Bab 4

21.8K 786 3
                                    

BOS, kitaorang dah buat apa yang bos suruh.

Mesej yang dihantar turut disertakan beberapa jumlah wang yang besar. Beg tersebut penuh diisi dengan kepingan not yang bernilai.

Tersenyum puas bibir tua itu. Berpuas hati dengan hasil kerja orang upahannya dalam melaksanakan misi membalas dendam. Sudah lama dia memendam rasa dendam itu membara di hati. Kali ini, dia perlu bertindak sesuatu.

Dan hasilnya sekarang, beberapa jumlah besar wang syarikat Dato' Faizal telah berjaya berada dalam genggamannya.

Bagus. Nanti aku bank-in kan duit upah.

"Padan muka kau Faizal! Kau dengan anak kau memang patut dapat balasan yang setimpal atas apa yang kauorang dah buat dekat anak aku dulu." Tan Sri Mikhael tersenyum sinis sambil bersandar pada kersusi empuknya.

Biar secara halus, asal dendam terbalas.

Itu pegangan hidupnya terhadap Dato' Faizal.

**********

RAISYA menghimpun seberapa banyak yang mungkin fail-fail projek syarikat. Semuanya mengandungi dokumen-dokumen penting yang perlu diuruskan. Tengku Zafran berkerut dahi melihat tingkah Raisya yang serupa ingin memberi tugasan selama sebulan.

Kes nak buli pekerja biasa macam aku lah tu!

"Nah! Kejap lagi aku nak tengok semua ni siap atas meja aku. Dan tolong jangan rosakkan benda ni. Kalau tak, nahas kau." Terjegil bebola mata Raisya semasa memberi arahan.

Menyesal pulak aku masuk bilik pejabat dia. Heh, dasar annoying punya bos! Mujur kau ni perempuan aje. Kalau tak... haish!

"Woi! Kau tak dengar ke?"

Tersentak Tengku Zafran dari lamunannya. "Dengarlah Cik Raisya. Saya belum pekak lagi."

"Bagus. Sekarang, pergi dekat meja kau dan buat apa yang aku suruh." Tengku Zafran mengangguk. Fail-fail di atas meja Raisya diambil lalu dibawa ke mejanya. Apalah nasib bekerja dengan bos gila macam ni. Tak padan dengan perempuan, tapi perangai annoying tahap 18!

Sofi tersengih lebar sambil matanya ligat merenung Tengku Zafran yang sibuk menjalankan tugasan yang  Cik Raisya berikan. Otaknya mula merencanakan sesuatu. Dia berlalu pergi dari situ sementara menanti semua dokumen selesai diuruskan oleh Tengku Zafran.

"Siap pun! Now, dah boleh letak kat meja dia kut." Semak alam aje benda alah ni. Tubuhnya diregangkan, menghilangkan rasa lenguh di badan.

"Aik... Kosong? Pergi mana pulak dah perempuan ni." Pintu bilik pejabat itu ditutup kembali. Kalau simpan di mejanya dahulu, takut tidak terjamin pula keselamatan semua dokumen ni nanti.

Pap!

Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.

"Oh Cik Raisya jatuh
terguling-guling." Latah Tengku Zafran spontan. Hampir-hampir semua fail yang dipegang tinggi bertingkat itu ingin jatuh berselerakan ke lantai.

"Hahaha!" Tania tidak henti-henti mentertawakan Tengku Zafran. Aduh, sakit perut ketawakan orang.

"Hish, awak ni! Terkejut saya. Ingatkan jembalang manalah tadi." Jatuh saham bro melatah depan perempuan. Tengku Zafran bersandar seketika ke dinding, melepaskan sedikit beban.

"Tak adalah... yang awak  terhendap-hendap bilik bos ni kenapa?" Walaupun sisa tawanya masih berbaki namun dia cuba kawal kerana tidak mahu jejaka pujaan di hadapannya ini masih terasa malu.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now