Bab 14

20K 641 9
                                    

TENGKU Zafran mula ingin bebal. Jangan fikir si isteri saja pandai mengamuk, si suami malah dua kali ganda kuasa mengamuk. Nak tahu kenapa Tengku Zafran meroyan tiba-tiba? Raisyalah sebabnya. Tak henti-henti mengomel hasil kerja Tengku Zafran. Itu tak kena lah, ini tak kena lah. Boleh jadi gila Tengku Zafran kalau terusan begini. 

Penat sangat punya pasal, akhirnya mereka sama-sama nerebahkan diri ke atas permaidani yang baru siap dibentang tadi.

Boleh patah pinggang aku kalau macam ni." Rungut Raisya sendiri. Padahal kerja yang dilakukan tidak seberapa pun. Semuanya dikerahkan tenaga Tengku Zafran juga.

Sama lah dengan kita ni. Asyik-asyik kena complain." Raisya menoleh ke arah Tengku Zafran sekilas sebelum kembali merenung siling. Ek eleh... perli aku lah tu!

Aku tak sangka kau anak orang kaya sampai boleh share duit dengan aku beli vila ni." Tengku Zafran cuma diam. Penat masih belum hilang.

Awak akan tahu nanti." Raisya berkerut kening. Tubuhnya mengiring ke arah Tengku Zafran. Tahu? Hmm... apa lagi yang aku tak tahu pasal mamat senget ni?

Tahu apa?" Sebesar alam tanda soal melekap di muka Raisya. Melampau benar sifat ingin tahunya itu.

Nothing."

Hish, main-main aje!" Nak berahsia pulak dia. Aku tumbuk nanti kang, baru tahu.

Jom lah makan. Saya dah lapar lah," Tengku Zafran cuba mengalihkan topik. Nak mati lah kalau dia ceritakan kepada Raisya tentang status dirinya. Ada yang kena palau sebulan nanti sebab rahsiakan status sebenar.

Tapi, siapa nak masak?" Raisya agak serba salah. Takkan lah dia yang nak kena masak kut. Huhu... tak nak lah. Aku mana pernah masak sebelum ni.

Tengku Zafran tahan gelak. Tengok muka Raisya pun dia dah tahu. Cuak tapi pandai cover. Ha... tu lah, gatal nak kahwin dengan aku, tapi masak pun tak reti lagi.

Kita order pizza aje lah."

Raisya tarik nafas lega, Okey."

Sesi mengemas vila dua tingkat itu berlanjutan sehingga larut malam. Masing-masing pun sudah keletihan yang amat.

Raisya hairan melihat Tengku Zafran berlari naik ke tingkat atas. Apa hal mamat tu? Raisya jungkit bahu lalu berehat sebentar bersama KitKat... Eh, tak lah. Berehat bersama drama Korea di slot Chamsarang. Eceh, sempat lagi layan drama Korea tu.

Seketika dia teringatkan sesuatu...

Alamak! Baju-baju belum simpan dalam almari lah!" Raisya menepuk dahinya perlahan. Punat alat kawalan jauh televisyen ditekan sebelum kakinya melangkah ke tingkat atas. Baru jejaki separuh tangga, dahinya ditepuk sekali lagi. Haih, boleh bengong asyik tepuk dahi aje.

Beg baju tak ambil macam mana nak simpan baju dalam almari? Apa nyanyuk sangat kau ni Raisya..."

Beg baju diambil lalu dibawa ke tingkat atas. Mamat tu dah pilih bilik dia ke? Lantak dia lah. Apa aku kisah. Kemas bilik aku diam-diam lagi bagus.

Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, Raisya terasa ingin pitam berkali-kali. Kamarnya bersepah mengalahkan ada ribut taufan berlaku. Mana tidaknya, dengan sampah kepingan kotak almari tak dibuang, sampah plastik katil tak dibuang, segala macam benda lah tak dibuang senang cakap.

Ni tak lain tak bukan, mesti kerja malaun tak guna tu. Aku rasa aku dah kemas dah kut bilik ni tadi." Raisya menjeling tajam kamar di hadapannya. Mesti bilik malaun tu dekat depan bilik aku. Siap ada tulis besar-besar lagi dekat pintu bilik tu,

Kamar beradu Tengku Zafran. Jangan ganggu. Harap maklum.

Poyo nak mati betul lah mamat ni. Eh, rasa macam terbaca sesuatu tadi." Raisya membaca sekali lagi bait ayat tadi sehingga dia dapat menangkap satu perkataan.

Isteriku Cik Bos [Republish]On viuen les histories. Descobreix ara