Bab 22

17.8K 588 8
                                    

PAGI itu sengaja Sofian datang awal ke pejabat. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak. Dia berharap tekaannya tidak akan salah lagi. Bukan mudah usahanya dalam mencari maklumat tentang Pak Ali selama ini.

Pandangannya liar mencari kelibat Pak Ali yang masih belum kelihatan. Serasanya waktu begini Pak Ali sudah mula berkhidmat.

Sofian mengeluh lesu kerana usahanya mencari Pak Ali gagal. Hendak berlamaan di sini bimbang dimarahi Raisya pula nanti. Bukan dia tidak tahu Raisya itu pantang berurusan dengan orang yang tidak menepati masa. Punctual!

"Ni semua salah awak tau kita lambat." Raisya tiba-tiba ingin membantak tidak puas hati. Jarang dia tiba lewat ke pejabat. Kecuali kalau atas sebab-sebab tertentu. Erm... Salah satunya sebab terbangun lambat.

"Kita pulak yang disalahkan. Dah awak yang menangis mengalahkan langsuir sampai sembap mata tu. Penat tau saya memujuk." Tengku Zafran membalas.

"Pujuk pun tak ikhlas. Sebab awak lah saya nangis. Dan sebab awak jugak lah kek saya hangus." Raisya menolak perlahan bahu Tengku Zafran. Benci betul. Baru ingat nak buat kek untuk dia.

"Itu lah, lain kali jangan menggatal nak main baling-baling tepung." Pipi Raisya ditarik geram.

"Eeiii... Apa main tarik-tarik pipi ni? Sakit tahu tak?!" Tangan kekar Tengku Zafran berjaya mendapat tamparan daripada Raisya.

"Tak tahu. Jom lah masuk cepat. Tadi dia yang bising sangat." Raisya menarik muncung. Suka-suka aje cakap kita bising!

"Muncung lah mulut tu, nanti saya kiss baru tahu."

"Kalau berani buatlah." Raisya mencabar tanpa memikirkan bahana yang bakal diterima.

Chup~

Satu ciuman dihadiahkan ke pipi Raisya. Mujur cuma di pipi.

"Kan saya dah cakap..." Raisya menahan malu sebelum mengatur langkah meninggalkan Tengku Zafran. Menyesal kau!

Kebetulan setelah waktu pejabat tamat, Sofian datang melintasi pondok pengawal keselamatan. Dalam hati dia tidak lagi meletakkan harapan untuk bertemu dengan Pak Ali. Bimbang dia akan kecewa sendiri. Matanya juga sudah tidak melilau seperti tadi.

"Encik Sofian!" Sofian terkaget. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Pak Ali.

"Pakcik nak tanya sesuatu boleh?" Sofian mengangguk.

"Pakcik nak tanya apa?"

"Apa nama penuh kamu?"

"Amirul Sofian bin Ali, pakcik." Membulat mata Pak Ali memandangnya. Benarlah tekaannya selama ini.

"Mi..Mirul?" Sofian tersenyum memandang Pak Ali. Pencariannya selama ini akan berakhir tidak lama lagi. Syukur Alhamdulillah, Ya Allah.

"Ya a..ayah." Sofian mendakap tubuh Pak Ali. Lama dia berkeinginan merasai dakapan seorang ayah. Tuhan telah pun memakbulkan permintaannya yang satu ini.

"Ya Allah, Mirul... Mirul pergi mana selama ni?" Soal Pak Ali sambil membalas pelukan Sofian. Rindu yang menebal selama ini terbalas oleh seorang anak yang telah lama menghilang.

"Nanti Mirul ceritakan dekat ayah."

"Ye lah. Mirul tak nak tinggal dengan ayah?"

"Err... Kalau ayah yang tinggal dengan Mirul boleh?" Pak Ali berdiam sejenak sebelum membalas.

"Tak apa lah. Ayah sayang nak tinggalkan rumah tu. Rumah tu banyak tinggalkan kenangan ayah dengan arwah mak kamu." Menunduk wajah Pak Ali tatkala terkenangkan arwah isterinya yang sudah tenang di alam sana.

Isteriku Cik Bos [Republish]Место, где живут истории. Откройте их для себя