Special Gift [ImAim]❤

10.7K 384 42
                                    

Korang... Thanks sangat sebab support cerita ni! Tak sangka, ICB dapat penganugerahan Wattys 2016. Nah hadiah untuk korang.

Special Gift: ImAim chapter!

“Biy!" Imani menyergah Aiman yang sedang sibuk berperang di dapur. Terkekek-kekek dia mentertawakan Aiman yang sudah macam orang terkena sakit jantung.

“Ya Allah... Sayang! Terkejut biy tau!" Menggeleng Aiman dengan sikap si isteri. Peluh yang merenik pada dahi diseka dengan belakang tapak tangan. Haih... demi isteri tercinta, periuk kuali sanggupku korbankan.

“Hehe... Marah ke?" Pinggang Aiman dicucuk-cucuk dengan jarinya yang runcing itu. Bibirnya sengaja dimuncungkan. Nak acah tayang muka comel depan suami.

“Marahlah. Kalau biy mati terkejut tadi macam mana?" Aiman membelakangi Imani. Sengaja dia pura-pura menyibukkan diri. Nak tengok sikit sejauh mana Imani nak pujuk suami dia yang comel ni.

“Ala biy... janganlah marah. Nini bosanlah asyik duduk aje. Kita nak masak, dia tak bagi." Imani memeluk Aiman dari belakang. Kepalanya disandarkan pada belakang tubuh Aiman.

Aiman menahan diri daripada menghamburkan tawa. Nini? Sejak bila pula ada nama manja ni?

“Nini eh sayang? Macam tak ada nama lain aje." Aiman kembali memusingkan tubuhnya menghadap Imani. Pipi Imani yang semakin tembam itu dicium geram.

“Biarlah. Comel apa nama tu. Hmm, biy..." Meleret nada Imani. Jemarinya bermain-main dengan hujung baju yang dipakai Aiman.

“Apa Nini sayang?" Hidungnya sengaja dirapatkan dengan hidung Imani. Haih... dekat dapur pun boleh jadi tempat berasmara.

“Nak panggil biy abang Man, boleh?" Imani menyengih sehingga menampakkan giginya yang putih tersusun itu. Aiman terkebil-kebil sesaat.

“Abang Man?" Laju Imani mengangguk. Matanya dikelip-kelipkan meminta persetujuan dari Aiman.

“Bolehlah... Abang Man, Nini. Mesti comel kan?" Imani cuba memujuk. Pipi Aiman pula diusap. Taktik nak bagi suami cair dengan pujukanlah ni. Seketika, sebuah senyuman terlakar di wajah Aiman yang tampan itu.

“Yalah Nini sayang." Dahi Imani dikucup lama.

“Yey, sayang abang Man!" Sekali lagi tubuh Aiman dirangkul erat. Macam taknak lepas!

“Ops, wrong timing." Raykal berpura-pura terkejut sambil menekup mulut dengan tapak tangan. Macam gaya nyah gitu. Eh, tapi dia bukan pondan okey.

Aiman dan Imani segera meleraikan pelukan. Habis merah wajah kedua-da mereka. Ei... menyibuk betul budak tu.

Tidak semena-mena Raykal ditarik menuju ke ruang tamu semula tanpa sempat dia ingin mengusik Aiman dengan Imani.

“Budak bertuah. Orang suruh dia tolong kita kemas rumah. Yang pergi kacau love birds tu kenapa. Meh sini cepat. Kejap lagi bakal isteri dia jugak yang nak datang." Telinga Raykal ditarik sehingga tiba ke ruang tamu. Alah, tarik-tarik manja aje. Raisya kan ibu yang penyayang. Walaupun kuat membebel.

Baru sahaja mereka berdua ingin menyambung semula aksi sweet yang tergendala sebentar tadi, ada lagi yang mengganggu.

“Ehem!" Tengku Zafran muncul di pintu masuk dapur.

“Papa laparlah. Bila menantu papa ni nak mula memasak eh?" usik Tengku Zafran dengan senyuman di bibir. Dalam hati, dia bahagia melihat kemesraan yang terjalin di antara anak dan menantunya itu.

“Imani ni papa. Tak habis-habis bak goda Aiman. Dah, syuh-syuh." Imani mencebik bibir. Muka dah macam nak nangis. Tengah pregnant, mestilah jiwa sensitif. Padahal, orang tak marah dia pun.

“Sampai hati abang Man halau Nini. Tak apalah. Kita tahulah kita dah tak cantik. Dah tak kurus macam dulu." Pipi Imani sudah dibasahi dengan air mata. Tercebik-cebik bibirnya menuturkan ayat itu.

Aiman sudah gelabah. Tengku Zafran pula sudah menghilang ke ruang tamu.

“Nini sayang... Kenapa ni? Abang Man tak cakap pun Nini macam tu." Kedua belah pipi Imani dibelai penuh kasih. Air mata yang mengalir itu dilap dengan telapak tangannya.

“Tipu... abang Man marah Nini. Baby, babah marah ibu." Dia menjauhhkan diri daripada dipeluk oleh Aiman. Tangannya bertindak mengusap perutnya yang sudah memboyot itu. Aiman menggigit bibir. Fikir Aiman, fikir! Ha!

“Betul, abang Man tak marah Nini." Tubuh Imani dicempung lalu didudukkan ke atas kitchen counter itu.

“Nini duduk sini tengok abang Man masak. Kejap lagi kita makan sama-sama. Okey?" Tangan mulus Imani dibawa ke bibir sebelum dia memulakan kerja memasak. Maya dengan Adam dah nak sampai. Tetapi makanan belum siap dimasak.

“Okey. Masak cepat sikit tau." Senyuman sudah kembali mekar di bibirnya. Untung dapat suami pandai masak macam Aiman. Hehe...

Tetapi cepat sahaja dia rasa bosan, lalu dia melangkah naik ke tingkat atas.

Makanan yang telah siap dimasak, dihidang pada meja makan. Ceh, cakap macam masak yang hebat-hebat je. Padahal Aiman masak pasta aje. Okeylah tu daripada tak ada, kan?

“Emm... sedapnya bau." Alisya mengambil bau masakan di meja makan. Automatik, Aiman menolak perlahan wajah Alisya dari terus menghidu kuah pasta yang telah siap dihidang itu.

“Tak senonoh kau dik. Pergi panggil diaorang makan." Alisya menjelirkan lidahnya kepada Aiman lantas akur dengan arahan Aiman. Tidak sampai seminit, meja makan itu telah dipenuhi oleh mereka. Riuh-rendah dengan suara mereka sahaja. Ukaisya dan doktor Amir juga tidak terkecuali.

“Ma... Imani mana eh?" Baru Aiman perasan, Imani tidak berada di meja makan itu.

“Dekat atas." Serentak Raisya dan Maya menjawab.

Adam dan Tengku Zafran pandang mereka berdua dengan gaya tidak puas hati. Tetapi Maya dengan Raisya buat dunno je.

Sebaik menerima jawapan itu, Aiman laju melagkah naik ke tingkat atas. Buat apalah dia duduk sorang-sorang dekat dalam bilik tu.

“Nini." Pintu bilik dikuak. Kelihatan Imani sedang duduk di birai katil sambil melihat gelagat Syafa Irdina. Di tangan anak kecil itu terdapat sebuah kotak kenangan mereka berdua. Aiman kemudiannya berjalan menghampiri Imani. Punggungnya turut dilabuhkan bersebelahan Imani.

“Eh, abang Man. Tengok Syaf tu. Dia buat kotak tu jadi drum dia." Adu Imani. Kad-kad raya mereka turut jadi bahan mainan anak kecil itu. Mujur sahaja kad-kad itu dia tidak koyakkan.

“Sayang betul kita dengan kad-kad raya tu kan?" Bahu Imani dipaut.

“Mestilah. Disebabkan kad-kad raya tulah kita berjumpa balik. Walaupun kad tu dah lama, dah buruk, tapi dia tetap subur dalam hati Nini." Kepalanya dilentokkan pada bahu Aiman.

Syafa Irdina yang baru berusia setahun lima bulan itu sesekali menoleh ke arah ibu dan bapanya.

“Nanti kita cerita dekat anak-anak kita pasal kad-kad tu bila diaorang dah besar." Jemarinya disulamkan dengan jemari Imani. Menyalurkan rasa cinta yang tidak pernah pudar buat si isteri. Imani cuma mengangguk sambil tersenyum bahagia.

Raisya dan Tengku Zafran yang sedang mengintai drama itu di sebalik pintu, mengesat tubir mata mereka yang sudah berair. Entah kenapa rasa syahdu bila mengingatkan kisah cinta Aiman dan Imani.

“Sayang... Walaupun kita sama-sama dah tua. Tapi bila tengok budak berdua tu, abang teringat balik kenangan kita berdua masa muda-muda dulu." Tengku Zafran membisikkan di telinga Raisya.

“Sayang pun. Rindu zaman kita muda-muda dulu. Dari dulu sampai sekarang tak pernah hilang nakal dia!" Pinggang Tengku Zafran dicubit manja olehnya. Raisya turut sama berbisik di telinga Tengku Zafran.

“Nakal abang selama-lamanya untuk sayang aje."

“Bebel-bebel sayang pun selama-lamanya untuk abang aje."

Mereka berdua saling berbalas senyuman, sebelum melemparkan semula pandangan pada kedua pasangan yang masih berpelukan di dalam bilik itu.

Habis dah...

Bye-bye korang.👋😊

Sebelum tu, jemputlah baca cerita baru sis. Panahan Cinta Dia.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now