Special Part Raya I

11.1K 403 16
                                    

Sia ingat nak publish first raya hari tu. Baru feeling dia lebih sikit. Tapi tak sempat. By the way, thanks sangat kepada korang sebab menyokong cerita ni sampai dapat #2 in Romance semalam. Thanks!

~~~~~~~~

Pagi yang hening itu bertukar menjadi pagi yang indah setelah takbir raya mula bergema. Masing-masing menghayati alunan takbir itu dengan penuh syahdu.

Raisya mula menghidangkan kuih-muih serta pelbagai lagi hidangan untuk dijamu kepada sanak-saudara dan kanak-kanak yang akan berkunjung ke rumah mereka pada pagi itu.

Tengku Zafran pula tiada di rumah kerana pergi menunaikan solat sunat hari raya di masjid yang berdekatan dengan kawasan perumahan mereka.

“Mama, kan papa dah cakap mama tak boleh buat semua kerja ni. Kenapa tak panggilkan Imani tolong mama." Imani dah mula memebebel mengalahkan Raisya. Termuncung-muncung macam itik dah mulut dia tu.

“Alah semua kerja ni simple aje lah. Mama boleh buat sendiri. Imani pergi duduk depan. Kejap lagi aunty Maya dengan Aiman nak datang." Bercahaya terus anak mata Imani. Pantas dia berlari menuju ke ruang tamu.

Sebaik sahaja pelbagai juadah serta kuih-muih telah siap dihidang pada meja kopi di ruang tamu itu, pendengaran mereka menangkap bunyi deruan enjin di luar rumah. Berlari-lari Imani meluru ke luar rumah.

“Assalamualaikum! Kami datang nak beraya!" Perbuatannya dari terus menyusun balang kuih itu tergendala sebentar. Langkahnya diatur menuju ke pintu utama untuk melihat siapa yang berkunjung ke vila mereka pada pagi raya itu.

“Fasya! Jom masuk." Fasya menarik senyuman lebar lantas melangkah masuk ke dalam bersama Datuk Faizal dan juga keluarganya.

“Cantiknya rumah akak. Siapa yang hias?" Raisya mencemik. Tahu diri dia sedang diperli.

“Kemas tak ikhlas ke duk tanya-tanya ni?" Tahulah dia yang tolong hiaskan vila besar gedabak ni.

“Ish kauorang ni... time hari raya ni cuba jangan bergaduh. Cepat beraya dengan papa." Datuk Faizal melabuhkan duduk pada sofa empuk itu. Balang kuih yang berisi kuih almond london itu dicapai.

“Alah papa ni... tunggulah Zaf balik..." Bunyi hon di luar rumah memotong percakapan Raisya. Kali ni wajah Imani sudah tukar berseri-seri apabila kelibat Aiman turun dari kereta yang berada di luar rumah itu.

“Aiman!!" Maya dan Adan cuma tersengih melihat mereka berdua. Farisya dan Fasya pula cuba mengintai siapa yang datang.

“Jom masuk. Dekat dalam ada ketupat, rendang, lontong, ada..."
“Ehem! Aiman aje ke Imani jemput masuk? Aunty Maya dengan uncle Adam taknak jemput masuk?" Maya tersenyum mengusik. Imani menayang sengih kerang busuk tak laku dia tu dekat Maya.

“Hehe... termasuk aunty dengan unclelah. Jom." Mereka bertiga mengikut langkah Imani dari belakang. Baru sahaja tiba di muka pintu, Audi R8 milik Tengku Zafran mula masuk ke perkarangan vila dua tingkat itu. Imani berlari mendapatkan Tengku Zafran pula. Tubuh Imani terus didukukung sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta.

“Mama mana?"

“Kat dalam. Maksu dengan atuk pun ada dekat dalam."

“Okey, jom kita masuk." Pipi Imani dikucup sekilas sebelum mereka semua melangkah masuk ke dalam vila itu.

Isteriku Cik Bos [Republish]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora