Bab 26

17.7K 571 13
                                    

Pagi itu mereka melawat ke Piazza San Marco. Raisya teruja melihat burung-burung merpati yang sedang elok bertenggek di tempat itu. Melihatkan rata-rata pengunjung mengambil peluang untuk menabur makanan kepada burung-burung merpati tersebut, dia juga  turut melibatkan diri sama. Bukan selalu dia dapat menikmati suasana begini.

Tengku Zafran mengukir senyuman kecil melihat telatah Raisya. Dia dengan burung-burung merpati itu sama-sama comel!

"Awak!" Terlambai-lambai Raisya dari jauh untuk menarik perhatian Tengku Zafran. Niatnya untuk mengajak lelaki itu menyertainya terbatal apabila Tengku Zafran enggan.

"Ya!" Lambaian Raisya tetap dibalas mesra. DSLR miliknya disetkan untuk merakam setiap aksi Raisya. Dalam diam, dia tersenyum bangga kerana dapat memiliki Raisya sebagai isteri. Dalam garang, ada manjanya. Dalam lembut, ada tegasnya.

"Awak, tengok sini! Senyum, done!"
Tengku Zafran berjaya menangkap beberapa kepingan aksi Raisya memberi makan kepada burung merpati. Nak tengok dia senyum ceria macam ni selalu, hmm...entah berapa tahun lagi agaknya.

"Hey... Suka hati aje tangkap gambar saya." Raisya meluru ke arah Tengku Zafran usai memberi makan kepada burung merpati. Telapak tangannya dikibas untuk membuang sisa dedak yang masih berbaki.

"Tak apa lah. Nampak comel pulak cara awak bagi burung-burung tu makan." Raisya tersenyum-senyum menerima pujian dari Tengku Zafran. Comel aje? Alahai...

"Mengada tau... Saya nak awak delete gambar tu kejap lagi."

"Tak nak." Raisya mengetap bibir. Eii, dia ni!

"Fine! Tapi malam ni awak kena bawa saya pergi tempat yang lagi best." Tak payah buat permintaan pun memang itu yang seharusnya Tengku Zafran lakukan. Apa lah kau ni, Raisya. Macam tak ada modal lain aje nak minta.

"Sure, sayang." Mereka saling berbalas senyuman sambil melihat keindahan di situ. Keindahan yang jarang terdapat di bandar raya Kuala Lumpur.

Setelah itu, mereka mengambil peluang melihat keindahan suasana dari atas menara berketinggian 100 meter yang terdapat di sekitar berhampiran.

Petang berikutnya pula, mereka menikmati makanan halal di Medina Mediterranean Restaurant yang terletak tidak jauh dari Ponte Vecchio. Pelbagai jenis makanan enak yang halal tersaji di restoran itu walaupun agak memusing juga lah diaorang mencari restoran ini tadi. Bukan mudah untuk mencari makanan di restoran halal yang sedap-sedap. Lagi-lagi yang nak ikut selera kita punya cik bos ni. Memang sepuluh buah restoran pun ditolaknya mentah-mentah.

"Sedap kan makanan dekat sini? Semuanya kena dengan selera. Tak sia-sia kita pilih restoran ni." Ya lah, sayang. Kena dengan selera awak aje. Melihat Raisya yang berselera menjamah makanan-makanan itu pun sudah cukup mengenyangkannya.

"Kenapa awak tak makan? Diet, eh?" Soal Raisya dengan mulut yang penuh. Tersenyum kecil Tengku Zafran melihat Raisya. Nak aje dia tarik bibir comel kemerahan itu.

"Jangan cakap masa tengah makan, sayang." Raisya mencebik sebelum kembali menyambung suapannya.

"Saya bukan diet, tapi rasa macam tak berapa selera nak makan." Sebenarnya bukan tak berselera. Kalau boleh, dia nak bedal aje semua yang terhidang atas meja tu walupun ada sesetengah yang tak kena dengan selera. Tapi dia berasa loya pula bila bau makanan itu menusuk ke dalam rongga hidung.

"Comel." Spontan lima patah perkataan itu muncul dari bibir Tengku Zafran.

"Sorry? Tak dengar."

"Saya cakap awak comel." Puji Tengku Zafran sambil menongkat dagu merenung wajah Raisya.

Terburai ketawa Raisya tatkala dipuji oleh Tengku Zafran.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now