Bab 50

13.3K 439 12
                                    

“Siapa kau ni? Ada hal apa kau nak jumpa aku?" Tengku Amalina merenung tajam gadis berkulit putih di hadapnnya. Dah la tiba-tiba aje mesej ajak berjumpa. Entah dari planet mana perempuan ni tersesat.

“Jangan lah marah, mummy... ops, auntie." Maya senyum manis kepada Tengku Amalina.

Mummy? Auntie? Apa yang kau merepek ni?" Ikutkan hati, nak aje aku hempuk perempuan ni dengan handbag besar tahap gajah.

You will be my mother in law soon, Tengku Amalina." Membundar biji mata Tengku Amalina memandangnya.

“Siapa mother in law kau? Hei, perempuan macam kau ni tak layak lah jadi menantu aku! Lagipun semua anak aku dah kahwin." Tengku Amalina melemparkan senyuman sinis kepada Maya.

It's okay. Saya sanggup jadi isteti kedua." Dan, Tengku Amlina rasa nak pengsan sekarang juga. Perempuan depan dia ni memang gila! Maya mengambil peluamg dengan menceritakan apa yang berlaku antara dia dengan Tengku Zafran. Yang paling teruk sekali, dia menambah perisa cerita, dengan memburukkan Tengku Zafran. Kononnya Tengku Zafran yang mengambil kesempatan terhadapnya pada hari di mana maruahnya diragut. Melihat wajah Tengku Amalina kemerah-merahan seperti menahan marah, Maya senyum puas hati.

Tengku Amalina cuma beriak kosong. Samada hendak percaya atau tidak setelah mendengar penjelasan Tengku Zafran. Tengku Zafran menggenggam erat tangan Raisya sambil menunduk. Takut untuk bertentang mata dengan Tengku Amalina. Manakala, Tengku Zarul senyum nipis kepada Tengku Zafran. Dia sudah arif bagaimana sikap Tengku Zafran. Dan, dia juga turut ada semasa Tengku Zafran dituduh meragut maruah Maya.

Are you sure Zaf? Macam tak mungkin aje Zaf langsung tak pernah sentuh perempuan tu." Tengku Amalina seperti ragu-ragu untuk mempercayai Tengku Zafran. Dia lagi mempercayai apa yang dijelaskan oleh Maya. Apa yang dijelaskan oleh Tengku Zafran, seratus peratus tidak sama seperti yang dijelaskan oleh Maya.

“Betullah bonda. Bonda tak percaya Zaf ke..." Belum sempat Tengku Zafran menghabiskan percakapannya, Raisya laju memotong.

“Bonda belum tahu lagi sikap sebenar Maya. Bonda yakin ke abang Zaf yang buat semua ni? As a mother, you know your son well right?" Bibir Tengku Amalina seperti dikunci setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Raisya.

“Bonda nak keluar kejap." Tengku Amlina melangkah ke arah pintu, namun langkahnya dihalang oleh Tengku Zarul.

“Awak nak pergi mana? Tak nak minta izin saya dulu ke?" Tengku Amalina mendengus perlahan, lalu melepaskan tangannya dari genggaman Tengku Zarul.

Sebelum Tengku Amalina keluar ke halaman rumah, sempat dia menjeling tajam ke arah Raisya dan Tengku Zafran.

Apa sudah jadi dengan Tengku Amalina?

Mereka terpaksa pulang ke vila kediaman mereka pada hari itu. Dalam keadaan emosi Tengku Amalina yang sebegitu, lebih baik mereka membiarkan Tengku Amalina memikirkan semula siapa yang patut dia percaya.

“Sayang, kenapa semua ni berlaku dekat kita? Sedangkan, kita baru aje nak bahagia." Tengku Zafran meletakkan kepalanya ke atas peha Raisya. Raisya cuma senyum sebagai jawapan. Dia mengusap lembut kepala suami tercinta.

“Abang, Allah beri dugaan sebab Dia tahu hamba Dia kuat untuk menempuh dugaan itu. Jangan pernah mengeluh, sepatutnya kita banyakkan mengadu kepada Dia sekiranya kita rasa hati kita tak kuat untuk tempuh semua ni. Jangan risau, sayang akan sentiasa jadi tulang belakang untuk abang." Tengku Zafran tersentuh mendengar kata-kata Raisya. Tak disangka, seorang bos yang garang juga boleh menjadi lembut apabila bersama insan tercinta.

“Sayang..." Tengku Zafran menyeru nama Raisya.

“Ya abang?" Raisya menjongketkan kedua belah keningnya.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now