Bab 21

18.3K 601 8
                                    

Happy labour day!😊

**********

SEJAK apa yang terjadi semalam, Raisya berusaha untuk memulihkan keadaan di antara mereka. Tapi berlapik sikit lah cara dia memujuk. Tak ketara sangat sebab dia tak nak kelihatan terlalu menonjol. Nanti dikatanya Raisya buang tabiat pula daripada bersikap ego tinggi melangit bertukar menjadi ulat bulu kuasa tiga!

"Awak." Tengku Zafran bernada tegas kerana ini sudah masuk kali yang ketiga dia memanggil.

"Awak!" Kali ni Raisya berpaling muka memandang Tengku Zafran. Bising betul mamat ni. Aku peluk lengan dia aje pun nak panggil kasar-kasar macam tu. Tak sweet langsung!

"Kenapa?" tanya Raisya walau dia tahu apa yang membuatkan Tengku Zafran berasa janggal dan tidak selesa.

Tengku Zafran menjeling tangan Raisya yang sedang berpaut pada lengannya. Pantas Raisya melepaskan pautannya pada lengan Tengku Zafran. Tipulah kalau hati tak rasa kecewa. Tapi nak buat macam mana kan... orang tak sudi.

"Ehem! Sorry." Raisya melajukan langkahnya menuju ke lif. Malu pun ada sebenarnya sebab banyak pasang mata yang memerhati tingkah mereka tadi.

Tengku Zafran simpan senyum. Melihatkan Raisya yang malu-malu tadi membuatkan hatinya bertambah cair. Raisya, keras macam mana pun hati si isteri tadi tetap akan lembut jugak bila dengan orang yang dia sayang.

Walaupun Tengku Zafran sendiri rasa terhina bila mendapat tahu yang Raisya cuma menggunakan dirinya, tetapi hatinya tidak membenarkan untuk dia memarahi Raisya.

Sebab hati dah terlalu sayang mungkin?

Alahai... Menyampah pulak dengar. Eh, biar lah kan. Sayang kat bini sendiri tak salah, yang salahnya kalau  bersayang dengan bini orang. Itu memang nak makan parang namanya.

Raisya berjalan dengan penuh karisma di hadapan dua orang pekerjanya. Mata-mata mereka itu lah yang menjadi saksi Raisya di'reject' memeluk lengan suami sendiri.

#sistabahkenareject

"Apa sengih-sengih?! Buat kerja!" Terus mati senyuman kedua gadis itu.
Macam lah aku tak tahu tu senyuman perlian. Tu lah kau Raisya, nak ber sweet pun tak bertempat. Kutuk otaknya.

"Hai bos!" Sofian datang menyapa. Raisya membalas dengan senyuman lebar. Dengan Sofian, hari yang mendung pun tetap akan cerah. Nampak tak positive vibes yang Sofian berjaya sebarkan?

"Saya ada meeting pukul berapa hari ni?" Raisya melangkah ke tujuan asal. Sepasang matanya mengerling sekilas jam di pergelangan tangan.

"About 2:00 p.m. Lunch meeting dengan Mr. Kelvin." Raisya mengangguk. Belakang tubuhnya disandarkan ke kerusi empuk bagi merehatkan diri.

"Saya keluar dulu, bos." Sedar yang Raisya memerlukan ruang, Sofian lantas meminta diri.

"Okey, silakan."

"Eh, kejap! Tolong panggilkan Zaf." Berjaya dia menahan sebelum sempat Sofian benar-benar pamit diri. Satu rancangan memujuk Tengku Zafran terlintas di fikirannya. Heh, harap plan yang ini akan berjaya lah.

"Baik bos." Sofian beredar dari ruangan Raisya setelah menerima arahan. Dalam hati, ingin saja dia bertanyakan masalah sebenar apa yang Raisya sorokkan darinya.

"Zaf, bos a.k.a your lovely wife panggil kau." Tengku Zafran yang sedang rancak berbual dengan Tania terhenti seketika. Sofian dipandang dengan riak tidak berperasaan.

"Apahal tiba-tiba dia panggil aku menghadap dia pulak?" Sofian jungkit bahu. Tidak mahu dia masuk campur. Bimbang nanti hubungannya dengan Raisya akan renggang pula.

Isteriku Cik Bos [Republish]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon