Bab 12

20.3K 692 7
                                    

TAMAT saja majlis pada malam itu, Raisya menerjah terus ke bilik pengantin. Penatnya ya ampun! Papa lah ni. Orang nak buat majlis kecil-kecil, dia nak jugak buat majlis yang grand. Bukannya perlu pun semua tu. Asalkan akad nikah berjalan dengan lancar sudah.

"Baik aku mandi dulu sebelum mamat tu masuk bilik." Raisya membuka lilitan shawl yang tersarung kemas pada kepalanya. Rimas juga berpakaian pengantin seperti ini. Tidak selesa.

"Alah... tak sampai lah pulak nak buka zip gaun ni. Ni semua salah dia tau. Aku dah cakap tak nak pakai gaun ketat-ketat, dia suruh jugak aku pakai gaun ni. Sekarang ni siapa susah? Aku la yang susah." Belum habis lagi rupanya dia menyalahkan orang lain. Seginggakan suami sedang memerhati pun langsung dia tidak sedar.

Tengku Zafran menggeleng melihat Raisya bercakap seorang diri di hadapan cermin. Ada 'teman' baru ke dalam cermin tu?

Sedang asyik membebel di hadapan cermin, tiba-tiba ada sepasang tangan merayap pada belakang tubuhnya. Raisya sudah bersedia untuk membuka langkah jika lelaki di belakangnya berani bertindak lebih jauh.

Namun pantulan wajah pada cermin, membuatkannya terkaku sebentar. Perlahan-lahan dia memalingkan tubuh menghadap Tengku Zafran. Tak jadi nak tunjuk skill taekwondo!

Tidak selesa berkeadaan jarak dekat, Raisya cuba membebaskan diri daripada kepungan Tengku Zafran.

"Ish, duduk diam-diamlah. Aku nak tolong bukakan." Entah kenapa, Raisya hanya menurut. Walhal dalam hati tadi rasa nak bagi tendangan padu dah dekat Tengku Zafran. Eh, kejap. Kenapa dia bahasakan diri dia sebagai 'aku'? Sebelum ni bukan main lagi bersaya-awak bagai.

"Siap. Pergi lah mandi. Dah serupa bau kambing aje kau ni." Sindir Tengku Zafran. Sesekali matanya mencuri-curi pandang ke arah rambut lurus paras bahu milik isteri yang baru dinikahinya itu.

"Aku nak pergi mandi lah ni! Tapi sebelum tu aku nak tanya kau." Belakang badannya dirapatkan ke meja solek dalam posisi memeluk tubuh.

"Tanya apa?"

"Kenapa kau bahasakan diri kau 'aku'?" Tengku Zafran tersenyum nakal memandang Raisya. Gelabah Raisya apabila Tengku Zafran cuba mendekatkan wajah dengannya. Huish, jangan macam-macam!

"Tak suka ke? Kalau macam tu, kita tukar panggilan ke abang-sayang, okey tak?" Meremang bulu roma aku dengar perkataan tu. Abang? Sayang? Please lah!

"Euww... Geli lah! Dah, tepi! Aku nak mandi." Tubuh Tengku Zafran ditolak menjauhinya.

"Nak panggil sayang jugak!" Raisya hanya buat tak dengar. Tualanya terus dicapai sebelum susuk tubuhnya menorobos masuk ke dalam bilik air itu. Baik dia mandi cepat sebelum Tengku Zafran mula bertukar miang.

Usai mereka solat isya' berjemaah, tidak henti-henti dia menguap, menahan kantuk yang sedang bermaharaja. Tengku Zafran yang masih berjaga, dipandang dengan mata separa kuyu.

'Tak reti mengantuk lagi ke mamat ni? Dah tengah malam kut.'

Tapi kalau aku tidur dulu...

Macam mana kalau dia ambil kesempatan masa aku tak sedar nanti? Huh, tak boleh! Aku tak boleh tidur selagi dia belum tidur! Tak selamat!

Tapi kalau dah namanya Raisya, mana boleh menahan kantuk. Last-last dia terlelap juga di sofa panjang. Sampai begitu sekalilah dia tidak mahu tidur di katil.

Tengku Zafran mematikan suis komputer ribanya. Penglihatannya kini terarah pada Raisya yang nyenyak tidur berlapikkan kusyen sofa. Kerusi beroda yang didudukinya, digerakkan menghampiri Raisya. Riak tenang wajah itu ditiliknya lama.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now