Bab 18

18.3K 639 5
                                    

TERAGAK-AGAK Bobby berjalan mendekati Tan Sri Mikhael, mengenangkan habuan yang bakal mereka terima nanti. Lan pula cuba berlagak biasa kerana dia tidak mahu terlihat lemah. Sepasang mata yang sedikit kemerahan itu memberikan pandangan yang tajam buat mereka. Sia-sia sahaja angan dan perancangannya selama ini. Semuanya gagal disebabkan orang upahannya yang dungu itu!

"Kauorang ni memang lembab tahu tak! Aku suruh buat kerja senang macam tu pun tak boleh! Lepas ni aku dah tak nak tengok muka kauorang lagi! Kauorang boleh blah!" Marah benar Tan Sri Mikhael bila mendapat tahu kedua orang upahannya gagal membatalkan majlis pernikahan Fasya. Bukan sedikit ganjaran wang yang dia beri. Tetapi hasil yang diterima tidak setara dengan apa yang diperoleh.

"Kami minta maaf, Tan Sri." Lantai yang menebal dengan habuk itu menjadi tatapan mereka. Terasa diri tidak berguna kerana langsung tidak dapat menjayakan rancangan seperti yang diarahkan.

Nak 'kerjakan' Tengku Zarif konon, last-last diri sendiri yang di'kerjakan'.

"Maaf aje yang kauorang tahu! Menghabiskan duit aku aje upah kauorang ni! Useless betul!" Tan Sri Mikhael merengus kasar. Nak marah lebih-lebih pun tak guna juga. Perkara sudah berlalu.

"Buat masa ni kauorang jangan buat apa-apa lagi. Biarkan diaorang dulu. Tapi lepas ni kalau kauorang gagal lagi, aku dah tak nak tengok muka kauorang dekat sini! Faham?!" Punggungnya berlabuh kasar ke sofa mewah miliknya.

"Fa..faham Tan Sri!" Jawab Bobby dan Lan serentak. Berdesup mereka beredar meninggalkan kawasan perumahan Tan Sri Mikhael.

Tidak senang duduk Tan Sri Mikhael memikirkan rancangannya yang gagal itu. Dia tidak akan sekali-kali membiarkan Dato' Faizal semudahnya terlepas sebelum dendamnya terbalas.

"Hei, Dato' Faizal." Tan Sri Mikhael sengaja membiarkan panggilan mereka berjeda sesaat.

“Kau jangan nak lega sangat anak-anak kau semua dah selamat diijabkabulkan. Walaupun diaorang tu dah kahwin, tak bermakna diaorang tu akan selamat. Terutamanya Raisya." Kata-katanya disambung kembali.

"Kau nak apa lagi hah?! Tak puas hati lagi dengan apa yang kau dah buat ke?!" Herdik Dato' Faizal melalui corong telefon.

"Memang aku tak puas hati selagi hidup kauorang masih aman!" Dato' Faizal sudah tidak tahan dengan ugutan demi ugutan yang dilemparkan oleh Tan Sri Mikhael. Hendak dilaporkan kepada polis, bimbang andai Tan Sri Mikhael buat kerja gila pulak. Jadi, lebih baik dia cuba selesaikan sendiri masalah ini. Lagipula semua masalah ini berpunca daripada dirinya juga.

Dato' Faizal mengurut pelipis. Naik gila dia memikirkan ugutan Tan Sri Mikhael. Sudahnya, dia menyambung kembali masa rehatnya yang terganggu tadi.

***********

KEJADIAN tempoh hari masih bermain lewat di minda. Kalau tidak kerana bantuan abang iparnya tempoh hari, mungkin saat ini Tengku Zarif cedera disebabkan dua lelaki yang tidak dia kenali itu. Dahulu Raisya yang menjadi sasaran, kini kehidupannya juga turut menerima ancaman Tan Sri Mikhael.

"Awak, lepas ni kita kena lebih berhati-hati. Saya takut Tan Sri tu nak buat sesauatu yang boleh menghancurkan rumah tangga kita." Fasya menyuarakan kebimbangangannya yang terpendam sejak tadi.

Tengku Zarif memalingkan muka ke arah Fasya. Perlahan-lahan dia memaut bahu Fasya untuk menenangkan perasaan si isteri. Tipulah kalau dia tidak bimbang setelah apa yang menimpa mereka beberapa hari yang lalu.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now