Bab 24

366 30 0
                                    

"TUAN... Tuan Zachary..."

Sistem pendengaran Tuan Zachary menangkap seruan Nawwar. Mata dinyalang, anak buahnya sudah sedar setelah sekian lama dihanyut mimpi.

Nasib baik tak tidur selamanya.

"Syukur Tuhan. Kamu okey?"

"Sikit. Saya... dah lama ke... sini?"

Jam tangan Tuan Zachary ditilik. Jarum menunjukkan pukul enam petang, kira-kira sudah enam jam dia tidur. Sepatutnya sekarang waktu makan malam ahli akademi di kafetaria, namun Nawwar yang masih terlantar sakit harus diutamakan dahulu.

"Nanti saya minta Doktor Rais bawakan makanan untuk kamu."

Nawwar menggeleng perlahan, tiada selera makan buat masa ini.

"Mana boleh skip makan, nanti kena gastrik. Makan lah walaupun sikit," pujuk Tuan Zachary seraya mengusap lembut ubun-ubun rambut ikal mayang itu.

"Tak ada selera..."

"Makan, Nawwar. Kamu nak saya suruh Emara suapkan ke?" Tetiba nama Emara kena petik, terus segar mata Nawwar dibuatnya.

"Dia mana... Tuan?"

"Kafetaria dengan Hadeena dan Aryan. Zhan ikut sekali rasanya. Nanti dia orang datang sini balik. Kesian Emara menangis sebab kamu." Tuan Zachary menarik kerusinya rapat ke katil pesakit itu. Lebih mudah dia nak dengar Nawwar bersuara.

"Menangis? Why?"

Tuan Zachary mengetap bibirnya, menunduk kemudian angkat semula kepalanya sebelum menghela nafas ringan. Jari-jemarinya bercantum antara satu sama lain.

"Saya ceritakan pasal kamu dekat dia. Semua benda yang ditulis dalam surat arwah ayah kamu, saya bagitahu dia. Itu dia menangis." Ternyata Tuan Zachary pernah baca semua surat itu terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Nawwar.

"Why... Why did you tell her?" Mahu saja Nawwar marah Tuan Zachary, malangnya kondisi dia yang kurang baik menghalang dia jadi anak derhaka. Risau tak bernafas terus esok hari.

"She has to. She is you father's favourite daughter-in-law. I'm pretty sure you've read that part, did you?"

Perlahan Nawwar angguk kecil.

"Saya nak tanya kamu lah. Jujur ye?" Bila Tuan Zachary buka sesi soal jawab, tak lain tak bukan mesti pasal Emara.

"Siapa mengorat dulu?"

Hampir terhambur tawa Nawwar dengar soalan pertama. Berkerut dahi Tuan Zachary, soalan simple dia bagi ada unsur komedi ke?

"Lovely Iris,"

Separa tubuh Tuan Zachry mundur sedikit kebelakang. Kening sebelah diangkat tinggi, anak buahnya dijeling sekilas.

"Is that her nickname? Seriously, lovely Iris?"

"Yeah. It's special because I'm the only one who allowed to call her that." Nawwar senyum herot sebelah, Tuan Zachary bersedakap dada.

"Okay. Hm, do you like her?"

Nawwar angguk. Dia sukakan personaliti Emara yang ceria. Gelagat Emara yang mencuit hati sudah menjentik hatinya untuk sukakan gadis ini. Sebiji perangai dengan arwah Ammara Anasya.

"Then do you love her?"

Soalan terakhir Tuan Zachary membuatkan Nawwar terkedu. Suara gadis Flame dua hari lepas terngiang-ngiang dalam kepalanya.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now