Special Part Ramadhan I

14.2K 407 28
                                    

Jam loceng yang sedari tadi asyik berdering langsung tidak dihiraukan. Namun setelah berkali-kali berdering sampai nak cair taik telinga, terpaksalah dia menggagahkan juga diri untuk mencapai jam loceng tersebut. Raisya mencebik tatkala jam loceng di tangannya menunjukkan ke angka 4:45 pagi. Tak pernah kut aku bangun pagi seawal ni. Sah ini semua kerja Encik Suami Tercinta.

“Abang! Bangunlah kejap." Raisya menampar lengan Tengku Zafran untuk mengejutkan suaminya itu.

“Hmm... janganlah kacau. Abang nak tidur." Tengku Zafran menepis tangan Raisya dari terus menampar lengannya.

“Eeii... abang ni memang kan. Dah la set alarm pukul empat pagi. Lepas tu bila orang kejut dia bangun, dia buat malas pula. Lain kali jangan nak menggatal set alarm pagi-pagi buta macam ni." Tengku Zafran dengan malasnya bangun dari pembaringannya. Wajah Raisya dipandang dengan pandangan kuyu.

“Apa bebel pagi-pagi ni sayang? Tak penat ke siang malam membebel? And, bila masa pula abang set alarm pukul empat. Paling awal kita bangun pun pukul enam."

“Amboi, sayang membebel pun sebab abang lah. Kalau bukan abang yang set alarm tu, takkanlah jam tu boleh terset alarm sendiri. Agak-agaklah abang pun." Raisya sudah bercekak pinggang.

“Manalah abang tahu. Mungkin sayang tak sedar masa tengah set alarm tu. Lepas tu nak salahkan abang pula." Tengku Zafran juga tak mahu kalah.

“Oh... abang nak salahkan sayang lah ni."

“Memang salah sayang pun." Mereka saling membalas renungan tajam. Yang paling tak boleh tahan tu, masing-masing bercekak pinggang. Alahai laki bini ni.

Sedang asyik bertegang urat sesama sendiri, mereka terdengar sayup-sayup suara kanak-kanak sedang bernyanyi di luar.

“Ramadhan tiba, ramadhan tiba! Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan~" Mereka sudah boleh agak siapa yang menyanyi pada waktu pagi sebegini. Eh, tapi awal pula budak kecil tu bangun hari ini. Ada apa-apa ke?

“Sayang... dengar tak apa yang abang dengar?" Raisya dan Tengku Zafran saling berpandangan. Raisya mengangguk tanda dia juga dengar apa yang Tengku Zafran dengar.

“Yey! Hari ni puasa!" Masih kedengaran lagi suara riang Imani walaupun hanya sayup-sayup sahaja.

“Ra..ma..dhan?!" Terbuntang luas kedua mata mereka. Laju sahaja kalendar pada meja sisi katil itu dicapai.

“Abang! Hari ni dah start puasa lah! Patutlah sayang set alarm awal. Cepat bangun. Ya Allah... dah la belum masak untuk sahur lagi ni." Terkocoh-kocoh mereka berdua keluar dari bilik tidur itu. Bantal dan selimut pun dah melayang ke mana.

Sebaik tiba di muka pintu...

“Aduh!" Mereka berdua jatuh tergolek seperti nangka busuk ke atas selimut yang terhampar pada lantai itu.

“Abang! Kenapa tak angkat selimut ni tadi. Aduh..."

“Apa pula abang yang kena?" Mereka berdua sempat mengusap pinggang yang selamat terhentak pada lantai sebelum mengemas katil. Ini lah jadinya apabila bilik dibiarkan berselerakan.

Usai mengemas katil, mereka mula menapak turun ke bawah untuk bersahur.

“Mama! Papa! Kenapa lambat sangat turun? Tak ingat nak puasa ke?" Raisya dan Tengku Zafran mengemam bibir apabila sindiran itu tepat mengena batang hidung mereka.

“Mama lupa lah Imani. Dah, jom tolong mama masak untuk sahur. Papa pun. Cepat. Tinggal sejam aje lagi dah nak azan."

“Ni mesti kes mama dengan papa tak ingat nak puasa hari ni kan?" Imani sudah menahan tawa. Namun tangannya sudah lincah mengeluarkan bahan-bahan yang perlu disediakan untuk memasak nasi goreng. Sudah tahu hari pertama puasa mereka pasti akan bersahur nasi goreng. Sebab apa? Korang tengoklah sendiri apa yang jadi di hari pertama berpuasa bagi keluarga ni.

Isteriku Cik Bos [Republish]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora