Bab 28

346 24 2
                                    

WAJAH Emara sembap dan lencun dibasahi air mata. Mata bengkak. Kisah silam Nawwar sangat meruntun hatinya. Sukar dibayangkan perasaannya apabila orang tercinta meninggal depan mata.

Bukan seorang tapi dua orang.

Dua wanita bergelar ibu dan adik perempuannya.

"Selepas kejadian itu... Saya tak berapa nak ingat. Yang saya tahu, saya kena rasuk dengan curse sendiri enam kali berturut. Sampai hampir bunuh nyawa semua orang. Mungkin ada yang terkorban. Saya tak tahu." Suara serak Nawwar kedengaran jelas.

"Tuan Zachary cerita, saya koma. Dua minggu lebih kurang setiap kali curse diaktifkan. Jadi dia dan Doktor Rais buat something dekat saya. Macam... Pindah separuh daripada curse saya masuk dekat crystal orbs. Saya tak tahu cara dia orang uruskan. Saya mana sedar. Saya tidur dua minggu." Sempat Nawwar bergurau kecil.

"Awak ni. Oh, macam mana awak boleh pindah dari Flame pergi Thunder?" soal Emara teruja. Seandainya Nawwar tidak dipindahkan elemennya, pasti Fariz bukan pilihannya.

"Err... Tuan Zachary dan ayah saya uruskan. Kan setiap kali akhir semester ada majlis perlantikan. Ada satu masa, dia orang sahkan saya jadi ahli Thunder. Aksesori saya ditukar. Semua ditukar. Tahu-tahu saya demam lepas habis majlis."

Profesor Afzhan sendiri sarankan kepada Tuan Zachary dan Tuan Asnawi agar Nawwar ditukarkan elemen dengan segera. Jika tidak, nyawa dia dalam bahaya kerana faktor usianya masih muda.

"Aw kesiannya awak..." Emara cemberut. Nawwar tidak memberi sebarang reaksi. Siapa sangka Nawwar harus menjalani detik-detik menyeksakan ketika itu.

Lapan tahun lalu adalah trauma terbesar Nawwar.

"Kita balik, Emara. Nak maghrib dah." Nawwar bangun dari duduk. Menggeliat selesa. Sendi-sendi terasa tegang lepas tiga puluh minit duduk bersila.

Emara mengekori Nawwar di sisi. Pintu bilik tokoh ditutup rapat. Koridor sunyi. Seram sejuk rasanya.

"Mesti Kak Deena cari saya nanti." Emara menghidupkan skrin telefonnya. Hairan. Tiada notifikasi missed call mahupun deretan mesej Whatsapp.

"She trusted me." Nawwar senyum senget. Hadeena tahu Emara sentiasa berkepit dengan lelaki idamannya. Buat apa risau, Nawwar takkan apa-apakan dia seperti Fariz.

"Emara, saya hantar awak sampai depan tangga blok Amethyst. Takkan saya selamba terjah masuk blok perempuan. Ada yang cop saya gatal karang." Nawwar pelawa diri untuk hantar dia ke sana. Bahaya biarkan gadis ini seorang diri.

"Awak memang gatal pun! Werk!"

"Emara! Awak fitnah saya! Saya tak gatal!"

Aksi kejar-kejaran memecahkan kesunyian koridor. Emara Iris minta kena hempuk agaknya. Tak gay, gatal. Tak gatal, gay. Dua benda sama diulang kalau nak mengusik orang.

Tunggulah Nawwar tarik jadi isteri terus. Buat hal sikit, kena denda. Denda manja suami isteri.

Sudah jemu berkejaran macam budak-budak, papan tanda tertulis 'Blok Amethyst' dipandang. Anak tangga didaki Emara dengan cermat. Boleh tahan licin.

"Hati-hati! Risau awak tergolek gedebuk gedebak turun bawah." Nawwar meletakkan tangannya pada sisi dinding.

"Are you trying to make jokes?"

Jejaka itu menjongket bahunya. Why not? Dah lama tak bergurau selepas pemergian Ammara.

"Awak tak cermat, awak jatuh. Bila jatuh, saya dukung awak. Nanti saya culik letak dalam bilik saya. Boleh expose six pack saya," imbuh Nawwar lagi.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now