Bab 63

11.7K 434 30
                                    

Bagasinya ditarik lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Dia perlu keluar dari rumah ni. Dia tak sanggup nak malukan daddynya. Sejak bila dia mula bersifat macam ni pun dia tak tahu.

Kebetulan Adam datang ke rumah Tan Sri Mikhael pada hari itu, dia cuba untuk menghalang Maya dari memasukkan bagasi ke dalam kereta.

"Kau nak pergi mana ni? Kenapa besar sangat beg yang kau nak bawa?" Keluhan berat dilepaskan. Kenapalah Adam suka kacau hidup aku? Pengganggu konsentrasi betul.

"Kau sibuk apa hal? Dah la datang rumah orang tak diundang." Tanpa menghiraukan Adam yang memerhatikan gerak-gerinya, laju sahaja dia menghidupkan enjin kereta.

"Maya, please. Bagilah aku peluang. Aku nak tebus kesalahan aku." Pintu kereta yang telah ditutup itu dibuka semula.

"Tolonglah Adam. Cukuplah apa yang kau dah buat dekat aku. Aku nak hidup sendiri. Tanpa daddy, kemewahan and everything yang pernah aku dapat selama ni." Tanpa sedar, cecair jernih mula bertakung pada tubir mata.

"Maksud kau, kau nak tinggalkan rumah ni? Nak tinggal daddy kau? Macam tu?" Maya mengangguk laju. Sedaya upaya dia cuba menahan air matanya dari tumpah.

"Kau tak payahlah cari aku lagi lepas ni. Apa yang pernah berlaku antara kita, aku akan cuba buang jauh-jauh." Maya cuba berkata dalam nada sebak.

"Kau tak nak bagi peluang pada aku? Aku nak jadi suami kau yang sah." Adam merenung Maya dengan penuh mengharap. Ya, dia berharap agar gadis pujaannya itu akan memberinya peluang untuk memulihkan keadaan.

"Adam, kau percaya pada jodoh dan takdir kan?" Adam mengangguk lemah.

"Kalau macam tu, maybe takdir akan menyatukan kita jika kita berjodoh. Don't worry abaout that." Senyuman nipis dihadiahkan pada Adam.

"Tapi, macam mana kalau kau pregnant nanti?" Maya tersentak akan soalan yang diajukan.

"Sorry, I have to go." Tidak menunggu lama, terus sahaja dia memboloskan diri ke dalam perut kereta mewahnya itu. Dibiarkan sahaja Adam dalam keadaan terpinga-pinga tanpa jawapan.

**********

"Papa, bukan sepatutnya bulan ni akak Raisya dah boleh bersalin ke?" Fasya menghampiri Datuk Faizal yang sedang merenung kertas kerja yang telah dilakar oleh pekerjanya.

"Mana Fasya tahu?" Kertas kerja itu digulung semula sebelum tumpuannya mula beralih kepada Fasya.

"Takkan papa tak tahu. Bulan ni kan dah genap sembilan bulan akak Raisya mengandung." Datuk Faizal sendiri tidak ambil tahu. Bagus juga ada yang tolong mengingatkan.

"Betul juga kan. Papa pun lupa. Kejap lagi papa ingat nak datang rumah diaoranglah. Fasya nak ikut?" Walaupun Raisya dan Tengku Zafran baru sahaja menginap di banglo Datuk Faizal dalam tiga hari begitu, tapi entah kenapa dia rasa seperti nak jenguk Raisya. Hatinya berdebar seperti ada sesuatu yang berlaku.

"Fasya okey aje papa. Nanti Fasya try ajak Rif sekali. Papa..." Dah mula lah tu mood nak bermanja dengan papa dia. Datuk Faizal pula sengaja buat tak dengar.

"Papa! Tak dengar ke Fasya panggil ni?" Datuk Faizal menggeleng melihat Fasya dah mula buat mulut muncung macam tu. Kakak dengan adik sama saja perangai. Bak kata orang 2×5=10. Eh? Dah kenapa pula libatkan kira-kira ni?!

"Mestilah papa dengar. Fasya nak apa?"

"Fasya nak papa teman Fasya pergi beli buah tangan untuk akak. Boleh tak?"

"Lah... Rif kan ada. Kenapa tak ajak dia?"

"Memanglah. Tapi Fasya nak pergi dengan papa sekali."

"Ye lah." Datuk Faizal bersetuju.

"Ni yang Fasya sayang papa ni." Amboi, kalau tak teman tak sayanglah. Apa lah ini bakal mak budak.

***********

"Apa semua ni?! Mana fail tentang projek kita dekat London?! Kau ingat aku tak tahu ke kau tukar fail ni?!" Pekerja perempuan di hadapannya cuma berani tunduk merenung lantai sahaja. Tidak berani hendak bersuara apabila angin taufan sudah bertiup. Lagipun dia sendiri yang cari masalah.

"Ma..maafkan saya bos. Maklumat dalam fail tu dah hilang." Takut-takut pekerja perempuan itu menjawab.

"Hilang?! Aku nak kau cari balik maklumat dalam fail tu sampai jumpa! Kau tahu tak esok client nak check fail tu! Boleh rugilah syarikat kalau macam ni!" Pekerja perempuan itu mengangguk dengan teragak-agak. Ini kali pertama dia dihambur sebegitu rupa oleh Raisya.

"Dah, kau boleh keluar. Aduh..." Tiba-tiba sahaja tempat peranakannya terasa seperti dicucuk-cucuk.

"Bos? Are you okay?"

"Panggil Zaf sekarang! Cepatlah!" Tercungap-cungap Raisya cuba untuk mendapatkan oksigen. Sakitnya tidak terkata. Sehingga matanya terpejam rapat menahan sakit.

"Baik bos!" Gelabah pekerja perempuan itu keluar untuk memanggil Tengku Zafran.

Selang beberapa saat, Tengku Zafran masuk ke dalam bilik pejabat Raisya bersama Sofian dan Tania.

"Sayang! Kenapa ni?!"

"Abang! Tolong... sakit!" Membulat Tania tatkala matanya terpandang ada cecair yang mengalir dari kelangkang Raisya.

"Zaf, Raisya dah nak bersalin! Cepat bawa dia pergi hospital!" Terkejut bukan kepalang dengan apa yang dikatakan oleh Tania. Dah nak jadi parents kut! Tania dan Tengku Zafran segera memapah Raisya menuju ke kereta. Manakala Sofian membawa tas tangan Raisya.

Semua staf-staf di situ hanya mampu memandang bos mereka dengan pandangan yang takut bercampur gembira dalam masa yang sama. Mestilah mereka turut tumpang gembira sekiranya bos mereka berjaya melahirkan bayinya yang sulung.

"Sayang bertahan okey? Banyakkan berdoa kepada Dia supaya memudahkan sayang untuk bersalin." Sempat Tengku Zafran memberi nasihat kepada Raisya sebelum kereta yang dipandu bergerak menuju ke hospital.

-Bersambung-

P/S Guys, doakan Raisya selamat bersalin! ><

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now