Bab 54

12.7K 490 48
                                    

SENYUMAN Tengku Zafran langsung tidak lekang pada pagi itu. Raisya akhirnya merespon juga mesejnya setelah lama dia menanti.

Namun senyumannya tadi mati tatkala terpandangkan kalendar yang tergantung di dinding. Wajahnya kembali bertukar muram seperti semalam. Mana tidaknya, hari ini dia dan Maya bakal disatukan dan akan menjadi hari bersejarahnya buat kali kedua.

Tengku Zafran meraup wajah dengan kasar. Fikirannya bercelaru, emosinya berkecamuk. Saling bercampur sehingga dia terasa ingin jatuh terduduk dengan dugaan yang sedang menimpa. Berkahwin dengan gadis yang tidak seharusnya dia bertanggungjawab dan melukakan hati isteri yang amat dia cintai dalam hidupnya. Semua itu tidak masuk akal baginya.

Jemarinya menaip sesuatu pada papan kekunci telefon bimbit.

Sayang, please datang. Abang tak kuat nak hadapi semua ni seorang diri.

Sejurus pesanan itu berjaya dihantar ke Raisya, Tengku Zafran mula bersiap apa yang patut. Bagaimana agaknya kehidupan dia setelah Maya sah bergelar isteri keduanya nanti? Yang jelas Maya tidak akan pernah dapat membahagiakannya sebagaimana Raisya.

Malas hendak mengusutkan lagi fikiran, Tengku Zafran mencapai tuala sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Baru sahaja kakinya jejak ke atas lantai bilik mandi itu, telefon bimbit yang terletak di hujung katil berdering. Tanda ada panggilan masuk yang minta diangkat.

Menyeringai dia senyum melihat nama Raisya terpapar pada skrin.

"Assalamualaikum, abang. Miss me?" Soal Raisya walaupun suaranya kedengaran sedikit pecah.

"Waalaikumussalam. Mestilah abang rindukan sayang. Sayang pergi mana tinggalkan abang? Nak kena dia ni. Pergi tak bagitahu dengan orang." Sempat lagi Tengku Zafran cuba bergurau senda dengan isteri tercinta. Melepaskan rindu.

"Mana ada sayang tinggalkan abang. Sayang cuma pergi bercuti sekejap aje. Kejap lagi sayang balik, okey?"

"Amboi, pergi bercuti bukan nak ajak abang. Thanks sayang sebab still ada untuk abang walaupun abang akan berkahwin dengan orang lain kejap lagi." Raisya diam sejenak. Dia mesti kuat meskipun terpaksa menerima semua ini.

Mungkin Adam cuma mempermainkan kepercayaan aku. Hari tu bukan main lagi dia aturkan strategi untuk batalkan majlis pernikahan Tengku Zafran dengan Maya, tapi sekarang ni langsung tak nak jawab panggilan aku. Mesti dia nak lari dari semua ni. Almaklumlah, sebab sepatutnya dia yang bertanggungjawab ke atas Maya. Huh, tak guna betul. Kutuk Raisya dalam hati.

"Sayang? Hei, kenapa diam aje ni? Say something, please." Tersentak Raisya dari lamunannya.

"Abang, lepas ni Raisya harap abang dapat berlaku adil. Ya lah, takut salah seorang daripada kami akan berkecil hati." Raisya ketap rapat bibirnya. Sebenarnya dia sedaya upaya menahan air mata daripada mengalir.

"Insha-Allah, sayang. Tapi abang harap sangat yang majlis perkahwinan ni tak akan berjalan dengan lancar. Atau dalam erti kata lain, dibatalkan." Tengku Zafran menekur lantai. Dia sedar harapannya terlalu tinggi. Mana mungkin dia dapat batalkan pernikahan ini sedangkan dalam beberapa jam sahaja lagi dia akan menggenggam tangan tok kadi buat kali kedua.

"Sayang pun harapkan perkara yang sama tapi orang yang sepatutnya bantu kita tak jawab langsung panggilan dari sayang." Terlepas keluhan kecil dari bibirnya.

"Sayang..."

"Ish! Apa lah sayang mengarut ni, kan? Padahal sayang sendiri yang rela suruh abang kahwin dengan Maya hari tu. Sekarang tiba-tiba pulak sayang berharap perkahwinan ni tak akan terjadi." Tengku Zafran dapat menangkap emosi yang sedang membebani hati Raisya. Tubir mata yang sudah berair dikesat elok dengan hujung jari.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now