Bab 3

23.4K 879 9
                                    

MATANYA dikecilkan ingin memastikan apa yang terlihat di depan mata. Seorang wanita lengkap bersuit pejabat sedang bergelut dengan punat pada lif, membuatkan pinggir bibirnya menyungging senyuman. Kakinya tangkas dibawa menghampiri gadis tersebut, berniat ingin membantu.

"Hish, apahal pagi-pagi jugak lif ni nak buat hal?" Punat lif itu ditekannya berkali-kali. Geram kerana pintu masih belum terbuka membenarkannya masuk ke dalam. Nak cari gaduh ke macam mana pintu lif ni?

Kali ini cubaan terakhirnya disertakan dengan lafaz bismillah. Harap-harap terbukalah pintu lif seperti yang diharapkan. Bimbang juga kalau-kalau klien sudah lama menunggunya di bilik mesyuarat.

Seperti yang diharapkan, pintu lif akhirnya berjaya terbuka setelah berhempas pulas menaburkan tenaga. Sempat diberikan sepakan percuma kepada pintu lif tersebut sebelum melangkah masuk ke dalam. Baru sahaja pintu lif itu ingin tertutup rapat kembali setelah ada penumpang di dalam, ada sepasang tangan sasa yang meghalang.

‘Aduhai... malaun mana pulak datang meneyemak time aku lambat macam ni. Tak pasal-pasal aje nanti kena sembur dengan client buat diaorang tunggu lama.' Omel Raisya dalam hati tanpa memandang gerangan yang menghadang pintu lif itu. Pandangannya ditundukkan memandang hujung heels yang tersarung di kaki.

"Selamat pagi bos yang cantik tapi macam singa." Membulat mata Raisya sebaik terdengar suara maskulin itu.  Sejak bila dia tidak perasan Tengku Zafran masuk ke dalam lif bersamanya? Urgh...

"Assalamualaikum. Aku bukan singa, tapi manusia." Raisya menarik senyuman sinis. Biar cuci sikit hati tu biar tahu menyapa manusia dengan sopan. Kalau sentap? Hah, lantak dia lah.

Tengku Zafran terdiam sesaat. Bibirnya sengaja dirapatkan ke telinga Raisya yang berlapikkan tudung itu, "Waalaikumussalam. Bos perli saya ke?" Sengaja dia berbuat demikian ingin melihat reaksi apa yang akan ditunjukkan Raisya.

Dijelingnya Tengku Zafran seperti ingin ditelan hidup-hidup. Kemudian jaraknya dengan lelaki itu sehabis boleh dijauhkan. Maksiat!

"Taklah. Aku tengah puji kau ni." Sekali lagi Tengku Zafran disindir. Mujur pipinya yang berona merah semula jadi tadi tidak disedari Tengku Zafran. Entahlah hati ni, tiba-tiba pulak rasa malu-malu bila jaraknya dan Tengku Zafran begitu dekat tadi.

'Nasiblah kau ni bos aku...'

Ting!

Sebaik melangkah keluar dari perut lif, mereka menuju ke meja kerja masing-masing di tingkat 19. Namun Tengku Zafran menghalang langkah Raisya tanpa sempat wanita bekerjaya itu masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Err... Kejap lagi bos lunch dengan siapa eh?" Raisya mengerutkan keningnya dengan soalan yang tiba-tiba itu. Sekali gus membuatkan langkahnya terhenti. Mata Tengku Zafran ditenung lama.

"Selalunya dengan Sofi. Apasal kau tanya?" Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam kot. Terserlah karisma dirinya yang bergelar bos wanita.

Tengku Zafran melakar senyum. Dalam mindanya sudah merencanakan makan tengah harinya bersama Raisya

"Saya lunch dengan bos tengah hari ni boleh?" Entah kenapa aura ingin berbaik dengan bosnya itu hadir. Walhal kelmarin, bukan main lagi mereka berperang mulut.

"Tak payah! Menyibuk aje nak lunch dengan aku." Lalu Raisya terus menuju ke bilik mesyuarat. Jam di tangan sempat dikerling sekilas. Mampus lah! Sepatutnya dah lima belas minit mesyuarat berlalu. Terkocoh-kocoh Raisya ke bilik mesyuarat.

'Huh, kau sombong sangat dengan aku kan. Kau belum kenal lagi lah siapa Tengku Zafran.'

**********

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now