Bab 58

12.4K 428 19
                                    

Raisya terus melepaskan genggaman Tengku Zafran pada tangannya setelah mereka tiba di ladang strawberi itu. Cuaca yang agak sejuk sudah tidak dihiraukan. Strawberry, here I come!

Tengku Zafran cuma geleng melihat Raisya seperti rusa masuk kampung. Dia buat lagi perangai yang sama macam dekat Venice tempoh hari.

"Abang! Sini la cepat!" Raisya melaung memanggil Tengku Zafran. Teruja betul dia. Tengku Zafran melangkah menghampiri Raisya yang sedang memetik beberapa biji buah strawberi itu lalu terus disuap ke dalam mulutnya. Setelah Tengku Zafran berdiri di belakangnya, Raisya segera menoleh.

"Abang nak?" Strawberi itu dihulurkan kepada Tengku Zafran. Lalu strawberi itu disuapkan ke dalam mulut Tengku Zafran. Berkerut wajah Tengku Zafran sebaik sahaja buah strawberi itu selamat masuk ke dalam mulutnya. Duh, asal masam sangat ni?!

"Manis tak abang? Sedap kan..." Raisya ketawa mengejek melihat Tengku Zafran. Memang lah masam kalau buah strawberi itu masih berwarna hijau. Tetapi, bahagian depan sahaja buah itu berwarna merah. Sebab itu lah Tengku Zafran tak perasan yang buah strawberi itu masih berwarna hijau dibelakangnya.

"Uhuk! Uhuk!" Raisya gelabah melihat Tengku Zafran seperti tersedak tidak berhenti.

"Abang okey tak? Nak sayang ambilkan air?" Melihat Tengku Zafran tidak bersuara, Raisya segera mengeluarkan sebotol air mineral dari tas tangannya.

Tengku Zafran senyum senget. Perlahan-lahan dia memetik buah strawberi yang masih berwarna hijau.

Sebaik sahaja Raisya mendongak untuk memberikan botol air mineral kepada Tengku Zafran, ada buah strawberry disumbat ke dalam mulutnya. Membulat terus matanya. Tengku Zafran ketawa terbahak-bahak melihat wajah Raisya yang lebih berkerut dari wajah dia.

Tidak menunggu lama, Raisya segera meneguk air mineral itu sehingga habis satu botol.

"Eeii... jahatlah abang ni! Main balas dendam." Raisya menampar kuat lengan Tengku Zafran.

"Aik, sayang buat macam tu dekat abang boleh. Takkan lah abang nak melawak sikit pun tak boleh." Raisya menarik muncung sedepa.

"At least sayang suap cara baik. Ni abang main sumbat aje dalam mulut sayang." Raisya terus melangkah meninggalkan Tengku Zafran di belakang. Jaket di tubuh diperkemaskan. Cuaca yang dingin pada pagi iu sememangnya mencengkam sampai ke tulang rusuk.

"Alolo sayang ni... merajuk ke?" Tengku Zafran mengejar langkah Raisya di hadapan.

"Mana ada. Ingat sayang ni budak kecil ke nak merajuk." Tengku Zafran mencebik. Menipu sangatlah kalau tak merajuk. Muka pun dah macam jeruk tak jadi.

"Hmm... ya lah. Sayang, jom kita pergi makan strawberi coklat. Kali ni dijamin tak masam!" Tengku Zafran mengangkat tangan seperti lafaz ikrar.

"Jom!" Amboi, terus tak jadi merajuk. Raisya melentokkan kepalanya pada bahu Tengku Zafran. Mereka berdua saling memeluk pinggang masing-masing sambil menuju ke kedai yang menjual strawberi coklat.

Setelah itu, destinasi mereka yang seterusnya ialah kebun pokok bunga lavender. Sememangnya untuk berselfie lah di situ. Buat kenang-kenangan lah katakan.

****************

"Papa, kenapa papa biar akak Raisya pergi juga Cameron Highland?" Fasya menayang riak tidak puas hati. Tengku Zarif di sebelahnya mempamerkan riak hairan.

"Biarlah dia pergi. Nanti kalau diaorang dah ada baby, susah nak berdating macam tu." Datuk Faizal menjawab tanpa memandang wajah Fasya. Pandangannya difokuskan pada kaca televisyen. Entah apa lah yang menarik. Tak habis-habis fasal kes dendam, lepastu bunuh orang ikut suka hati. Haih, manalah sifat keperimanusiaan diaorang tu?

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now