Bab 62

12.5K 433 12
                                    

Dengan selamba saja Maya menapak masuk ke dalam banglo Tan Sri Mikhael. Renungan tajam Tan Sri Mikhael langsung tidak dihiraukan. Pasti daddynya hairan bagaimana dia boleh dibebaskan.

Dia bergegas menuju ke bilik tidurnya untuk melakukan urin test ke atas pregnancy test yang baru sahaja dibelinya dari farmasi itu. Mujur sahaja Adam tidak banyak menyoal semasa diarahkan untuk membawa Maya ke farmasi terlebih dahulu sebelum dia dihantar ke vila Tan Sri Mikhael.

Maya mencampakkan alat ujian kehamilan itu ke atas katilnya. Punggungnya dihenyak kasar ke atas katil itu.

“Apa aku nak buat ni?! Mati aku kalau daddy tahu!" Rambut lurusnya yang paras pinggang itu diserabaikan. Serabut! Alat ujian kehamilan itu telah membuktikan bahawa ada nyawa yang hidup dalam rahimnya.

Tekaknya mula terasa loya kembali. Maya segera berlari masuk ke dalam tandas. Habis segala isi dalam perut dimuntahkan. Pucat lesi wajahnya tika ini. Pili air dipulas untuk membersihkan mulutnya serta sinki yang telah dicemari oleh muntah itu.

Maya terpempan tatkala mendapati Tan Sri Mikhael berdiri di hadapan pintu tandas itu.

Damn! Aku lupa kunci pintu.

“Maya pregnant kan? Kenapa tak bagitahu daddy?" Maya memandang Tan Sri Mikhael dengan riak yang sukar dipercayai. Sangkanya, Tan Sri Mikhael akan menempelaknya atau menghalaunya keluar dari rumah ini.

Daddy tak marah Maya?" Tan Sri Mikhael menggeleng. Kedua belah pipi gebu Maya diusap dengan penuh kasih sayang.

“Pada mulanya, memanglah daddy marah. But you're my daughter, baik buruk Maya, daddy kena terima juga." Maya terharu  dengan sikap baru Tan Sri Mikhael.

Thanks daddy." Mereka berdua saling berpelukan buat seketika sebelum Tan  Sri Mikhael mula merungkaikan pelukannya.

“Kejap lagi daddy kena pergi Melbourne. Daddy dapat projek baru dekat sana. Maya jaga diri dekat rumah elok-elok tahu. Jangan pergi mana-mana. Tunggu sampai daddy balik." Sempat Tan Sri Mikhael berpesan sebelum dia berlepas ke Melbourne.

Daddy ni buat Maya macam budak kecil pula." Entah kenapa dia rasa sebak tiba-tiba.

“Hish dah la. Tak mahu menangis. Nanti dah tak cantik." Maya cuba mengukir senyuman walaupun dia tahu senyuman dia pasti kelihatan tidak ikhkas.

Daddy pun take care too masa dekat sana." Sekali lagi mereka membalas pelukan.

I'm sorry daddy... Maya tak boleh terima kehadiran baby ni dalam hidup Maya. Maafkan mama juga sayang. Mama tak ada pilihan lain melainkan buang kamu dari hidup mama.

Sebak yang cuba ditahan akhirnya terhambur menjadi tangisan.

                     **************

“Kauorang ni kejam betullah. Suka buat aku makan hati berulam jantung sorang-sorang dengan cara layanan kauorang tadi." Raisya bersuara semasa mereka sedang asyik menikmati chocolate indulgence cake itu.

“Semua ni plan Fasya sayang. Dia yang plan semua ni." Fasya mengetap bibir menahan geram tatkala Tengku Zafran meletakkan kesalahan di atas bahunya. Kalau krim ni jadi masker wajah pun best juga.

“Eleh... nak salahkan orang pula. Abang pun sama aje. Ingat sayang tak terasa ke masa abang marah tadi." Sengaja Raisya mengungkit semula walaupun Tengku Zafran sudah minta maaf  sebentar tadi.

Isteriku Cik Bos [Republish]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora