Bab 15

426 28 0
                                    

KEDUDUKAN Empat Bukit Kembar terletak berhadapan antara satu sama lain. Terdapat ruang lapang bahagian tengah dipenuhi rumput menghijau. Agak ganjil kerana kawasan ini seperti dijaga oleh penjaga dari alam ghaib. Kawasan ini lebih terdedah kepada cahaya matahari, mustahil jika rumput tidak tumbuh lebih tinggi melebihi paras pinggang.

Gambarannya lebih kurang padang bola yang lapang di stadium.

"Takkan tercongok situ? Jom la cari pintu rahsia," ajak Hadeena berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga. Bila dah terlalu seronok, tunang sendiri dia sanggup lupakan walau sementara.

"Hati-hati sayang! Err awak pergi sebelah kanan, saya pergi sebelah kiri," pamit Aryan sebelum meninggalkan Nawwar dan Emara yang terpinga-pinga melihat dua pasangan itu pergi.

"Saya ikut awak,". Nawwar mendekati Emara yang tersipu malu.

"Cepat, awak nak pergi arah mana? Depan? Belakang?"

Tanpa sepatah kata Emara memilih untuk berpusing kebelakang. Sengaja ajak Nawwar main kejar-kejar. Apa salahnya sebelum Emara mengejar hatinya.

"Emara! Jangan main pergi macam tu je! Kalau awak hilang macam mana?"

Emara tidak mengendahkan seruannya.

"Emara Iris!"

Tiba-tiba Emara lenyap dari pandangan Nawwar menyebabkan dia kaget setempat. Ke mana perginya gadis itu? Dalam sekelip mata dia ditelan bumi begitu pantas.

Nawwar melangkah ke hadapan di tempat dia hilang tadi. Ternganga mulutnya tatkala ada satu lubang menuju ke bawah tanah. Ini ke pintu rahsianya?

"Aryan!! Hadeena!! Ada lubang sini, masuk!!" lantang Nawwar bersuara untuk menyedarkan mereka tentang pintu rahsia yang telah dijumpai oleh Emara secara tak sengaja.

Giliran Nawwar terjun ke dalam lubang yang akan membawanya ke dasar tanah.Ya Allah, harap Emara baik-baik sahaja.

Tiba di dasar, bulu roma berdiri tegak. Ayat suci dilafazkan serta-merta. Koridor depan mata diterangi cahaya biru yang tidak diketahui sumbernya dari mana. Matanya meliar sekeliling mencari susuk tubuh gadis mungil itu. Ah sudah, hilang kemana budak ni?

"Baa!!"

"Emara! Astaghfirullah,"

Terhinjut bahu Nawwar dek cengkaman Emara melekat padanya. Orang punya risau dia kena culik mahkluk lain, dia boleh buat lawak mengejut begini. Tak tentu pasal sistem kardiovaskular ikut terkejut sama.

"Awak okey? Lain kali janganlah main pergi tanpa saya ikut. Risau tau tak?" adu Nawwar mengusap dadanya.

"Oh pandai risaukan orang rupanya," tertawa kecil Emara dengan riak tak bersalah.

"Haih. Nasib baik takde apa jadi. Ha, macam mana nak keluar dari sini?"

Emara sekadar menjongket bahu, buntu bagaimana mahu keluar dari tempat mistik ini. Koridor nampak suram. Fikir dua tiga kali nak terjah masuk.

The trauma is calling you

"Siapa tu!?" tangan Nawwar lincah mengeluarkan lembing melalui elemennya. Emara ditarik rapat, satu tangan melindunginya daripada sebarang ancaman bahaya mendatang.

"Err... Kenapa ni? Saya tak dengar apa-apa,"

"Saya dengar bisikan. Dia sebut 'the trauma is calling you'. Awak tak dengar ke?"

Lantas Emara geleng laju.

"Takkan awak khayal, Nawwar? Sihat ke tak ni?"

"Saya dengar bisikan tu! Saya tak tipu, Emara. Sumpah!" tangan Nawwar menggosok belakang kepala. Tak mungkin anxiety yang dia alami menjadikan dia berhalusinasi buat seketika.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now