Bab 23

17.5K 532 3
                                    

RAISYA dan Tengku Zafran gelabah memikirkan alasan yang bernas. Tapi bukan setakat beras, eh bernas. Habuk pasir pun tak terlintas di kotak fikiran masing-masing. Macam mana ni... Takkan nak suruh bonda dengan ayahanda tidur luar pulak. Jangan buat kerja gila oi.

"Err... Bonda, ayahanda. Sebenarnya kitaorang tak kemaskan lagi bilik untuk bonda dengan ayahanda." Sedaya upaya Raisya dan Tengku Zafran menghadang laluan menuju ke tingkat atas. Lagipun kedatangan Tengku Zarul dan Tengku Amalina adalah secara mengejut. Jadi, mereka tidak sempat membuat sebarang persiapan.

"Alah, yang tu biarlah bonda kemas sendiri. Kauorang pergilah sambung tidur balik." Tengku Amalina menolak tangan Raisya yang menghadang laluannya.

"Oh ya, sebelum tu. Kejap lagi kita masak untuk makan malam. Raisya kena tolong bonda. Ambil tahu apa yang patut tentang makanan kegemaran Zaf. Ikat perut dia, baru nanti rumah tangga kekal lama." Terkedu Raisya dibuatnya. Masak? Fuh, masak weh, masak!

'Mampuslah... Nak jawab apa ni?'

"Ma..malam ni eh, bonda?" Gugup Raisya jadinya. Tak pernah-pernah jadi gugup selama ni. Hmm... Pecah rekod baru lah kau, Raisya.

"Ya lah. Malam ni. Kenapa?" Satu-satu pertanyaan keluar dari bibir Tengku Amalina.

"Tak ada apa. Saja tanya." Tabah, nak. Tabah.

"Boleh atau tidak ni?" Kening Tengku Amalina terjongket sebelah.

"Err.. boleh." Wajah Tengku Zafran yang sedang menahan tawa itu sempat dijeling sekilas.

'Gelakkan aku lah tu. Tak apa, nanti kau...'

Raisya ralit memerhatikan Tengku Zafran yang sedang rancak berbual bersama Tengku Zarul dan Tengku Amalina. Malam itu sedikit sebanyak telah mencuit emosinya.

Kata-kata Tengku Amalina yang masih terngiang-ngiang di telinga, menjadi alasan mengapa dia berubah angin pada malam ini.

"Kamu belum pregnant lagi Raisya?" Soal Tengku Amalina sewaktu mereka sedang enak menjamu selera. Mujur lah masakan dia agak menjadi pada malam itu. Itupun senyap-senyap curi resipi di Google.

Purff!!!

Tersembur minuman yang hampir selamat menuruni esofagus. Ohoi... matilah nak, tersembur dekat muka mak mentua.

"Astaghfirullahalazim... Ma..maaf bonda. Raisya tak sengaja!" Pantas Raisya mencapai beberapa helai tisu yang memang telah disediakan di atas meja makan itu. Kelam kabut jadinya bila melihatkan Tengku Amalina sudah berubah wajah.

"Awak, tolong lapkan muka bonda." Raisya menghulurkan beberapa helaian tisu tadi kepada Tengku Zafran yang duduk berhampiran. Tengku Zafran tidak membantah. Perlahan-lahan dia membantu Raisya. Tengku Zarul pula hanya sekadar memerhati.

"Tak payah nak tolong lap. Bonda boleh pergi basuh muka." Tengku Amalina menepis perbuatan Tengku Zafran yang sedari tadi cuba untuk mengelap wajahnya.

Raisya hanya mampu memerhati langkah Tengku Amalina menuju ke singki melalui ekor mata. Kesal dengan apa yang terjadi.

"Amboi, jauh termenung." Sapa Tengku Zafran seraya menutup semula daun pintu. Berkecai lamunan Raisya sebentar tadi.

Eh mamat ni... Kalau masuk tu memang tak reti nak ketuk dulu ke?

Oh ya, diaorang tidur sebilik pun sebab Tengku Amalina dan Tengku Zarul datang rumah. Kalau tak, jangan mimpilah Raisya nak buang tabiat tidur sebilik dengan Tengku Zafran.

"Awak rasa bonda marah saya tak pasal tadi?" Setelah lama dibiarkan soalan Tengku Zafran tidak berbalas, Raisya akhirnya bersuara.

"Pasal apa, eh?" Raisya berdecit geram. Buat-buat tak tahu pulak dia.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now