Bab 30

16.1K 549 14
                                    

SEMASA Tengku Zafran menapak turun ke tingkat bawah, Raisya mencelikkan semula kelopak mata. Senyumannya melebar tatkala melihat telefon bimbit milik Tengku Zafran terletak elok pada bantal. Tangannya mencapai telefon bimbit tersebut dan peti mesej dibuka.

Semua perbualannya bersama Maya terpapar di dada skrin. Tergamam Raisya membaca setiap satu perbualan mereka. Yang perempuan tu bukan main menggeletis, yang laki aku pulak melayankan aje. Huh.

Telefon bimbit milik Tengku Zafran dicampak semula pada bantal itu. Perasaan cemburu membibit di dalam hatinya. Memanglah sebelum ini dia ada bertekad tidak mahu jatuh cinta pada lelaki tetapi memandangkan Tengku Zafran lelaki pertama yang berjaya merebut hatinya, mana mungkin dia tidak sayang pada Tengku Zafran.

Sebelum Tengku Zafran masuk semula ke dalam bilik, Raisya mengambil langkah untuk tidur. Suis lampu tidur pada meja sisi katil itu dikatup.

"Morning sayang." Ceria Tengku Zafran pada pagi itu. Pipi Raisya dikucup mesra namun cuma sekilas.

"Hmm... morning too." Balas Raisya bersahaja. Intonasinya mendatar sahaja pada pendengaran Tengku Zafran. Tidak seperti selalu.

"Kenapa ni sayang? Sayang sakit ke?" Raisya menjeling Tengku Zafran yang memandangnya dengan riak tidak bersalah.

"Memang saya sakit. Sakit dekat sini." Raisya menepuk dadanya perlahan sebelum meninggalkan perkarangan vilanya dan Tengku Zafran.

Terpinga-pinga Tengku Zafran dengan layanan Raisya kepadanya pada pagi itu. Lain macam betul dia pagi ni.

"Hai awak!" Sapa Maya sambil berlari anak mengejar langkah Tengku Zafran yang laju ke depan.

"Ya, ada apa?" Tengku Zafran menarik senyum segaris. Sebenarnya dia masih rasa bersalah dengan Raisya sebab melayankan chat Maya ni semalam.

"Alah, jangan lah nak jual mahal. By the way, thanks sebab awak sudi chatting dengan saya semalam. Saya tidur lena semalam sebab awak." Langkahnya dilajukan supaya dapat seiring dengan langkah Tengku Zafran. Panjang betul kaki mamat ni.

Semasa hendak menekan punat pada lif, jemari mereka bersentuhan. Sengaja Maya turut menekan punat yang sama pada lif itu. Semakin acuh sikap Tengku Zafran, semakin galak dia ingin mencuba. Tengku Zafran pantas menarik tangannya daripada sentuhan Maya.

"Awak malu, eh?" Tengku Zafran buat tidak endah dengan pertanyaan Maya. Dalam hati dia berharap agar segera sampai ke tingkat di mana tempatnya berada. Raisya awal-awal lagi telah tiba di pejabat. Manakala dia masih belum menyerahkan tugasan seperti yang dipinta.

Raisya yang baru teringat bahawa dia tertinggal briefcase di dalam kereta, segera menekan punat lif berkali-kali. Sebaik pintu lif terbuka, ada sebuah adegan yang terpampang di hadapannya. Maya yang erat memeluk lengan Tengku Zafran, dan Tengku Zafran yang sedaya-upaya merungkaikan pautan Maya pada lengannya. Tengku Zafran masih belum sedar yang Raisya sedang berdiri di depan mereka.

"Tepi sikit." Raisya merempuh masuk ke dalam lif. Melihatkan Maya dan Tengku Zafran yang masih tidak berganjak, dia memeluk tubuh. "Kauorang berdua tak reti nak keluar lagi ke?" Raisya menyoal sinis.

"Sayang."

"Apa sayang-sayang?" Belum sempat Tengku Zafran ingin mencapai tangan Raisya, pintu lif tertutup rapat. Tengku Zafran mengeluh perlahan. Maya pula tersengih lebar.

"Awak..." Meleret suaranya cuba menarik perhatian.

Tidak mempedulikan Maya, dia segera meninggalkan gadis itu di belakang tanpa berpaling lagi.

“Eh, tunggulah saya. Awak!"

**********

DATO' FAIZAL melemparkan pandangan jauh ke luar tingkap melihat bangunan-bangunan yang semakin galak membina. Fasya yang melihat jadi tertanya-tanya dengan sikap papanya. Termenung jauh begitu seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now