring ke kanan melihat Nawwar. Tanpa bersuara, satu tumbukan padu terkena tepat di abdomen menyebabkan Nawwar muntah darah.

"Nawwar!!" niat Emara ingin membantu, tetapi kekuatannya sebagai wanita tidak dapat mengatasi kekuatan dua lagi entiti yang menahan lengannya.

"Lemah. Macam kau yang dulu," sindiran entiti mencabar kesabaran Nawwar.

"Kau siapa!? Apa kau nak?" dengus Nawwar yang berusaha untuk bangkit semula.

Dia melangkah laju ke arah Nawwar. Libasan lembing hampir terkena padanya. Gagal terkena sasaran, giliran entiti itu pula melibas pedang miliknya pada Nawwar tetapi dengan kelincahan yang Nawwar miliki, dia sempat mengelak.

"Ceh, itu je?" ejek Nawwar sementara mengelap darah yang mengalir di hujung bibir akibat muntah darah. Setakat tumbukan lemah begitu dia masih boleh bertahan.

"Show me what you've got," cabar entiti tersebut sebelum dia mengangkat pedang lalu dilibas sekali lagi ke arah Nawwar.

Masing-masing bersilih ganti menunjukkan kehandalan dalam menggunakan senjata. Tidak berputus asa walaupun berkali-kali gagal terkena sasaran. Kesabaran Nawwar mencapai hadnya, dia mengerahkan tenaga dalaman untuk bertindak di luar kemampuan.

Shing!

"Argh tak guna!" nampaknya mata lembing terkena pada lengan entiti itu. Mengerang kesakitan yang teramat. Dia dapat merasakan arus petir mengalir ke dalam tubuh.

"Tch... siapa yang lemah sekarang ni?" tersenyum puas Nawwar melihat darah mengalir keluar dari lengan entiti itu.

Dengan muka yang penuh amarah, dia mara ke hadapan lalu pedang dihunus keluar ke arah jejaka itu. Kelincahan Nawwar menarik perhatian Emara yang sedang melutut di tanah.

"He's so good at the defending himself. Not a joke," puji Emara meneliti setiap pergerakan Nawwar bersama lembingnya.

Entah bagaimana Nawwar boleh tersilap langkah, lembing terlepas dari pegangan menyebabkan lembingnya tercampak jauh. Tak sempat berbuat apa, tubuh kekarnya ditolak jatuh menyembah bumi. Tubuh entiti menindihnya. Kedua-dua tangan ligat mencekik leher Nawwar sehinggakan pernafasannya tersekat.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now