Bab 51

12.4K 452 3
                                    

“Eh Fasya, hari tu kau pergi hospital sebab sakit apa?" Raisya menyoal lalu mengambil tempat duduk bersebelahan Fasya. Dah la datang rumah Fasya tak bagitahu Tengku Zafran dulu.

“Fasya keracunan makanan lah akak." Fasya bersuara sayu kerana tekaannya salah. Sangkanya, dia mengandung kerana kerap muntah-muntah.

“Lah... macam mana boleh keracunan makanan pula ni? Kau makan apa?" Fasya menggeleng lemah. Wajahnya mendung saja dari tadi.

“Kau ni kenapa? Sedih aje aku tengok." Soal Raisya prihatin.

“Fasya kesian dekat abang Rif lah akak. Dia ingat Fasya mengandung." Sepasang mata berwarna hazel milik Raisya ditatap.

Owh... sebab ni ke kau sedih? Fasya, aku tahu kauorang teringin nak dapat baby cepat-cepat. Tapi kauorang kena ingat, Allah lambat kurniakan baby untuk kauorang, sebab ada sesuatu yang lagi baik yang Dia nak berikan." Fasya kelu. Memang benar. Lagipun, baru hampir setahun usia perkahwinan mereka.

“Ni mesti Rif yang mendesak kan? Aku tahu lah kau ni macam mana. Kau bukannya nak pun bergelar ibu dalam usia kau yang macam ni."

“Bukanlah. Memang kitaorang dah bersedia nak jadi parents." Walaupun Fasya baru berusia dua puluh tahun, namun dia sudah punya impian untuk menjadi seorang ibu.

“Alah, nanti ada lah rezeki tu. Aku akan doakan kauorang dapat baby cepat-cepat."

“Haha... ada-ada aje lah akak ni." Mereka berdua saling berbalas senyuman.

Sejurus pulang dari rumah Fasya, Raisya mendapat panggilan dari nombor yang tak dikenali.

Hello, siapa ni?" Raisya menyapa pemanggil di hujung talian.

“Ni Puan Raisya ke?" Raisya diam sejenak. Sepertinya dia pernah mendengar suara ini. Tapi di mana ya?

Hello? Are you there?" Mungkin si pemanggil di hujung talian hairan kerana Raisya cuma diam.

Yes. Saya Puan Raisya. Awak ni siapa?"

“Saya Adam. Still remember me?" Raisya mengangguk walaupun dia tahu Adam tidak akan nampak anggukan dia tu.

Raisya baru teringat dia ada simpan nombor telefon Adam, namun nombor itu dibiarkan tidak bernama.

“Ada apa Encik Adam telefon saya ni?"

“Saya dah ada plan baru. Boleh saya jumpa dengan Puan Raisya?"

“Boleh. Kita jumpa di
Mid Valley." Kebetulan kawasan perumahan Fasya berdekatan dengan Mid Valley.

Okay. I will be there in ten minutes." Setelah itu, panggilan ditamatkan.

Setelah minuman yang dipesan tiba, Adam memulakan penjelasan tentang rancangannya.

“Sebelum diaorang akad, saya akan datang sejam sebelum untuk batalkan pernikahan diaorang." Ujar Adam. Itu adalah salah satu dari rancangannya. Dia ingin bertanggungjawab ke atas Maya. Dan tidak akan membiarkan gadis itu terlepas ke tangan lelaki lain kecuali dirinya.

“Kau rasa plan ni akan berjaya tak?" Raisya pun tak tahu kenapa dia rasa tak sedap hati dengan rancangan yang bakal mereka aturkan.

“Kenapa? Puan tak yakin dengan saya ke?" Adam menyoal hairan.

“Tak. Bukan macam tu. Maksud aku, aku takut kalau kita lebih-lebih aturkan plan, last-last plan ni tak menjadi. Tak ke merana nanti?" Pelik betul sikap Raisya pada pagi itu. Seperti ada yang tidak kena denganngya, sehinggakan emosinya juga turut terkesan.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now