Bab 59

11.7K 428 5
                                    

Ukaisya meneroka pandangan menikmati keindahan yang terbentang luas itu. Walaupun hari sudah lewat petang, namun pemandangan yang indah di ladang teh boh itu langsung tidak terjejas. Cuaca yang agak mendung menyebabkan ramai yang berkunjung di situ telah beransur pulang.

Sedang asyik menikmati pemandangan , matanya tertancap pada seseorang yang pernah dia terserempak suatu ketika dahulu. Dia melihat gadis itu sedang mengeluarkan sesuatu dari poketnya sambil berjalan menghampiri seorang wanita yang sepertinya sedang hamil.

Alangkah terkejutnya Ukaisya apabila gadis itu mengeluarkan pisau rambo dari poket untuk dihunus kepada wanita yang hamil itu. Tanpa bertangguh, Ukaisya bingkas berlari mendapatkan gadis itu. Mujur sahaja dia tidak memakai baju kurung hari itu. Dia hanya mengenakan blaus labuh serta tracksuit pada tubuh. Jadi, ianya memudahkan pergerakannya untuk berlari.

Maya kaget tatkala perbuatannya dihalang oleh genggaman kemas seseorang. Matanya membulat setelah menoleh ke arah gerangan yang menghalang perbuatannya. Wajah itu... wajah yang semirip dengannya!

Maya ingin menolak tubuh Ukaisya, namun Ukaisya terlebih dahulu melepaskan genggaman pada lengan Maya, lalu melangkah menghampiri Raisya yang masih belum sedar akan kehadiran mereka yang berdiri tidak jauh di belakangnya.

Geram kerana Ukaisya mengganggu rancangannya, Maya mengambil langkah untuk melemparkan sahaja pisau rambo itu kepada Raisya. Ukaisya yang melihat, terus mendakap erat tubuh Raisya. Dalam sekelip mata sahaja pisau itu tertusuk pada belakang tubuh Ukaisya.

Raisya pantas menoleh sebaik sahaja dia merasakan tubuhnya didakap oleh seseorang dari belakang. Tak mungkinlah Tengku Zafran, setahun dia, suami kesayanngannya itu sedang enak diulit mimpi.

Terbuntang luas matanya setelah melihat wajah Maya yang pucat seperti tidak ada darah yang mengalir. Kini, matanya melorot melihat gerangan yang sedang mendakapnya. Tubuh itu kian longlai dan akhirnya jatuh terduduk ke atas rimbunan dedaun teh itu. Raisya mendapati ada sebilah pisau yang tertusuk pada belakang tubuh itu.

"Sayang!" Termengah-mengah Tengku Zafran mencari Raisya. Dia sempat menghembus nafas lega sebelum menghampiri Raisya serta dua orang gadis yang turut berada di situ.

Maya segera mendongakkan wajahnya dari tunduk merenung Ukaisya yang terduduk lesu, setelah suara Tengku Zafran menyapa pendengarannya.

"Na...nasib ba..baik a..awak se..lamat." Setelah itu, kedua belah matanya terpejam rapat.

Tengku Zafran seperti dapat mengenal pasti susuk tubuh gadis berjaket itu dari belakang. Baru sahaja dia ingin menghampiri gadis tersebut, gadis itu perlahan-lahan menoleh ke arahnya.

"Maya?! Apa kau dah buat ni?! Kau bunuh dia ke?!" Raisya merenung tajam anak mata Maya kemudian dia memangku kepala Ukaisya pada ribanya.

"Tak! Aku tak bunuh dia!" Sudah terang lagi bersuluh pun, dia masih nak pertahankan diri sendiri.

Baru sahaja Maya ingin membuka langkah untuk segera beredar dari situ, kedua belah lengannya dipaut dari belakang.

"Jangan harap kau boleh lari kali ni." Tengku Zafran mengukir senyuman sinis kepada Maya, kemudian dia memberi isyarat mata kepada Raisya supaya menghubungi ambulans dan polis. Maya harus ditangkap juga hari ni!

Raisya mengangguk akur. Lalu dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang telah disimpan kemas ke dalam tas tangannya.

**************

"Sayang okey?" Tengku Zafran mengusap mesra bahu Raisya. Risau melihat wajah itu sedari tadi cuma muram setelah Maya dibawa ke balai untuk dikenakan hukuman atas cubaan membunuh.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now