Bab 31

15.4K 513 15
                                    

MAYA memerhatikan dengan pandangan tajam ke arah pasangan yang sedang bergurau-senda di dalam bilik pejabat itu. Panas hatinya melihat Tengku Zafran dan Raisya yang begitu mesra. Dengan aku dia buat tak layan aje. Huh! Musykil juga dia dengan Raisya. Selalunya dia lihat Raisya susah benar mahu senyum apatah lagi tertawa lepas macam tu dengan pekerja. Tapi bila dengan Tengku Zafran, senyuman tu kalau boleh nak melebar setiap masa.

Ini memang tak boleh jadi.

Sofian dan Tania sedar akan riak Maya yang berubah setelah melihat kemesraan Tengku Zafran dan Raisya. Sejak kelmarin lagi Maya seperti cacing kepanasan dengan kemesran pasangan suami isteri yang belum diketahuinya itu.

"Apa yang kau tengok tu Maya? Sampai nak tembus pintu kaca tu." Sindir Tania sambil mengerling ke arah Maya. Sofian cuma diam. Dia bukan kenal pun dengan Maya. Jadi dia malas nak menyampuk perbualan mereka.

"Kau nampak kan apa yang aku nampak?" Maya sedikit pum tidak mengalihkan  pandangannya daripada pintu kaca itu.

"Mestilah aku nampak. Kau jealous ke? Kau jangan berharap sangat Maya... nanti kau jugak yang kecewa." Kedua belah kening Maya bertaut. Kurang faham dengan apa yang Tania cuba sampaikan.

"Maksud kau? Kenapa pulak aku tak boleh berharap?" Takkan suami... Ish, tak mungkinlah!

"Diaorang dah kahwin lah. Bahagia aje aku tengok diaorang tu. Bila lah aku nak dapat encik husband yang sweet macam tu." Tania sudah mula pasang angan-angan. Matanya melirik ke arah Sofian.Harapannya agar Sofian faham apa yang Tania idamkan selama ni. Menjadi isteri dia. Namun hampa. Langsung tiada respons yang diharapkan dari Sofian. Haih.

"Diaorang dah kahwin?! Serius lah kau ni!" Membulat matanya memandang Tania.

"Betul lah aku serius. Yang kau terkejut sangat ni kenapa?"

"Err... Tak, tak ada apa." Maya bertukar muram. Tak apalah nanti aku akan fikir cara lain. Lagipun tak mungkin Tengku Zafran mampu bertahan dengan seorang isteri. Hey, come on lah! Dia ada lagi tiga kuota kut.

"Tania, kau ada number phone Cik Raisya tak?" Tania yang meniarap di atas katil sambil memerhatikan telefon bimbit dihampiri. Ya, ni lah satu taktik yang akan dia mulakan dahulu. Sebab itu lah tak ada angin, tiba-tiba dia pergi mendapatkan nombor telefon Raisya usai pulang dari kerja.

"Apa punya soalan lah kau ni. Mestilah aku ada. Kau nak nombor dia ke?" Maya ni pun satu hal. Sebelum ini tak sibuk pula dia nak kisah pasal bos.

"Nak. Nanti kalau ada apa-apa hal senang aku nak inform." Tania membuka aplikasi contacts. Telefon bimbit itu diserahkan kepada Maya tanpa ragu-ragu.

"Nah. Save cepat." Maya mengambil telefon bimbitnya. Nombor telefon bimbit Raisya berjaya disimpan dalam kenalan.

"Thanks, Nia. Love you." Maya kembali dengan senyuman sinis di bibir. Hmm... Raisya, eh?

"Euww... Geli mak, nak."

**********

TAN SRI MIKHAEL meliarkan pandangannya mencari kelibat Maya. Kalau tak ada jugak memang aku rebus budak si Bobby dengan Lan tu. Tiba-tiba matanya dapat menangkap susuk tubuh yang amat dikenali menuju keluar berjalan menghampiri peti surat.

"Maya!" Laung Tan Sri Mikhael sambil cuba mengejar langkah Maya. Dia tak akan biar peluang bertemu dengan Maya terlepas lagi.

"Hish, nak apa lagi lah orang tua ni!" Dongkol Maya, geram.

"Hah? Ada apa?" Soal Maya sekadar basa-basi. Matanya menerawang ke tempat lain tidak mahu menjadi mangsa tatapan lelaki tua di hadapannya.

"Maya betul-betul tak ingat daddy ke?" Tan Sri Mikhael mencapai tangan Maya namun sempat ditepis kasar.

Isteriku Cik Bos [Republish]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt