Bab 9

18.6K 670 3
                                    

PAGI itu dia lewat lagi ke pejabat. Haih, kalau hari-hari macam ni memang harapan tinggi untuk diletakkan jawatan lebih awal.

Tidak menghiraukan pekerja lain, laju saja dia mengatur langkah. Sehingga tidak sedar dia telah merempuh kuat tubuh seseorang dek kekalutannya itu.

"Aduh!" Habis berterabur fail-fail yang dibawa. Tangan mulusnya bertindak mengurut bahunya yang telah menjadi mangsa langgar seseorang.

"Err... Ma..maaf cik!" Gelabah Tengku Zarif memohon maaf daripada anak kepada bosnya itu. Itulah, kalut bukan main lagi! Kan tak pasal-pasal dah terlanggar orang.

Fasya menggeleng pantas. Ikutkan hati memang dia ingin hambur saja kemarahannya. Tetapi bila Tengku Zarif si gerangan yang melanggar, dia sekadar menunduk dan memaafkan. Jadi ayu tiba-tiba gitu!

"It's okay." Fail-fail yang berselerakan di lantai dikutip. Boleh tahan banyak juga fail yang jatuh tadi.

"Biar saya tolong," pelawa Tengku Zarif. Terasa bersalah pula kerana telah merempuh gadis molek ini.

"Eh, tak apa. Saya boleh kutip sendiri," ujar Fasya sambil tersenyum. Buat seketika, Tengku Zarif hanyut melihat senyuman itu. Namun lekas-lekas dia tersedar dari khayalan yang dia cipta sendiri.

"Alah, biarlah saya tolong." Cuba Tengku Zarif lagi. Beberapa fail yang masih berbaki itu dia kutipnya.

Fasya terpaksa mengalah. Tidak sampai hati pula dia ingin menolak melihat kesungguhan Tengku Zarif. Tatkala mereka ingin mengutip fail-fail yang berselerakan di lantai itu, jari-jemari mereka secara tidak sengaja bersentuhan. Masing-masing menjadi malu. Lalu jemari yang bersentuhan tadi, ditarik semula sebelum sesi mengutip fail disambung kembali.

Tidak menunggu lama, Fasya dengan rasa malu yang masih bersisa melangkah ke bilik pejabat Dato' Faizal. Tidak betah rasanya ingin terus berlama di situ bersama Tengku Zarif.

Fail-fail tersebut diletakkan ke meja sebelum dia kembali beredar dari situ. Ingin mencari di mana keberadaan Dato' Faizal yang masih belum menampakkan diri.

"Amboi... Kenapa merah sangat pipi tu? Ada orang tengah blushing ke?" Sakat Datuk Faizal yang baru pulang dari menghantar Raisya dan Tengku Zafran ke KLIA. Pada awalnya, pelawaan Datuk Faizal untuk menghantar mereka ke KLIA ditolak keras oleh Raisya. Kononnya tidak mahu menyusahkan Datuk Faizal. Namun Datuk Faizal berkeras juga ingin menghantar.

"Hesy, mana ada." Jawab Fasya malu-malu. Telapak tangannya dibawa melekap ke pipi. Uish, boleh tahan panas!

"Eleh, ya lah tu," usiknya yang tidak percaya dengan kenyataan Fasya.

"Ada-ada aje lah papa ni. Ha, papa pergi mana tadi? Penat tahu tak angkut fail banyak-banyak ni masuk bilik pejabat papa." Sengaja Fasya ingin menukar topik perbualan mereka. Kang tak pasal-pasal isu hati dan perasaannya diketahui papa.

"Papa pergi hantar kakak kamu pergi airport," balas Dato' Faizal, menjawab pertanyaan Fasya.

"Akak pergi airport?" Soal Fasya hairan.

"Ya lah. Dia pergi Sabah. Ada urusan kerja katanya." Fasya mengangguk faham. Hairan juga dia. Selalunya kakaknya itu tidak perlukan sesiapa membantu menghantarnya ke KLIA. Tetapi kali ini ditemani Dato' Faizal pula.

"Dah, mana fail-fail yang Fasya nak bagi dekat papa tu?" Tersentak Fasya dari lamunan. Lupa pula tujuan asalnya mencari Datuk Faizal sebentar tadi.

"Ada dekat atas meja papa. Jom." Lengan Dato' Faizal disauk kemas, memimpin lelaki separuh abad itu membuntuti langkahnya.

**********

SUASANA di antara mereka agak tegang di dalam KLIA itu. Masing-masing tidak mahu membuka mulut. Hanya sekadar jeling-menjeling. Pandangan mata pula sedari tadi asyik tertumpu ke arah skrin tv di depan. Ingin cepat-cepat berlepas ke Sabah. Lagi cepat pergi, lagi cepat mereka pulang.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now