Epilog

9.5K 149 2
                                    

RAISYA sedikit hairan dengan suasana rumahnya yang tiba-tiba bertukar sunyi. Sedangkan tadi suasana di rumahnya itu riuh mengalahkan pasar malam. Maklumlah, bila ramai-ramai berkumpul. Riuh-rendah lah jadinya.

Langkah diatur ke dapur. Namun dia tidak terlihat kelibat sesiapun di situ. Apabila dia menoleh ke belakang, hampir saja dia melompat.

“Sayang." Raisya perasan ada sesuatu yang digenggam oleh Tengku Zafran. Nampak seperti kain tutup mata.

“Mana semua orang?" Tengku Zafran jungkit bahu. Kemudian dia pusingkan tubuh Raisya ke belakang. Kain tutup mata yang digenggam itu dipakaikan kepada Raisya.

“Apa yang abang buat ni?" Tangannya mula meraba-raba matanya yang sudah ditutup dengan kain berwarna hitam itu.

Shh... sayang ikut aje mana abang nak bawa. Come." Bahu Raisya dipaut. Jemari mereka bersatu. Dalam hati Tengku Zafran, dia sudah tersenyum sendiri. Perlahan-lahan dibawa Raisya melangkah ke luar halaman rumah.

Ikatan pada mata Raisya dibuka. Raisya sedikit tergamam melihat halaman belakang rumah mereka sudah bertukar menjadi seperti tema garden. Pelbagai aksi gambar-gambar sewaktu mereka berbulan madu di Venice, Italy juga turut tergantung di sekitar laman. Semua kepingan gambar tersebut disusun dengan susunan yang cantik pada sepanjang laluan lorong.

Tiba di penghujung lorong, matanya menangkap sebutir batu kristal yang mempunyai ukiran huruf R dan Z yang cantik. Tangannya perlahan-lahan menyentuh batu kristal yang kelihatan unik itu. Cantik. Berkilau bak permata.

“Mana abang jumpa batu ni? Cantik sangat." Tangannya dilepaskan dari menyentuh batu kristal itu.

“Sayang ingat lagi sebelum kita kahwin dulu? Masa tu, first time sayang ajak abang pergi Sabah dengan sayang atas urusan kerja." Raisya diam cuba mengimbas semula memori lama itu. Raisya mengangguk setelah dapat mengingati semula. Tengku Zafran senyum kemudian dia menyambung lagi.

“Belakang hotel yang kita menginap tu kan ada pantai. Masa tu, abang ingat nak ajak sayang jalan-jalan sekali. Tapi bila abang ingat balik, mesti sayang tak nak. Lagipun kita masih berperang dingin lagi waktu tu. Jadi abang pun pergilah jalan sorang-sorang dekat pantai belakang hotel tu. Tak sangka pula boleh terjumpa batu comel ni. Kebetulan pula ada huruf mewakili nama kita, abang pun ambil aje lah. Buat kenangan. Sampai luka kaki abang tau sebab terpijak batu tu." Jelas Tengku Zafran panjang lebar. Raisya sedikit terhibur mendengar penjelasan Tengku Zafran.

“Lamanya abang simpan. Tapi masih cantik lagi batu ni. Pandai abang jaga." Raisya mula mencapai batu kristal itu. Lalu digenggam kemas.

“Sebenarnya abang dah lupa tentang kewujudan batu kristal ni. Nasib baik Imani dengan Aiman terjumpa batu ni. Diaorang tarik apa entah sampai barang dekat bawah kotak ni jatuh. Tapi sayang jangan risau, abang dah kemas bilik kita tadi." Raisya tersenyum mengenagkan keletah dua orang kanak-kanak itu.

“Ada-ada aje diaorang ni kan."

“Biarlah diaorang. Generasi akan datang yang menggantikan kita dengan Maya dan Adam." Tangan Raisya diraih.

“Jom."

“Pergi mana?"

“Kita duduk dekat bawah pokok tu. Mengimbau kenangan lama." Raisya cuma akur. Mereka berjalan beriringan menuju ke pokok yang dimaksudkan oleh Tengku Zafran.

“Sayang nak tahu, setiap kali sayang rapat dengan Sofian, abang selalu cemburu. Sampai abang rasa macam nak sumbat aje dia dalam sungai."

“Ada pula abang ni. Dia kan PA sayang, mestilah sayang rapat dengan dia. Emm... cakap pasal diaorang, petang nanti diaorang ajak kita datang rumah. Diaorang ada buat majlis cukur jambul untuk baby kedua yang baru lahir."

“Okey. Cepat juga diaorang dapat baby baru, eh."

“Dah rezeki diaorang. Kita pun tak lama lagi kan. Baby boy pula kali ni. Abang, kalau kita letak nama baby kita ni Tengku Zafri Raykal nak?"

“Amboi, awal cari nama."

“Ala... tak suka ke? Tak suka nak tukar."

“Ada abang cakap ke?"

“Ish, abang ni. Okey kan nama tu?" Raisya mengerdipkan matanya beberapa kali.

“Apa yang sayang pilih semuanya okey. Abang setuju aje." Alahai... sejuknya hati kita dengar.

Di sebalik laman yang dihiasi oleh Tengku Zafran, banyak mata-mata yang memandang ke arah mereka. Bobby dan Lan juga turut ada bersama. Mereka telah dilantik bekerja di Global International Holdings. Terkejut juga mereka pada mulanya. Macam tak percaya.

Sweet aje kan diaorang tu? Bahagia kita tengok." Maya pula bersuara. Adam cuma melihat tanpa sebarang respon. Padahal, dalam hati dah senyum sampai ke telinga. Ukaisya di sebelah cuma mengangguk. Tiba-tiba rasa tak sabar untuk mendirikan rumah tangga bersama doktor Amir. Tengku Amalina dan Tengku Zarul pula dah tersenyum lebar melihat anak menatu mereka hidup bahagia. Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang telah pasangan itu hadapi.

Terima kasih kepada Sang Pencipta. Dia memberi dugaan kerana Dia tahu kita mampu untuk menempuhinya. Dia juga telah menetapkan apa yang terbaik untuk setiap Hamba-Nya.

Terima kasih Ya Allah atas percaturan hidup yang telah kau tetapkan buat kami semua. Aku bersyukur atas apa yang berlaku dalam hidupku ini.

"Sayang... Cuba tengok awan tu."

"Mana?"

"Tu, yang macam bentuk hati tu. Macam hati abang." Raisya cuba memerhatikan awan tersebut. Namun bentuk awan itu tidak seperti yang diperkatakan oleh Tengku Zafran.

"Tak macam pun. Abang tipu lah." Raisya menarik muncung.

"Memang lah. Sebab hati abang sayang dah curi."

"Ish, mengada tau." Lengan Tengku Zafran ditampar manja.

"Abang pun dah curi hati sayang." Balas Raisya pula. Tengku Zafran mengukir senyum bahagia memandang Raisya. Mereka bersandar pada pokok yang rendang itu sambil jemari mereka bercantum erat. Tak disangka, bos yang selama ini mengalahkan emak singa juga menjadi isterinya. 

Ya, dia bos. Dan dia juga isteri kepada Tengku Zafran.

TAMAT

Isteriku Cik Bos [Republish]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt