Bab 48

12.5K 401 20
                                    

"Ya Allah... kenapa hati aku rasa lain macam aje tadi? Petanda buruk ke ni?" Ukaisya menunduk memandang sejadah yang dibentang. Setelah menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada-Nya, perasaan resah serta risau yang membelenggu dirinya itu sudah berkurangan sedikit.

Umi Rahimah menolak sedikit daun pintu untuk melihat keadaan Ukaisya. Terbit sekuntum senyuman pada bibirnya melihat sekujur tubuh sedang bersujud menghadap Sang Pencipta.

Niatnya untuk mengajak Ukaisya makan malam bersama, tergendala sebentar. Dia membiarkan Ukaisya mengadu kepada yang Maha Esa terlebih dahulu.

*****************

Seminggu sudah berlalu, kini tiba hari pertunangan Sofian dan Tania.

Raisya dan Tengku Zafran terus menyerbu ke arah Tania setelah cincin tunang sudah selamat disarungkan pada jari manis Tania.

"Congrats Nia. By the way, cantik cincin tunang kau. Mesti kau yang pilih kan. Ya lah, taste Sofian tu kan teruk. Mana dia pandai sangat pilih design cincin yang stylish macam ni." Sedap betul dia mengutuk orang. Sofian menggeleng mendengar Raisya mengutuknya. Ini bos, banyak bikin orang panas sebab mulut dia yang cakap lepas tu.

"Ehem! Dah habis mengutuk?" Sofian berdehem di belakang Raisya.

Erk! Alamak...

Raisya menoleh ke belakang seraya menayang sengih yang tak berapa nak ikhlas.

"Alah, aku bergurau aje. Jangan lah marah." Sofian mengerling ke arah Tengku Zafran yang muka dah macam tercekik asam.

"Hey... mana boleh aku marah bos kesayangan aku ni."

"Eh kauorang, jom lah kita bergambar dulu." Tania sudah mengeluarkan kamera digitalnya daripada laci pada meja sisi katil itu.

"Okey, jom."

******************

Raisya asyik mengusap perutnya yang sudah agak membesar itu. Tengku Zafran yang sedang ralit memandu, sesekali mengerling sekilas ke arah Raisya.

"Abang, tak sabar nak tengok rupa baby kita. Mesti dia cantik macam sayang. Ya lah, baby girl kan. Kalau baby boy, mungkin dia handsome macam papa dia." Tengku Zafran ketawa perlahan. Alahai bini aku ni...

"Abang pun tak sabar nak tengok rupa baby kita. Mesti comel macam sayang. Cuma satu aje abang takut." Serta-merta terhenti usapannya. Pandangannya ditumpukan menghadap Tengku Zafran.

"Takut apa?" Soal Raisya ingin tahu.

"Takut baby kuat merajuk macam sayang." Laju sahaja tangan kanannya menampar perlahan bahu Tengku Zafran.

"Buat orang saspen aje tahu. Biarlah dia kuat merajuk macam sayang pun. Baru abang serik nak buat kitaorang merajuk." Raisya menyilangkan kedua belah tangannya ke dada.

"Merajuk lah selalu, nanti
abang..."

"Nanti abang apa? Cakap cepat!" Raisya acah-acah macam nak marah.

"Nanti abang lari rumah baru tahu." Raisya tercengang seketika. Bukan selalunya perempuan ke yang lari rumah? Okey, agak pelik di situ.

Raisya dah malas nak berbalah sebab badan dia tiba-tiba rasa letih. Tubuhnya disandar lemah pada seat penumpang di sebelah pemandu itu.

"Dah penat ke sayang?"

"Just focus on your driving. I want to take a nap." Tidak sampai berapa saat, Raisya sudah terlelap. Tengku Zafran senyum sekilas ke arah Raisya sebelum dia kembali fokus kepada pemanduannya.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now