Bab 74

12K 440 34
                                    

“Okey, semua boleh bersurai. Enjoy your lunch." Raisya memberikan arahan sejurus mesyuarat mereka tamat pada tengah hari itu.

“Bos tak pergi ambil Imani ke? Dah nak dekat pukul satu tengah hari dah ni." Sofian bangun dari duduknya diikuti oleh Tania. Raisya pantas mengerling ke arah jam di tangannya.

“Astaghfirullahalazim. Thanks sebab tolong ingatkan. Macam mana boleh lupa ni?" Raisya segera berlari keluar dari bilik mesyuarat itu dengan segera dia pergi mendapatkan Tengku Zafran.

“Abang!"

“Kenapa ni sayang? Termengah-mengah aje abang tengok." Raisya menarik nafas terlebih dahulu sebelum bersuara.

“Abang lah. Laju sangat jalan. Penat sayang nak kejar tau. Abang, kita lewat ambil Imani lagi. Kesian dia tunggu. Jom. Nanti mengamuk pula princess kita tu." Tengku Zafran mengangguk laju. Dia pun lupa sebenarnya.

“Kita naik kereta abang aje lah. Boleh muat ramai sikit." Raisya mencebik. Mentang-mentanglah kereta aju boleh sumbat dua penumpang aje, sedap hati dia nak perli.

“Lah... termenung apa lagi tu sayang? Nak tunggu princess kita bertukar jadi hulk dulu baru nak bergerak?"

“Ish ya lah-ya lah." Tiba-tiba saja mood dia bertukar. Tadi elok saja. Dah kenapa dengan kau ni Raisya?

Tengku Zafran membuntuti langkah Raisya dengan senyuman simpul.

                  ***********

"Hari ni mama awak datang ambil awak lambat lagi ke?" Soal Tengku Imani sambil menikmati aiskrim bersama Aiman. Sememangnya ibu bapa mereka sering lewat menjemput mereka pulang.

"Tak. Mama saya cakap dia nak datang awal. Dia nak jumpa awak." Terhenti suapan Tengku Imani dari terus menjilat aiskrim di tangan.

"Kenapa mama awak nak jumpa saya? Saya ada buat salah ke?" Petah Tengku Imani bertutur walaupun sedikit gugup.

"Saya sengaja suruh mama jumpa awak. Sebab mama saya cakap kalau kita seseorang tu, kita kena bagitahu mama dengan papa kita. Sebab tu lah saya bagitahu mama saya. Kalau bagitahu papa saya, memang tak cukup tanah saya berlari nanti." Aiman senyum sehingga menampakkan lesung pipit pada kedua belah pipinya.

"A..awak su...suka saya?" Pipi Imani mula bertukar kemerah-merehan. Aiman mengangguk sambil melemparkan senyuman manis kepada Imani. Boleh kencing manis kalau asyik tengok Aiman senyum.

Dari kejauhan, Aiman sudah nampak Maya turun dari kereta lalu berlari anak meluru ke arahnya.

“Lama ke Aiman tunggu mama?" Aiman menggeleng. Seulas senyuman diberikan kepada Maya. Sudah biasa kena ambil lambat macam ni.

"Eh, tak ada lah. Lagipun Aiman dah biasa. Mama, ni lah Imani." Aiman memperkenalkan Imani kepada Maya. Kerutan mula timbul di dahi Maya. Imani mana pula ni? Desis hatinya.

Aunty, nak salam." Imani menghulurkan tangannya kepada Maya. Huluran tangannya disambut mesra oleh Maya.

Maya seperti merasakan ada seseorang sedang berdiri di sampingnya. Namun dia malas hendak menoleh untuk melihat gerangan ang sedang berdiri di sampingnya.

“Imani. Sorry mama lambat." Sebaik sahaja terdengar suara itu, sepantas kilat Maya menoleh. Raisya dan Maya tergamam.

"Maya?!" Soal Raisya terkejut bercampur teruja. Walaupun Maya sudah berpakaian menutup aurat,  namun dia masih dapat mengenal pasti diri Maya.

"My... Myra?" Baru sahaja Maya ingin memeluk tubuh Raisya, Raisya terlebih dahulu memeluknya. Lama mereka saling berpelukan.

“Myra... maafkan Maya. Maya banyak buat salah dekat Myra." Raisya mengusap belakang Maya. Sungguh dia rindu Maya. Tengku Zafran cuma jadi pemerhati di belakang. Imani dan Aiman pula saling memandang antara satu sama lain.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now