Spirit 3-Mystery Girl

1.6K 115 43
                                    

"Wah!Seronok betul naik gondola tadi!",kata Asya tersenyum gembira.

"Betul,sangat seronok!",kata Asyi.

"Oi,oi!Kita datang ke sini bukan untuk berseronok,ingat tu",kata Zara.Asya dan Asyi membuat muka datar memandang Zara.

Sebab?

"Ceh.Cakap kat orang,tapi dia tu?",kata Asyi.

Kedua belah tangan Zara penuh dengan makanan dan beberapa patung.Zara hanya tersengih.

"Hehehe...janganlah marah...",kata Zara mengaru belakang kepalanya yang tak gatal.Asya dan Asyi mempaling muka mereka ke arah lain menandakan mereka merajuk.

"Mereka akan bertindak malam esok.Agaknya,apa yang ada esok?",soal Crystal memegang dagu.Sambil berfikir,dia menyeluk tangan kanannya ke dalam poket skirt dan mengeluarkan sebiji gula-gula.

Pembalut gula-gula tersebut dibuka dan dimasukkannya gula-gula tersebut ke dalam mulut.

"Hrm.....Urgh!",Crystal kaku.Mukanya pucat lesi.Dia kaku bagaikan patung batu.

"Crystal,kenapa ni?",kata Risa mencuit bahu Crystal.Sebaik sahaja bahunya dicuit,Crystal jatuh pengsan.

"Eh?!Crystal!",kata Risa menyambut Crystal.

"Guh..guh...",mulut Crystal berbuih.Seluruh badannya menggigil dan kelihatan seperti roh keluar dari kepalanya.

"Eik?Dah kenapa dia ni?",soal Alina.Dia ternampak sesuatu di pegang oleh Crystal.Alina mengambil benda tersebut dan keningnya terangkat.

"Kenapa ni Alina?",soal Mel.

"Gula-gula perisa tanah liat....dibuat khas oleh....Sha...",kata Alina.Terkejut Seven Princesses yang lain.

"TANAH LIAT?!"

--------------------------
Pada masa yang sama,di pangkalan organisasi

"Hachumm!"

"Eh?Kau selsema ke,Sha?",kata Shafiq mengelap peluh dimukanya.Dia berada di bilik latihan bersama yang lain.

"Aku tak selsema.Mungkin ada orang mengata aku?",kata Sha mengelap hingusnya.

"Logik juga.Lagipun kau selalu buat prank kat orang",kata Shafiq.

"Alah,biarlah~",kata Sha mengacukan senapangnya ke depan.

"Lagipun,apa yang kau bagi kat Crystal sebelum mereka diteleportkan?",tanya Shafiq.

"Oh!Tak ada apa-apa.Aku hanya masukkan gula-gula yang perisanya sangat 'istimewa'~",kata Sha senyum.Senyumannya penuh dengan makna.

Shafiq hanya membuat muka datar memandang Sha.Dia memang dah kenal sangat dengan perangai Sha yang suka kenakan orang lain.

Sebab?

Entahlah.Mungkin itu hobi dia?

------------------------

Aqua Kingdom

BAM!

Botol plastik yang berisi air mineral dihempaskan kuat atas meja.

"Tak guna punya Sha!Siaplah kau bila aku balik nanti!",kata Crystal geram.

"Banyaknya gula-gula....tapi malangnya semuanya perisa yang pelik-pelik...",kata Risa.Tapak tangannya ada semua gula-gula yang ada dalam poket Crystal yang diberi oleh Sha.

"Betul...macam mana dia buat gula-gula ni?",kata Alina berdiri di sebelah Risa.

"Buang jer la gula-gula tu,sebelum aku termakan lagi!",kata Crystal lalu meneguk air mineral yang masih tertinggal dalam botol.

Dia nak hilangkan rasa gula-gula yang 'sedap' dan 'manis' tu dari mulutnya.Tapi ianya tak hilang walaupun dah 5 botol dia minum.

"Pff-t",Crystal terdengar seseorang ketawa.Dia nampak seorang remaja perempuan yang memakai dress putih dan memakai topi jerami yang dihiasi dengan reben putih.

Wajah gadis itu tak dapat dilihat kerana topi tersebut terlalu ke bawah.

"Nah,minum ni untuk hilangkan rasa dalam mulut tu",gadis itu memberikan secawan air kepada Crystal.

"Eh,terima kasih..",Crystal mengambil cawan tersebut.Air dalam cawan tersebut berwarna biru laut.

"Air apa ni?",soal Crystal.

"Air ni boleh hilangkan rasa gula-gula yang Sha buat.Selamat tinggal",remaja perempuan tersebut berjalan pergi ke arah yang bertentangan dengan Seven Princesses.Rambut panjangnya dibiarkan ditiup angin.

"Eh?Huh?...okey",Crystal meneguk air tersebut.Matanya membulat.

Rasa gula-gula tanah liat dalam mulutnya hilang sekelip mata!

"Wah!Betul apa yang remaja perempuan tu kata!Memang dah hila-"

'Air ni boleh hilangkan rasa gula-gula yang Sha buat'

"Eh.Nanti dulu.Macam mana remaja tu tahu yang...?",Crystal terkaku.

Bagaimana remaja perempuan tu tahu nama Sha dan tentang gula-gula tu?Bukankah Tenshi kata yang organisasi mereka tidak diketahui orang luar?

Siapa...remaja perempuan tu?





Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now