Bab 67

12.6K 463 30
                                    

Sudah berkali-kali punat loceng rumah agam itu ditekan, namun tetap tiada sahutan. Dia juga ada memberi Salam. Namun hasilnya tetap sama.

“Dik! Cari siapa tu?" Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an menyapanya. Alang-alang dia tinggal bersebelahan dengan Tan Sri Mikhael, apa salahnya dia menegur pemuda itu.

“Emm... akak, mana pergi tuan rumah ni eh?" Adam cuba bertanyakan kepada wanita itu. Mungkin dia tahu.

“Oh... Adik ni cari Tan Sri Mikhael lah? Sebenarnya akak pun tak tahu. Dah seminggu juga la akak tak nampak tuan rumahnya." Wanita itu melemparkan senyuman kepada Adam.

“Tak apa lah kalau macam tu. Saya minta diri dulu ya. Assalamualaikum." Sempat Adam memberi salam sebelum dia kereta yang dipandu bergerak meninggalkan kawasan perumahan mewah itu.

“Waalaikumussalam." Sejurus itu, dia melangkah masuk semula ke dalam rumah.

Dekat mana lagi aku nak cari kau Maya? Kenapa daddy kau pun tak ada dekat rumah? Atau kauorang berdua memang nak mengelak dari aku? Soalan-soalan yang berlegar di dalam mindanya itu akhirnya dibiarkan tanpa jawapan.

                     *************

Maya mengerling sekilas ke arah jam yang menunjukkan ke angka 5:50 pagi. Dia hairan bagaimana dia boleh terbangun awal hari ini. Selalunya selagi matahari belum naik, jangan harap dia akan bangun.

Langkahnya diatur perlahan-lahan keluar dari bilik itu. Satu sahaja sikapnya, kalau sudah bangun memang dia tidak akan tidur semula.

Baru tiga tapak dia melangkah keluar dari bilik itu, telinganya dapat menangkap suara merdu seseorang sedang mengalunkan bacaan Al-Quran.

Dengan penuh minat, Maya menekapkan telinganya pada arah di mana datangnya suara alunan merdu itu. Suara itu datangnya dari arah bilik seseorang. Mungkin bilik Ukaisya. Tekanya dalam hati.

Pintu bilik itu dikuak sedikit untuk memastikan sama ada tekaannya betul ataupun tidak. Sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka, terdapat sekujur tubuh membelakanginya sedang duduk di atas tikar sejadah. Ya, tidak salah lagi. Tepat jangkaannya. Suara merdu itu adalah milik Ukaisya. Kembar seirasnya.

“Sodaqallahulazim." Kitab Al-Quran itu dikucup sebelum disimpan ke dalam almari. Telekung dan sejadah dilipat lalu disangkutkan pada almari.

“Maya?" Soalnya agak terkejut. Sejak bila Maya berdiri di belakangnya pun dia tidak sedar.

“Sya boleh tolong ajarkan Maya cara membaca Al-Quran tak? Maya dah lupa. Bila Maya dengar Sya alunkan bacaan Al-Quran tadi, Maya rasa tenang." Maya tertunduk malu. Ada dua sebab kenapa dia malu. Pertama, malu kerana kantoi mengintai orang. Kedua, malu dengan sikapnya sendiri. Mengaku sebagai orang Islam, tetapi apa yang telah diajarkan kepada Islam, langsung dia tidak ikut. Kolam matanya tiba-tiba sahaja bergenang. Sedar betapa jauhnya dia dengan Islam selama ini. Betapa khilafnya hidup sebagai hamba-Nya di muka bumi ini.

“Alhamdulillah... Bagus kerana Maya ada kesedaran untuk berubah. Tetapi, sebelum Sya ajarkan Maya cara membaca Al-Quran, jom kita solat dulu. Dah masuk waktu subuh ni." Sekali lagi Maya membungkam.

“Tak apa. Sya ajarkan Maya cara bersolat okey?" Ukaisya seperti memahami apa yang ingin Maya katakan kepadanya. Maya pula mengangguk lemah sambil turut mengambil wuduk bersama Ukaisya.

                    **************

“Bonda buat apa tu?" Tengku Zafran berjalan menghampiri Tengku Amalina yang sedang menyediakan minuman herba buat Raisya.

“Adalah... Kejap lagi Zaf tolong bagi dekat Raisya. Make sure dia minum kedua-dua air ni tahu." Tengku Zafran sekadar mengangguk sambil khusyuk melihat bondanya sedang merebus daun pegaga.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now