Bab 11

20.5K 679 16
                                    

LANGSIR pada biliknya diselak sedikit. Dia ingin memastikan sama ada Tengku Zafran berserta keluarga sudah tiba atau belum. Manalah tahukan kalau-kalau Tengku Zafran sekadar cakap kosong. Kahwin, bukan satu perkara yang boleh dibuat main.

Raisya sudah sedia maklum bahawa Tengku Zafran akan menghantar rombongan untuk meminangnya. Saat ini, dia hanya menanti kunjungan daripada keluarga Tengku Zafran tiba.

Perasaan dia masa ini jangan ditanya. Berdebar lain macam. Gembira ada, takut pun ada.

"Kenapa perlu aku rasa bahagia macam ni? Bukan ke selama ni aku benci dia." Raisya menutup kembali langsir biliknya. Langkahnya dipercepatkan ke tingkat bawah.

Setibanya di tingkat bawah, Raisya mendapati bunyi deruan enjin mengaum dari luar. Jemarinya menarik tombol pintu, mengintai rombongan yang terdiri daripada beberapa buah kereta.

Mujur sahaja dia sempat bersiap cantik-cantik tadi. Tak ada lah nampak selekeh sangat depan  keluarga bakal mertua.

Raisya memandang hairan dua biji kereta elegan yang tersadai elok di pekarangan banglo mewahnya.

'Aku tak tahu pulak si Zafran ni anak orang kaya.' Tidak mahu mebuang masa, Tengku Zafran dan keluarga segera dijemput masuk ke dalam.

Kekok Raisya membalas senyuman buat keluarga bakal mertua. Ada rasa malu menyelit di ruangan hati. Lagi-lagi apabila menjadi tatapan si dia yang sedang berada di dalam kereta.

Tengku Zafran lah. Siapa lagi?

Sopan Raisya mengambil tempat berhampiran Dato' Faizal. Dia hanya diam dan menjadi pemerhati. Tidak berniat ingin masuk campur. Perbincangan mereka termasuk dengan segala pantun, langsung tidak Raisya ambil perhatian. Yang dia fikirkan saat ini bagaimana dengan kehidupannya selepas ini, sama ada lebih baik atau lebih teruk dari sekarang.

"Esok bertunang, minggu depan kahwin." Terlopong Raisya dengan keputusan muktamad Dato' Faizal. Aku nak kahwin ke papa yang nak kahwin ni?

Timbul rasa kesal kerana tidak mengambil perhatian dengan apa yang dibincangkan. Itulah... termenung sampai ke laut sangat! Tak boleh jadi ni, aku kena buat sesuatu.

Baru sahaja Raisya ingin membantah, Dato' Faizal pantas menghalang. Jelingan sekilas sempat dia menerima dengan muncung di bibir.

Tengku Zarul dan Tengku Amalina mengangguk setuju. Suka betul mereka. Ya lah, memang sebelum ni diaorang teringin nak berbesan pun. Dah ada peluang, jadi perlu dipercepatkan lah. Bak kata orang, perkara yang baik tak elok dilambat-lambatkan.

“Erm... Ta... tapi.."

“Raisya..." Dato' Faizal menggeleng keras. Riak wajahnya pasrah habis.

“Ehem."

Serentak semua berpaling ke muka pintu. Tengku Zafran dengan senyuman menyapa pandangan mata mereka. Tanpa jemputan sesiapa, dia melangkah masuk lantas mengambil tempat bersebelahan Tengku Zarul.

"Tak rasa macam cepat sangat ke Dato'?" Lembut Tengku Zafran menyoal.

Eh, kejap. Macam mana dia boleh mencelah tiba-tiba ni? Ha... ni mesti kes dah pasang telinga siap-siap kat belakang pintu tu.

"Betul tu. Raisya setuju. Zafran pun rasa macam cepat sangat." Eh, sejak bila aku sependapat dengan mamat ni? Ah, lantaklah! Asalkan aku tak payah kahwin terburu-buru macam ni.

Tengku Zafran menarik senyuman segaris. Raisya melarikan laju anak matanya dari memandang senyuman Tengku Zafran. Huh, bikin cair aje!

"Tak ada cepatnya. Okey lah tu, kan Lina?" Tengku Zarul sudah sedia maklum bahawa Tengku Zafran tidak membenarkan  status Tengku mereka diketahui. Pada awalnya, Tengku Zarul terasa hairan juga, tetapi setelah dijelaskan oleh Tengku Zafran, dia mula bersetuju untuk merahsiakan status Tengku tersebut.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now