Bab 37

12.4K 437 6
                                    

Pagi itu Raisya bangun dari tidur tanpa mengejutkan Tengku Zafran. Dia kemudian membersihkan diri untuk ke tempat kerja. Raisya kasihan melihat Tengku Zafran kesejukan. Mana taknya, selimut dia tarik tak bagi Tengku Zafran share dengan dia. Agak kejam di situ. Raisya bertindak menyelimuti Tengku Zafran.

Tanpa membuang masa, Raisya segera menuju ke bilik mereka di tingkat atas.

Setelah bersiap, Raisya menuju ke dapur menuju ke dapur untuk membuat sarapan. Sebaik sahaja pintu sejuk dibuka, Raisya memandang sayu mangkuk yang mengandungi ketam masak lemak cili api. Ikut kan hati, memang nak buang aje lauk tu semalam. Tapi kita tak nak lah membazir. Tu kan amalan syaitan. Heh, sempat lagi sis ni.

Bahan-bahan dikeluarkan dari peti sejuk itu untuk memasak nasi goreng.

Terpisat-pisat Tengku Zafran membuka kelopak matanya. Keningnya dikerutkan mencari kelibat Raisya. Hairan kerana Raisya tidak ada di sebelahnya.

"Mana dia ni pergi? Dia tidur dekat bilik atas kut." Tengku Zafran menapak ke tingkat atas. Kelibat Raisya dicari dalam bilik mereka namun tak dijumpai. Matanya serta-merta membulat tatkala tertancap pada jam yang menunjukkan angka 9 pagi.

Tidak menunggu lama, sepantas kilat dia bersiap untuk ke tempat kerja. Sebelum itu, dia menqada' solat subuh dan mandi terlebih dahulu.

Langkahnya terhenti di dapur untuk mengambil sarapan ringan. Minum susu panas pun jadi lah.

Tengku Zafran mendapati ada sekeping helaian nota ringkas yang dilekat pada pintu peti sejuk itu.

Sayang ada buat nasi goreng untuk abang. Kalau tak nak, abang buang aje. Sayang tak kisah.

Tengku Zafran mengeluh perlahan. Mesti Raisya masih terasa apa yang dia cakap semalam. Fikirnya.

Tudung saji itu dibuka. Aroma nasi goreng menusuk ke dalam rongga hidungnya. Meleleh air liur dibuatnya. Segera pinggan dan sudu dicapai. Nasi goreng itu dicedok masuk ke dalam pinggan sebelum menyuapkan ke dalam mulutnya.

************

"Papa, siapa Maya?" Tersentak Datuk Faizal akan pertanyaan Fasya.

"Maya mana? Ramai staf papa yang nama Maya dekat sini." Datuk Faizal cuba berdalih.

"Maya Kayla. Siapa dia tu?" Fasya mengambil tempat berhadapan meja kerja Datuk Faizal.

"Siapa yang bagitahu Fasya tentang dia?" Datuk Faizal merenung tajam anak mata Fasya.

"Tak ada siapa bagitahu lah. Fasya ada terbaca mesej akak dengan Maya tu. Maya tu kawan baik akak Raisya ke dulu, papa?" Datuk Faizal berkira-kira sama ada nak dedahkan fasal Maya dekat Fasya ke tidak.

"Betul lah tu. Dia pernah jadi kawan baik akak Raisya. Tapi lepas kebakaran yang papa pernah ceritakan dekat Fasya dulu, diaorang terpisah semenjak tu. Diaorang langsung dah tak bersua muka." Jelas Datuk Faizal. Fasya mengangguk mendengar cerita Datuk Faizal.

"Sekarang diaorang dah jumpa balik kan? Mesti akak Raisya happy. Betul tak papa?" Lama Datuk Faizal diam sebelum mengangguk mengiakan. Dia pun tak pasti sama ada Raisya gembira atau tidak bila berjumpa semula dengan Maya.

************

Raisya mencengkam kuat kepalanya. Pening dan rasa sakit kepala tiba-tiba sahaja menyerang. Time depan lif juga dia nak jadi macam ni. Alahai...

Tania dan Sofian yang sedang rancak berbual tentang persiapan untuk majlis pertunangan mereka, terkejut setelah melihat tubuh Raisya tiba-tiba sahaja longlai macam nak rebah. Segera mereka mendapatkan Raisya.

"Kenapa ni bos?! Bos tak sihat ke?" Sofian menyoal cemas. Tania mengusap bahu Raisya. Risau dia melihat keadaan bos mereka itu. Tania meraba-raba beg tangannya. Minyak angin yang dicari masih tak dijumpai.

"Awak, saya nak pergi ambil minyak angin dekat meja saya kejap. Awak teman bos dekat sini." Sofian mengangguk. Tania lantas menuju ke meja kerjanya.

Saat pintu lif itu terbuka, sepasang matanya tertancap pada Sofian yang cuba membantu Raisya bersandar pada dinding sementara menunggu Tania mengambil minyak angin. Dan, mata Raisya dan Tengku Zafran pun bertembung pada masa itu. Jam di tangan, Raisya kerling sekilas. Kemudian dia memandang Tengku Zafran dengan pandangan yang mencerlung.

"Kalau nak datang lambat, baik tak payah datang terus." Raisya menyindir pedas walaupun kepalanya masih berdenyut menahan sakit.
Tengku Zafran memandang sepi sindiran dari Raisya. Yang membuatkannya panas hati sekarang ni adalah melihat Raisya dan Sofian seperti mesra semacam pada pandangannya.

Kebetulan pula pada masa itu, Maya ingin menuju ke tingkat bawah untuk menuju ke pantry. Tengku Zafran segera menarik lengan Maya merapatinya. Membulat mata Sofian dan Raisya memandang ke arah mereka.

"Ish, mana minyak angin ni? Masa ni juga lah kau nak main hide and seek dengan aku." Tania membebel sambil tangannya lincah menyelongkar setiap laci yang terdapat pada meja kerjanya.

Selongkar punya selongkar, akhirnya Tania jumpa juga minyak angin yang dicari.

"Kejap lagi kita lunch berdua nak tak Maya?" Maya memandang wajah Tengku Zafran dengan pandangan blur. Walaupun dalam hati tu seronok tahap tak hengat, sebab tu lah kali pertama Tengku Zafran ajak dia lunch berdua.

Maya apa lagi, ambil kesempatan dalam kesempitan lah melihat pandangan mencerlung Raisya ke arah mereka.

"Sure! Mestilah saya nak lunch berdua dengan awak. Mungkin ni boleh jadi first date kita." Rangkulan Tengku Zafran pada lengannya dibalas dengan lebih erat.

Raisya cuba menahan air matanya yang bertakung dari menitis. Dia tak boleh tunjuk lemah depan perempuan perampas ni!

"Hoi perempuan! Kau ni kenapa hah?! Dah cukup bagus tahu bos ambil kau bekerja dekat sini! Yang kau nak menggatal dengan suami dia kenapa?!"

"Hoi sotong! Kau jangan nak marah Maya suka hati kau aje! Jom Maya. Kita pergi tempat lain." Tengku Zafran membela Maya. Maya senyum sinis kepada Sofian dan Raisya sebelum berjalan seiring dengan Tengku Zafran.

"Kenapa tu?" Tania menyoal sebaik sahaja dia merapati Raisya dan Sofian.

"Entah. Ada perempuan meroyan tak cukup sifat mengamuk tadi." Sofian mencebik. Kurang ajar betul apa yang Tengku Zafran cakap dekat dia tadi.

Raisya mengetap bibir supaya air matanya tidak berjaya mengalir. Kenapa dia buat aku macam ni?! Jerit Raisya dalam hati.

Setelah menyapukan minyak angin pada kepala Raisya, mereka berdua memimpin Raisya ke tingkat 22.

Tengku Zafran melepaskan rangkulannya pada lengan Maya dengan kasar setelah mereka tiba di pantry syarikat itu. Tersentak Maya dengan rentapan Tengku Zafran.

"Kenapa ni awak?" Soal Maya manja. Gedik nak mampus.

"Aku tak nak pun pegang kau. Aku pegang pun sebab aku cemburu tengok diaorang tadi." Tengku Zafran terus meninggalkan Maya sendirian di pantry itu.
Terkedu Maya mendengarnya. Dia menggenggam kemas penumbuknya. Kakinya dihentak kasar. Tak guna punya Tengku Zafran!
Tengok lah apa akan jadi dekat isteri kau nanti! Teriak Maya dalam hati.

-Bersambung-

P/S Apa dah jadi ni~ Jumpa korang di bab seterusnya. Huhu, bye ^_ <

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now