Bab 6

21.8K 744 14
                                    

RAISYA pantas menyelongkar tas tangan yang berjenama Gucci itu. Kunci Lamborghini merah miliknya ditarik keluar. Pandangannya liar meneroka sekeliling kawasan tempat letak kereta itu. Ada perasan tidak enak datang menjelma dalam dirinya.

Selalunya dia tidaklah berasa terancam pulang sendirian lewat malam sebegini. Cuma malam ini dia teraasa berbeza sedikit. Rasa seperti dirinya sedang diekori seseorang dari belakang.
Tanpa berlengah, enjin keretanya segera dihidupkan. Memang sunyi gila tempat parking ni. Kalau jarum jatuh pun boleh dengar.

"Eh, lewatnya Cik Raisya balik hari ni." Sempat Pak Ali menyapa Raisya.

Cermin tingkap Lamborghini kesayangannya dibuka sedikit lantas sapaan Pak Ali dibalas mesra.

"Ala Pak Ali ni. Saya kan memang selalu balik lewat malam macam ni. Tunggu staf-staf balik dulu baru saya balik. Bos mithali lah katakan." Ceh, sempat lagi tu nak puji diri sendiri.

"Ya lah Cik Raisya..." Pak Ali sekadar mengiakan seloroh bosnya itu. Bukan senang ingin bergurau dengan bos seorang ni. Dia punya angin tu boleh bertukar-tukar dalam sekelip mata.

"Emm... Saya balik dulu lah ya Pak Ali. Dah lewat malam sangat ni." Pak Ali sekadar mengangguk membiarkan Lamborghini itu beredar meninggalkan perkarangan Global International Holdings.

'Untung siapa yang dapat buat dia jadi menantu.  Lagi beru tung kalau aku yang dapat bermenantukan dia. Tapi sayang, anak lelaki tunggal aku hilang entah ke mana sekarang ni.' Tanpa disedari, keluhan kecil terbit dari bibirnya.

Lagipun siapa dia untuk bermenantukan gadis sehebat Raisya. Bukan calang-calang lelaki yang layak berdamping dengan si tuan empunya badan. Apatah lagi dia hanyalah pekerja bawahan yang tidak punya sebarang jawatan tinggi.

Raisya lega. Sekurang-kurangnya rasa takut yang hadir tadi sudah beransur kurang.

Tapi tidak bagi dua lelaki yang berniat jahat terhadapnya. Masing-masing resah tatkala kehilangan jejak si mangsa.

"Salah kau lah ni! Tak pasal-pasal kita hilang jejak perempuan tu." Tidak semena-mena kepala Bobby ditunjalnya kasar. Geram kerana perancangannya gagal. Tahu dek Tan Sri mahu kena pancung nanti!

"Apa pulak salah aku." Bidas Bobby tak mahu mengalah. Sesedap rasa saja nak tunjal kepala orang. Buat serupa dia yang bayar zakat untuk aku.

"Dah aku suruh kau ikut belakang dia pun boleh telepas! Perempuan macam dia tu pun kau tak boleh settle!" Bobby mencebik. Sikit-sikit dirinya yang disalahkan. Macamlah dia tu betul sangat. Kutuk Bobby dalam hati.

"Dah la! Semua salah aku! Macam lah kau tu tak pernah buat salah. Tahu marah aje kerjanya." Bobby sudah mula bebal. Kalau tak diingatkan yang Lan merupakan sahabat lamanya, sudah lama dia mencuci kaki dari turut serta buat kerja jahat ni.

"Memanglah aku marah. Kalau Tan Sri tanya, apa kita nak jawab?" Suara Lan sedikit mengendur kali ini. Susah betul bekerjasama dengan orang yang terlebih touching tak tentu pasal ni.

Bobby cuma angkat bahu.

"Apa-apa pun jom kita berhadapan dengan Tan Sri dulu sebelum orang tua tu mengamuk," saran Lan. Lagi lambat mereka mengkhabarkan maklumat, lagi cepat mereka terima padah. Akhirnya Bobby cuma mampu akur.

Pang! Pang!

Kuat tamparan yang dilayangkan setelah mendengar apa yang diperkatakan Bobby dan Lan. Dasar manusia lembab!

"Tak guna! Aku suruh kauorang ikut jejak dia pun tak dapat! Kauorang ni memang jenis manusia tak reti buat kerja ke apa?!" Tak pasal-pasal aje Bobby dan Lan makan penampar. Masing-masing berwajah pasrah.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now