Bab 17

17.9K 683 10
                                    

P/S: Maaf sangat-sangat sebab lambat update.😞 Actually sis tak sangka pulak ada lagi yang still tunggu cerita ni diedit.😂

**********

AKAD nikah akan berlangsung tepat pada pagi ini. Sekali lagi lafaz ikatan perkahwinan bakal termeterai dalam melayari sebuah bahtera. Sebak yang bertandang, diusirnya jauh-jauh. Begini rupanya perasaan ingin diijabkabulkan. Bahagia, dalam pada masa yang sama ada debaran yang terselit.

Majlis resepsi perkahwinan akan diadakan di sebelah malam nanti. Di siang hari, dia sudah bersedia dari semua segi. Berseri-seri Fasya pada pagi itu ditambah lagi dengan hasil solekan Raisya.

Kalau Fasya mempunyai bakat dalam hasil sentuhan menghias, Raisya pula berbakat dalam meriaskan wajah. Setakat solekan pengantin, dia sudah beberapa kali mencuba di wajah sendiri. Cuma ditukarkan kepada versi natural aje.

"Cantik akak make-up." Raisya tersenyum bangga nenerima pujian daripada Fasya. Siapa tak kembang kena puji.

"Well..." Mengalahkan mak andam pula Raisya punya beria tu. Kalau diikut plan jahatnya, mahu saja dia memperkenakan Fasya dengan merosakkan hasil solekan. Tapi mujur
dia malas mahu berdrama di sini.

"Eleh, tak payah nak well, well sangat lah." Fasya jeling menyampah. Menyesal pulak kita puji dia tadi.

Raisya memuncung. Spoil aje! Nasib baik adik sendiri.

"Kau ni, aku baru nak bangga kejap." Fasya menjuihkan bibir. Bangga lah kau, kak. Nanti jadi riak baru tahu. Riak tu syirik kecil... isy, melencong ke situ pulak aku ni.

"Apa-apa aje lah akak. Jom, turun." Lengan Raisya dipaut untuk turun ke tingkat bawah bersama.

Bagai nak gila jantung menahan debaran. Rileks Fasya, rileks. Everything will be okay.

"Jom."

Sementara di rumah pengantin lelaki...

"Belum siap lagi ke Rif, oii? Kau ni mengalahkan pengantin perempuan aje," Tengku Zafran memerli pedas. Yang bersiapnya Tengku Zarif, tetapi dia pula yang terasa penatnya. Penat menunggu!

Tengku Zarif buat tidak endah dengan sindiran Tengku Zafran. Songkok di kepala sudah beberapa kali dibetulkan duduknya, namun sehingga kini dia masih belum berpuas hati.

"Abang ni boleh sabar sikit tak? Rif mesti lah nak bagi nampak perfect depan pengantin perempuan. Nak kasi dia angau tahap tak hengat." Tengku Zarif menaik-naikkan kening. Sengal punya adik. Tahu dek Fasya ni, mahu kena bahan seminggu.

"Perfect lah macam mana sekali pun, yang pastinya aku tetap lagi handsome dari kau." Senyuman sinis sengaja dilakar. Sepadanlah Tengku Zafran dengan Raisya. Masing-masing punya persamaan. Spesies manusia yang suka masuk lif tekan butang sendiri.

"Ya lah. Tahu lah aku tak handsome." Memang kalau hendak dibandingkan, rupa abangnya itu jauh lagi tampan darinya.

"Hehe aku gurau aje lah. Tak payah nak sentap sangat. Kita sama-sama handsome." Sempat lagi tu nak puji diri. Aduhai, boleh kembang tekak sesiapa yang mendengar perbualan dua beradik itu.

"Tak siap lagi?! Cepat siap sekarang!" Sergah Tengku Amalina tiba-tiba. Geram dia melihat Tengku Zarif yang masih terkial-kial menyiapkan diri.

"Tercabut jantung Rif bonda, oi!" Terkekek-kekek Tengku Zafran mentertawakan adiknya yang jatuh mengejut dari kerusi. Itulah... tadi orang suruh cepat, dia menjawab sangat.

"Rif siap dah lah, bonda. Bonda... kalau Rif pergi sana dengan abang Zaf, boleh?" Naluri lelakinya merasakan ada sesuatu bakal berlaku semasa perjalanan mereka nanti. Jadi lebih baik dia tidak melibatkan kedua orang tuanya sekiranya apa yang dirasakan itu betul.

Isteriku Cik Bos [Republish]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora