Bab 29

15.4K 510 47
                                    

RAISYA tekun menilik fail tentang pekerja baru dihadapannya kini. Tania yang membawa gadis itu untuk memohon kerja di sini. Pada awalnya dia kurang bersetuju untuk menerima kerana melalui cara gadis itu, dia tidak kelihatan seperti memenuhi kriteria yang dikehendaki. Sesekali matanya melirik pada empunya tubuh yang datang memohon kerja itu.

'Macam biasa kenal. Tapi sejak bila pulak aku boleh kenal dengan dia ni?' Raisya bermonolog sendiri di dalam hati. Maya juga memerhatikan Raisya dengan riak yang sama.

"So, you pernah ada pengalaman bekerja dekat mana-mana syarikat sebelum ni?" Maya menggeleng. Raisya merenungnya dengan pandangan yang tajam. Kalau boleh, mahu saja dia usir gadis itu sejurus menerima jawapan.

'Nasib baik aku tak larat nak sembur orang aje hari ni. Kalau tak, memang bernanah lah telinga kau.' Raisya mengeluh perlahan. Nak tolak dia bekerja pun macam kesian pulak. Lagipun dia graduate sebagai bachelor business management sebelum ni.

Maya menekur lantai. Seperti dapat merasakan pengakhiran nasibnya bagaimana. Mana tidak, mata Raisya memandangnya seperti nak ditelan hidup-hidup.

"Awak diterima bekerja mulai sekarang. But, awak perlu berdisiplin dan mematuhi etika bekerja di sini. Sekali kau buat onar pada syarikat ni, there's no turning back. Ingat tu." Maya pantas mendongakkan wajahnya. Macam tak percaya yang dia diterima bekerja di syarikat ini walaupun pada hari pertama sudah menerima kata ugutan.

"Seriously, bos?! Thank you so much!" Jerit Maya teruja langsung tidak gentar dengan amaran daripada Raisya. Sedar akan kesilapannya, Maya pantas menekup mulut. Terlebih pulak.

"Err... Sorry, bos."

"It's okay. Before that, you boleh tanya Encik Sofian kalau you perlukan bantuan. He's my assistant. Dia boleh tolong you mulakan apa yang perlu buat." Maya mengangguk laju menerima arahan daripada Raisya.

"Okay, bos." Maya mengangkat punggung ingin beredar.

"Wait!" Maya kembali menoleh ke Raisya.

“Tempat you dekat sebelah meja Tengku Zafran." Maya mengangguk seraya melangkah keluar dari situ. Sumpah dia rasa nak jerit sampai satu aras ni dengar.

Sekali lagi, Raisya cuba mengimbas kembali kotak memorinya tentang gadis tadi. Mana tahu, memang sebelum ini dia dia pernah kenal dengan perempuan tadi. Who knows, right?

"Kau diterima tak?" Soal Tania sebaik sahaja Maya keluar dari bilik pejabat Raisya. Maya menggeleng lemah sambil buat muka sedih macam mak mati anak. Padahal dalam hati dah tahan ketawa melihat riak simpati yang tertampal di wajah Tania.

"Kau tak diterima ke? Kesian kau. Aku memang dah boleh agak dia akan tolak dari awal. Tak apa nanti aku tolong kau cari kerja dengan syarikat lain." Faham dengan riak wajah Maya, Tania cuba memujuk. Tidak semena-mena Maya menghamburkan tawa sampai senak perut.

"Pfft... Hahaha! Apa lah kau ni Nia." Bahu Tania ditampar manja. Tania menggigit bibir geram. Dalam hati rasa macam nak bagi lempang laju-laju aje kat muka si Maya ni.

"Menyampah aku dengan kau ni. Baik aku pergi sambung kerja lagi bagus." Maya pantas memaut lengan Tania. Alahai... Merajuk pulak makcik ni.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now