Bab 33

13.7K 492 3
                                    

Start dari bab 33 ni dah tak jadi edited version tau. Kalau ada silap sikit2 tu abaikan je lah eh?😂 Kesian pulak yg nak baca tu lama menunggu. Okey jemput baca.😂

"MYRA! MYRA!" Tercungap-cungap Maya berlari ke arah Raisya sambil menggenggam sesuatu di tangan. Kotak kecil itu berjaya menarik minat untuk menambah koleksi alat permainannya. Ya, walaupun dia tidak tahu isi yang terkandung dalam kotak kecil itu.

"Kenapa ni Maya?" Raisya turun dari pondok itu lalu menghampiri sahabatnya itu.

"Cuba Myra tengok kotak ni." Maya menghulurkan kotak kecil tersebut kepada Raisya lalu masuk ke dalam pondok bersama.

"Eh, ni macam bahaya aje. Ada gambar api dekat kotak ni lah. Mana Maya dapat ni? Pergi buang balik." Mendengar sahaja perkataan 'buang', sepantas kilat kotak mancis itu Maya rampas dari genggaman Raisya.

"Tak boleh! Maya nak buat main masak-masak." Maya menolak keluar kotak mancis itu lalu mengambil isinya sebelum digeselkan pada bahagian tepi kotak tersebut. Membuntang mata Raisya melihat api yang dinyalakan dari mancis itu. Manakala Maya boleh lagi tersenyum lebar melihat api yang terhasil oleh perbuatannya.

"Macam main masak betul-betul lah. Mama Maya masak mesti ada api. Sama macam kita main masak-masak sekarang ni." Raisya menggeleng melihat kerja gila yang dilakukan oleh Maya. Mahu dihalang, sia-sia sahaja. Maya bukan mahu menuruti nasihatnya.

Entah dari mana seekor ulat gonggok datang merayap pada kaki Maya. Spontan mancis yang berada dalam genggamannya tercampak ke arah pondok yang sedang mereka duduki.

"Maya! Api!" Tindakan Maya yang mengibas kain ke arah api yang sedang menjulang itu membuatkan hampir seluruh pondok itu terbakar. Mati akal kedua-dua mereka. Tak tahu apa lagi yang perlu dibuat. Riak muka Maya tersangat kesal bercampur cuak.

Satu sahaja yang terlintas di kepala Raisya sekarang ni. Pergi dapatkan air sebanyak yang mungkin! Memang dah tak ada masa untuk duduk tanpa berbuat sesuatu.

"Maya, jom ikut Myra!" Myra menghulurkan tangannya kepada Maya, namun Maya tidak menyambut.

"Maya takut!" Tidak berfikir panjang, Raisya terpaksa meninggalkan Maya seorang diri di pondok itu untuk mendapatkan air. Mujur sahaja sungai hanya berada tidak jauh dari kawasan letak pondok itu.

Orang ramai mula berpusu-pusu melihat kebakaran yang berlaku. (Ss)Datuk Faizal yang turut menjadi penonton, cuba meliarkan pandangannya mencari kelibat Raisya dalam pondok yang sedang memarakkan api itu.

Apabila wajah yang dicari tidak dijumpai, Datuk Faizal cuba mencari di sungai pula. Dan pada masa itu, ada seorang lelaki datang menyelamatkan Maya yang sedang teresak-esak menangis ketakutan. Tangan dan lehernya habis melecur akibat terkena api.

Terlepas dua biji baldi dari genggamannya tatkala melihat api yang sedang menggila. Separuh daripada atap pondok itu sudah hangus dan menjadi abu kerana dijilat api.

Raisya cuba untuk masuk ke dalam pondok itu untuk menyelamatkan Maya, namun dihalang oleh pautan Datuk Faizal. Datuk Faizal menggeleng berkali-kali memandang Raisya. Raisya meronta-ronta minta untuk dilepaskan tetapi Datuk Faizal tetap berkeras tidak mahu lepaskan rangkulannya pada Raisya.

"Maya!!" Jerit Raisya sekuat hati. Namun yang dengar hanyalah bunyi api yang sedang marak.

"Ica tak akan selamat kalau Ica masuk dalam pondok tu. Ica nak tinggal papa macam mama tinggal papa juga ke?" Kasihan melihat wajah papanya yang bertukar muram, Raisya terpaksa mengalah.

"Maya... Ma..maafkan aku." Raisya jatuh terjelopok ke atas tanah sambil menekup wajahnya lalu menghamburkan tangisan yang penuh dengan kekesalan. Tepat pada masa itu, Tan Sri Mikhael pula tiba di tempat kejadian. Ahli bomba juga sudah tiba untuk memadamkan api yang semakin marak.

"Mana Maya?! Mana anak aku?! Dia tak apa-apa kan?!" Bahu Datuk Faizal digoncang berkali-kali. Setelah itu, matanya melorot ke arah Raisya yang sedang terduduk menangis.

"Ma.. Maya ada dekat dalam pakcik." Membuntang luas mata Tan Sri Mikhael.

"Maafkan kami, kami tak berjaya jumpa apa-apa dalam pondok itu kecuali kotak mancis dan permainan memasak serta beberapa biji sagu ni." Kali ni Tan Sri Mikhael pula yang jatuh terjelopok ke atas tanah.

"Kauorang memang tak guna! Sebab kauorang anak aku mati! Aku akan balas apa yang kauorang dah buat pada anak aku!"

Manakala Raisya dan Datuk Faizal cuma menunduk. Raisya masih hairan kerana Maya tiada dalam pondok itu. Harapannya agar Maya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

***********

"Myra dah ingat?" Mati terus lamunan Raisya. Pandangannya ditumpukan semula ke arah Maya.

"Alhamdulillah Maya selamat dari kebakaran tu. Tapi, macam mana Maya boleh hilang lepas tu?"

"Ada orang lain datang selamatkan Maya. Kenapa Myra tinggalkan Maya masa tu?! Myra memang sengaja nak Maya mati kan?!" Raisya menggeleng sambil cuba mendekati Maya.

"Tak! Myra langsung tak ada niat nak tinggalkan Maya. Myra pergi ambil air nak padamkan api. Lepas Myra dah dapatkan air, api tiba-tiba jadi marak lebih teruk. Bila Myra nak selamatkan Maya, papa Myra tak bagi. Dia takut Myra tak akan selamat kalau Myra masuk dalam pondok tu balik." Maya agak terkedu mendengar penjelasan Raisya namun dia cuba menganggap Raisya memang sengaja tinggalkannya masa tu.

"Myra penipu! Myra jahat!" Usai meluahkan apa yang terpendam dalam hati, Maya beredar meninggalkan bilik pejabat Raisya.

Raisya terduduk lemah pada kerusi empuk miliknya.

Tengku Zafran mengetuk pintu bilik Raisya untuk menyerahkan fail tentang empayar perniagaan mereka yang diterima dari client mereka sebentar tadi.

"Masuk." Arah Raisya lemah.

"Sayang? Kenapa ni? Maya tu ada sakitkan hati sayang ke?" Fail itu diletakkan ke atas meja lalu Raisya dihampiri.

Raisya pantas mendakap tubuh Tengku Zafran dengan erat. Tangisannya dihamburkan pada bahu Tengku Zafran. Tangan Tengku Zafran spontan mengusap belakang Raisya. Setelah pelukan dileraikan, Tengku Zafran menghadiahkan kucupan pada dahi Raisya.

"Sayang dah okey sikit? Abang nak bawa sayang pergi klinik. Please, kali ni tolong dengar cakap abang. Abang risau tengok sayang asyik pening muntah-muntah macam ni." Kalau diikutkan hati, Raisya memang nak geleng aje.

"Hmm... Okey." Tengku Zafran tersenyum puas lalu mereka menuju ke klinik berdekatan.

***********

Doktor perempuan itu menyelak langsir. Raisya mengangkat punggungnya bangun dari katil.

"Kenapa dengan isteri saya doktor?" Soal Tengku Zafran agak risau.

"Alhamdulillah! Dah sebulan." Ujar doktor perempuan itu.

"Apa yang sebulan?" Raisya menyoal hairan.

"You're pregnant almost a month." Raisya menekup mulutnya. Rasa macam nak menjerit teruja aje kat sini.

"Alhamdulillah... Sayang, kita bakal jadi parents tak lama lagi." Tengku Zafran mendakap tubuh Raisya sambil tersenyum bahagia. Raisya mengangguk lalu membalas pelukan Tengku Zafran. Bahagianya tak terkata. Doktor perempuan itu senyum memandang pasangan di hadapannya. Sudah biasa dengan reaksi yang diterima oleh pasangan yang akan bergelar ibu dan ayah.

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now