Bab 68

12.5K 423 14
                                    

“Sya, Maya. Umi nak cakap sikit dengan kauorang." Umi Rahimah menyapa Maya dan Ukaisya yang sedang rancak berbual itu. Mereka berdua segera menoleh ke arah Umi Rahimah. Maya juga agak terkejut akan penerimaan Umi Rahimah terhadapnya. Sedangkan semalam, Umi Rahimah langsung tidak mahu memandangnya.

“Umi nak cakap apa?" Lembut sahaja Ukaisya menyoal. Memang kembar seiras Maya ini dikenali sebagai seorang gadis yang berbudi bahasa jika nak dibandingkan dengannya.

“Maya kenal siapa Tan Sri Mikhael?" Maya agak tersentak apabila Umi Rahimah bertanyakan tentang daddynya. Perlahan-lahan dia mengangguk tanda mengiakan apa yang disoal Umi Rahimah.

“Sebenarnya kauorang adalah kembar seiras. Sya mesti pelik kan? Sebab umi langsung tak pernah ceritakan hal ni pada Sya." Ukaisya dan Maya membungkam. Betulkah apa yang mereka dengar sekarang ini?

“Betul ke ni umi? Umi tak tipu kitaorang kan?" Ukaisya dan Maya saling berpandangan sebelum pandangan mereka beralih pada Umi Rahimah. Gelengan Umi Rahimah membuatkan mereka sekali lagi membungkam. Maka, tidak silap lagi apa yang mereka dengar sebentar tadi.

“Tapi daddy cakap mummy dah tak ada." Maya tunduk menekur lantai. Perasaan hiba mula muncul. Umi Rahimah melepaskan perlahan nafasnya. Sukar untuk dia menerangkan perkara sebenar yang terjadi.

“Sebenarnya daddy Maya kahwin dua. Maya dengan Ukaisya adalah anak umi. Anak kepada isteri kedua daddy kauorang. Sebenarnya umi pun tak tahu tentang kematian isteri pertama daddy kamu berdua." Umi Rahimah menolak dagu Maya ke atas supaya mata mereka berdua saling bertatapan.

“Jadi, makcik ni umi Maya lah? Dan Sya pula kembar Maya?" Soal Maya polos. Umi Rahimah mengangguk memandang kedua puteri kembarnya itu.

Tidak menunggu lama, terus sahaja mereka bertiga saling berpelukan. Syukur kerana keluarga mereka telah bersatu semula. Cuma Tan Sri Mikhael sahaja tidak dapat merasai saat-saat ini. Pergilah dengan tenang daddy. Insha-Allah Maya tidak akan lupa untuk mendoakan kesejahteraan daddy di sana. Air matanya mula menitis sedikit demi sedikit. Ya, berita buat kali kedua yang bersiaran tentang pesawat yang dinaiki Tan Sri Mikhael pagi tadi, benar-benar membuatkannya ingin rebah ke lantai. Tiada siapa yang terselemat dari kemalangan yang berlaku itu kerana kapal terbang yang terhempas itu meletup. Peswat itu habis berkecai. Mayat-mayat mangsa dari kemalangan itu akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Samada petang ini ataupun hari esok. Maya hanya menanti dengan sabar.

                     *************

Tengku Amalina dan Tengku Zarul berpandangan sesama sendiri apabila Datuk Faizal menyoalkan mereka tentang Tan Sri Mikhael. Sah pasangan ini tidak tengok berita. Sebab itulah tidak apa yang berlaku.

“Kenapa dengan Tan Sri tak guna tu?" Tengku Zarul menyoal dengan geram. Memang dia tidak suka apabila dipersoalkan tentang Tan Sri Mikhael. Sudahla menuduh putera sulungnya mengandungkan anak orang. Memang dasar mulut longkang.

“Sebenarnya dia dah tak ada. Pada mulanya aku pun terkekut juga. Tapi dah jelas lagi nyata apa yang disiarkan dalam berita tu. Siap dengan gambar mangsa kemalangan tu lagi." Datuk Faizal seperti berat hendak membuka mulut untuk menceritakan tentang arwah Tan Sri Mikhael.

“Innalillahwainnailaihiroji'un. Kejap. Aku still tak faham. Kemalangan apa ni? Arwah accident ke sebelum ni?" Persoalan Tengku Zarul hanya mendapat gelengan dari Datuk Faizal.

“Kapal terbang yang dia naik tu terhempas." Tengku Zarul dan Tengku Amalina sekadar mengangguk.

“Err... Maya pun terlibat dalam kemalangan tu juga ke?" Tiba-tiba Tengku Amalina menyoal. Agak risau tentang Maya. Walaupun dia sudah mula membenci gadis itu sebenarnya. Mungkin tidak salah hanya sekadar mengambil berat.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now