Bab 71

13.1K 405 27
                                    

"Kenapa Maya tengok Sya macam tu?" Ukaisya mengerutkan dahinya tatkala pandangan Maya menikam ke dalam anak matanya.

"Adam." Ukaisya cuba melarikan anak matanya apabila nama Adam yang meniti di bibir Maya.

"Yeah... So, betullah tekaan Maya selama ni. Ada orang jatuh cinta. Jatuh cinta lagi, lagi-lagi ku jatuh cinta. Har..." Mulutnya segera ditekup oleh Ukaisya tanpa sempat dia menghabiskan nyanyiannya.

"Shh... nanti umi marah kalau bising. Mana ada Sya jatuh cinta. Mengarut aje. Lagipun dia tu ayah kandung Aiman kan?" Terus mati senyuman Maya. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Maya still sukakan dia?" Entah kenapa Ukaisya menginginkan jawapan tidak dari Maya.

"Sikitlah. Tapi tu dulu. Sebelum family angkat Maya nak satukan kitaorang." Ukaisya mengangguk.

"Kenapa tak nak bagi dia peluang? Kesian Aiman. Dia pun mesti nak rasa kasih-sayang seorang ayah juga." Soalan seperti itulah dia langsung tidak mempunyai jawapan.

"Kalau nak ikutkan hati, memanglah Maya nak bagi peluang kedua untuk dia. Tapi Maya takut kalau kehilangan dia suatu hari nanti. Cukuplah Maya dah kehilangan daddy. Maya dah tak sanggup nak kehilangan orang yang Maya sayang lagi. Maya tak kuat Sya." Rasa simpati mula hadir dalam dirinya setelah mendengar luahan yang terbuku di hati Maya selama ini.

"Maya, semua manusia akan merasakan kehilangan orang yang kita sayang. Semua yang ada dekat dunia adalah bersifat sementara. Mahu atau tak, kita kena juga hadapi semua tu. Tapi janganlah disebabkan perasaan takut kehilangan tu menjadi alasan kita tutup pintu hati sebab tak nak hidup dengan orang lain, beralasan kerana takut kecewa. Semua orang layak untuk hidup bahagia, Maya. Percayalah apa yang Sya cakap ni, ya?" Kedua belah bahu Maya dipaut.

"Insha-Allah Sya. Mungkin suatu hari nanti. Tu pun kalau umur Maya panjang."

"Ya lah Maya. Sya tak pernah putus doakan kebahagian untuk kembar kesayangan Sya ni." Mereka saling berbalas senyuman. Apa yang dikatakan oleh Ukaisya semuanya akan disimpan kemas dalam mindanya.

**************

Keesokan harinya, Adam datang lagi ke rumah Umi Rahimah. Mujur Umi Rahimah sudah keluar ke pasar. Kalau tak, mahunya dikejar Adam keliling satu rumah sebab pernah mengandungkan Maya.

Ukaisya yang kebetulan sedang menelek pokok-pokok bunga yang ditanam oleh Umi Rahimah, ternampak figura seseorang sedang berdiri di hadapan pintu pagar. Betul firasatnya bahawa Adam akan datang semula ke rumah uminya hari ini. Dia sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh ada perasaan sedemikian.

"Maya ada?" Laju sahaja Adam menyoal tatkala Ukaisya sudah berdiri di hadapannya walaupun mereka terpisah di antara pintu pagar.

"Ada. Dia pergi mandikan Aiman." Ukaisya cuba mengukir senyuman paksa. Buat seketika, dia beristighfar dalam hati. Sepatutnya dia tidak boleh ada perasaan ini. Adam sepatutnya bersama Maya. Bukan dengannya.

"Oh... Saya nak ajak dia dengan Aiman keluar. Boleh kan?" Ukaisya menghadiahkan senyuman tanda dia mengizinkan.

"Boleh. Kejap saya pergi bagitahu dia. Awak tunggu sini dulu." Adam memerhatikan Ukaisya menapak masuk ke dalam rumah. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia rasa bahagia saja setiap kali wajah Ukaisya menjamah pandangannya.

Maya yang sedang sibuk menyisir rambut Aiman, terganggu dek panggilan Ukaisya.

"Maya, Adam ajak Maya keluar. Maya pergilah. Nanti Ukaisya bagitahu umi. Biarlah Aiman rasa pengalaman keluar jalan-jalan satu keluarga macam ni. Selama ni dia asyik keluar jalan dengan kita aje. Mesti dia boring."

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now