Bab 55

14.6K 480 12
                                    

Maya kelihatan gelabah setelah susuk tubuh Adam berdiri di hadapan muka pintu vila Tengku Amalina dan Tengku Zarul. Ah, sudah! Mesti rosak rancangan aku kejap lagi! Tidak menunggu lama, Maya segera bangun dari duduknya lalu menghampiri Adam.

"Kau buat apa datang sini?!" Maya berbisik keras di tepi telinga Adam. Adam tidak membalas, malah pinggang Maya dipaut erat. Lalu dahi Maya dikucup berani. Melongo para tetamu memerhatikan mereka berdua.

Pang!

Tidak semena-mena tangan mulus Maya mendarat pada wajah Adam. Maya memandang Adam dengan pandangan mencerlung marah.

"Kau ni memang jenis suka ambil kesempatan ke hah?! Tak cukup lagi kau buat maruah aku tergadai?! Apa lagi yang kau nak?!" Maya menempelak Adam tanpa menyedari apa yang telah dia ungkapkan. Kalau dah marah, semuanya dah tak sedar apa yang dah buat.

"Baguslah kau dah berterus-terang. Tak perlu susah-susah aku nak menghabiskan air liur bagitahu perkara sebenar dekat diaorang." Adam melemparkan senyuman sinis kepada Maya.

Maya terdiam sejenak. Baru dia sedar apa yang telah meniti di bibirnya sebentar tadi. Tangannya pantas bertindak menekup mulutnya yang tidak dapat menyimpan rahsia yang satu itu.

Sofian dan Tania yang setia berdiri di belakang Adam sambil memerhatikan drama itu, senyum dalam hati. Sebenarnya mereka sudah tahu apa yang dirancang oleh Raisya dan Adam. Mujur sahaja mereka sempat membawa Adam tepat pada masanya. Kalau tidak, tak fasal-fasal saja Raisya terpaksa bermadu dengan perempuan tak guna tu.

Raisya juga agak terkejut sebenarnya. Sangkanya, Adam cuma memberi janji palsu untuk membatalkan majlis akad ini. Akan tetapi, Adam telah mengotakan janjinya. Terbit rasa kesal dalam diri kerana telah menuduh Adam ingin lari dari tanggungjawab tempoh hari.

Tengku Amalina mengurut dada Dia tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ni. Pelbagai soalan yang sedang muncul di benaknya. Tapi, hanya ada satu soalan sahaja yang belum ada jawapan. Siapa sebenarnya yang telah meniduri Maya? Tengku Zafran atau lelaki yang tidak dikenali ini?

Maya tidak berani untuk berkata. Dia tahu, penipuannya kini sudah terbongkar. Habislah dia kali ni. Para tetamu serta saksi dan tok kadi terpinga-pinga. Mereka hairan sama ada ingin meneruskan majlis akad ini atau membatalkannya sahaja. Bagi Maya pula, lebih baik dia diam daripada Adam menunjukkan bukti kepada mereka semua yang sedang berada di sini.

"Batalkan majlis akad ni atau kau nak dimalukan dekat sini?" Adam menyangkan kamera digital yang Maya tertinggal di banglo Datuk Faizal beberapa minggu yang lepas. Maya merenung tajam anak mata Adam. Kamera digital itu ditenung lama sebelum dia membuat keputusan. Pandangannya dihalakan ke arah tok kadi dan dua orang saksi.

"Batalkan majlis akad ni." Putus Maya seraya merampas kamera digital itu dari genggaman Adam. Terkejut Tan Sri Mikhael mendengar keputusan Maya. Dia tidak sangka anak bongsunya menjadikan orang lain sebagai pak sanggup. Manakala Tengku Zafran meraup wajahnya. Syukur Ya Allah!

Baru sahaja tok kadi ingin menanyakan pandapat Tengku Zafran, lelaki itu terus melangkah merapati Raisya. Kedua belah tangan Raisya digenggam lalu sebuah kucupan dihadiahkan pada dahi Raisya. Air jernih mengalir dari sepasang mata pasangan itu. Raisya mendakap tubuh Tengku Zafran. Dia juga turut gembira kerana Maya sendiri yang memutuskan untuk membatalkan majlis akad ini.

Mereka semua turut berasa sebak melihat pasangan itu persis sedang melepaskan rindu masing-masing.
Maya memandang mereka dengan pandangan meluat. Jelingan tajam dihadiahkan pada Adam.

Akhirnya majlis akad itu dibatalkan atas persetujuan kedua belah pihak.

"Maya! Aku nak bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat dekat kau. Ayah angkat kau pun suruh kita kahwin dari dulu lagi kan?" Maya berdecit geram sebelum menoleh ke belakang. Dengan baju pengantin yang meleret itu dia berlari menghampiri Adam. Tapi tak ada lah dekat sangat. Agak jauh sedikit.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now