Bab 8

19.3K 697 12
                                    

HUBUNGAN Raisya dan Tengku Zafran yang semakin hari semakin rapat itu telah menimbulkan perasaan cemburu yang menggila dalam diri Sofi. Namun dia sekadar berdiam diri melihat dari jauh, hanya kerana ingin mengaburi rasa hatinya dari pengetahuan Raisya.

"Sofi, kejap lagi nak join lunch dengan kitaorang sekali tak?" Pelawa Raisya usai mereka tamat bermesyuarat pada pagi itu. Ingin menebus kembali masa tengah hari mereka kelmarin.

Sofi diam sesaat. Tidak mahu dia makan tengah hari bersama lagi ditemani Tengku Zafran. Memang tak!

"Tak apa lah bos. Saya dah janji nak lunch dengan orang lain." Sofi cuba mengelak. Siapa saja yang mahu makan tengah hari dengannya. Hanya bos saja yang sudi selama ini.

"Amboi... Nak lunch dengan siapa tu? Someone special eh?" Sengaja Raisya mengusik Sofi. Hairan juga dia, sejak kebelakangan ini, Sofi selalu mengelak dari bertembung dengannya. Macam dia ada buat salah sesuatu dengan PAnya itu.

"Ish, mengarutlah bos ni. Dengan kawan biasa aje," cepat-cepat Sofi menyangkal. Raisya sekadar mengangguk saja.

"Hmm... Tak apa lah kalau macam tu. Lain kali kita lunch sama-sama. Okey?" Raisya masih belum berputus asa ingin mempelawa.

"Okey bos." Sofi tahu dia tidak layak untuk Raisya. Tengok sajalah keadaan dirinya. Elok jadi lelaki sejati, pergi tukar jadi perempuan. Lainlah kalau Zafran. Mungkin dia perfect di mata Cik Raisya.

Jadi, urusan untuk undur diri mungkin harus dia pertimbangkan.

Lama raut wajah Raisya diperhatikan. Tersenyum dia melihat Raisya yang enak menikmati hidangan di depan mata. Langsung tidak menyedari dirinya menjadi tatapan Tengku Zafran.

"Awak," panggilnya lembut.

Raisya mendongakkan wajah memandang tepat anak mata Tengku Zafran. Suapannya tergendala seketika.

"Yes, why?"

"Ehem. Kalau saya cakap ni, awak jangan marah okey. Dan terpulang kepada awak, sama ada awak nak terima ataupun tolak tawaran ni." Sempat Tengku Zafran berdehem untuk mengurangkan rasa kekok.

"Bunyi macam serius aje ni." Sudu dan garfu diletakkan ke  pinggan semula. Fokusnya kini beralih kepada Tengku Zafran. Bunyi semacam aje cara percakapan tu.

"Awak, jom kahwin dengan saya?" Tersentak Raisya dengan permintaan Tengku Zafran. Serta-merta wajahnya memerah. Berapa kali aku nak beritahu dia, yang aku tak suka isu kahwin dibangkitkan. Tak faham-faham lagi ke mamat ni?

"No! Aku tak nak kawhin dengan kau! Dan selama-lamanya aku tak akan hidup dengan mana-mana lelaki kecuali papa aku!" Automatik dia bangkit dari kerusi. Membuak kemarahannya di situ. Sudah tidak dihiraukannya pelanggan yang kebanyakan terdiri daripada staf, mencuri pandang ke arahnya.

Tengku Zafran menahan geram. Jatuh maruah kena tengking dengan perempuan! Sudahla dilihat ramai orang pula tu.

"Yang kau nak marah-marah kenapa? Aku suruh pertimbangkan balik kan cadangan aku. Bukannya aku suruh kau terima bulat-bulat." Dia masih cuba menahan sabar.

"Aku dah cakap kan jangan sebut langsung perkataan kahwin depan aku! Kenapa kau tak faham-faham lagi, hah?!" Bentak Raisya lagi. Dia memang paling pantang mendengar perkataan kahwin. Fobia! Benci! Semua ada!

"Tak payah lah sampai nak tengking aku kut ya pun." Haih, baru aje berbaik dah bergaduh semula. Bahasa pun dah bertukar.

"Fine! Start from now, you are not my friend anymore!" Meja dihentak kasar. Masing-masing berwajah tegang.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now